backup og meta

Buli Siber: Pernahkah Anda Melakukannya?

Buli Siber: Pernahkah Anda Melakukannya?

Percaya atau tidak, Malaysia merupakan pengguna aplikasi whatsapp nombor satu di dunia. Malaysia juga mencatatkan kadar pengguna sosial media seperti fb dan twitter yang sangat tinggi. 97.3% pengguna internet Malaysia didapati mempunyai akaun fb. Walaupun mempunyai pelbagai faedahnya, kewujudan laman sosial juga membuka ruang kepada budaya toksik buli siber di atas talian.

Meskipun terdapat beberapa cara yang berbeza bagaimana buli siber boleh berlaku, kebanyakan melibatkan satu daripada kategori tersebut.

Berikut adalah enam bentuk buli siber yang paling biasa berlaku:

1. Gangguan atas talian

  • Menggunakan mesej, khidmat pesanan ringkas dan emel untuk mengganggu, mengancam atau memalukan sasaran.
  • Terlibat dalam serangan teks, yang berlaku ketika pembuli berpakat untuk menyerang mangsa dengan beribu-ribu teks. Serangan ini boleh menyebabkan tekanan emosi
  • Menyiarkan khabar angin, ancaman atau maklumat yang memalukan di laman sosial seperti Facebook, Twitter, dan Instagram.
  • Menyalahgunakan butang untuk melaporkan bahan tidak sesuai dengan melaporkan mangsa supaya digantung akaun media sosial.

2. Penyamaran atas talian

  • Menggunakan nama skrin yang sama dan kemudian menyiarkan ucapan kasar atau menyakitkan sambil berpura-pura menjadi mangsa.
  • Mencuri kata laluan mangsa dan berbual dengan orang lain sambil berpura-pura menjadi mangsa. Pembuli akan mengatakan perkataan yang menyinggung perasaan rakan-rakan atau kenalan mangsa.
  • Menukar profil dalam talian mangsa untuk menyertakan perkara seksual, perkauman atau perkara lain yang tidak sesuai.
  • Membuat akaun di laman sosial dan menyiarkannya sebagai mangsa sambil mengatakan perkara yang menyinggung atau menyakitkan hati dalam talian. Foto sebenar mangsa mungkin digunakan untuk membuat akaun kelihatan sahih.
  • Berpura-pura menjadi mangsa dan meninggalkan jejak pada laman tertentu dengan niat memalukan mangsa. Pembuli mungkin memberikan maklumat peribadi mangsa yang menggalakkan mereka dalam kumpulan untuk menghubungi mangsa.
  • Berpura-pura menjadi orang lain untuk menarik seseorang kepada hubungan palsu. Turut dikenali sebagai catfishing.

3. Penyalahgunaan Foto

  • Mengambil gambar bogel atau gambar yang memalukan mangsa di dalam bilik persalinan atau bilik mandi tanpa kebenarannya.
  • Mengancam untuk berkongsi foto yang memalukan sebagai cara mengawal atau memeras ugut mangsa.
  • Menghantar emel atau mesej spam yang mengandungi foto bogel atau gambar yang memalukan mangsa. Sekali foto dihantar, tidak ada cara untuk mengawalnya. Foto-foto boleh diedarkan kepada beratus-ratus orang dalam masa beberapa jam sahaja.
  • Menghantar gambar bogel di laman perkongsian foto untuk dilihat dan dimuat turun sesiapa sahaja di Internet.
  • Menggunakan gambar untuk memalukan seseorang dalam talian. Contohnya mengutuk seseorang daripada segi pemakaian atau rupa paras.

4. Mewujudkan Laman Web, Blog, Undian dan Sebagainya

  • Membina laman web atau blog dengan maklumat yang memalukan atau menghina mangsa.
  • Menyebarkan khabar angin, berita bohong atau gosip mengenai mangsa dalam talian melalui laman web atau blog.
  • Menyiarkan maklumat peribadi dan gambar mangsa di laman web yang  mendedahkan mangsa kepada pemangsa di luar.
  • Menggunakan maklumat peribadi yang dikongsikan mangsa kepada orang awam.
  • Melakukan tinjauan internet tentang mangsa dengan soalan seperti siapa lebih hodoh, gemuk, berbau dan sebagainya.
  • Menyiarkan komen yang kasar atau menghina tentang mangsa melalui chat dalam laman web gaming atas talian.
  • Menghantar virus, spyware atau program penggodaman kepada mangsa untuk mengintip mangsa atau mengawal komputernya dari jauh.

5. Mengambil bahagian dalam Video Shaming

  • Menggunakan kamera telefon untuk merakam dan berkongsi video kejadian buli, yang mungkin melibatkan seorang atau lebih pembuli menampar, memukul, menendang atau menumbuk mangsa.
  • Memuat turun video sesuatu yang memalukan dan menyiarkannya ke YouTube untuk membolehkan lebih ramai orang melihat kejadian tersebut.
  • Berkongsi video melalui e-mel atau mesej teks untuk memalukan mangsa.
  • Membuat kejadian yang menyebabkan orang lain menjadi tertekan atau beremosi (prank) dan merakamkan kejadian tersebut.

6. Terlibat dalam ‘Subtweeting’ atau ‘Vaguebooking ‘

  • Menghantar tweet atau catatan Facebook yang tidak pernah menyebut nama mangsa. Namun mangsa, pembuli dan khalayak umum tahu kepada siapa post tersebut ditujukan.

Keselesaan berkomunikasi dan bersosial secara atas talian menjadikan sesetengah pengguna melupakan etika sosial mereka. Tanpa disedari, mereka mungkin pernah terlibat dengan perbuatan buli siber berikut. Walaupun sekadar suka-suka, anda tidak tahu kesan yang mungkin dihadapi mangsa. Oleh itu, ubah budaya media sosial yang toksik bermula dengan diri anda sendiri.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Current perspectives: the impact of cyberbullying on adolescent health, https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4126576/, Accessed Nov 29 2019.
  2. What Are the Effects of Cyberbullying?, https://www.hackensackmeridianhealth.org/HealthU/2020/08/17/what-are-the-effects-of-cyberbullying/, Accessed Nov 29 2019.
  3. Cyberbullying, https://digitalwellnesslab.org/parents/cyberbullying/, Accessed Nov 29 2019.
  4. Cyberbullying, https://kidshealth.org/en/teens/cyberbullying.html, Accessed Nov 29 2019.
  5. Cyberbullying,
    https://kidshealth.org/en/parents/cyberbullying.html, Accessed Nov 29 2019.

Versi Terbaru

12/07/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Selain Curang, Apa Lagi Punca Penceraian Di Malaysia? Kalau Sayang, Berubah!

6 Rahsia Menjadi Isteri Solehah, Bukan Hanya Jaga Makan & Pakai Suami Ya!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 12/07/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan