backup og meta

MENYEDIHKAN, Inilah Realiti Buli Siber Di Malaysia - Kena Hentikan Sebelum Parah!

MENYEDIHKAN, Inilah Realiti Buli Siber Di Malaysia - Kena Hentikan Sebelum Parah!

Generasi masa kini menghabiskan masa di atas talian lebih daripada sebelumnya gara-gara kewujudan internet.

Setiap hari mereka menggunakan telefon pintar, tablet dan komputer bukan sahaja untuk hiburan dan pendidikan tetapi juga untuk bersosial.

Penggunaan gajet sebagai alat komunikasi bukanlah suatu yang membahayakan.

Namun, seperti mana-mana aktiviti sosial yang lain, risiko untuk kejadian buli boleh berlaku secara atas talian dalam bentuk cyberbully atau buli siber.

Ikuti artikel ini untuk mengetahui mengenai gejala buli siber di Malaysia yang kian membimbangkan.

Apa itu buli siber?

Ia didefinisikan sebagai tingkah laku yang dilakukan melalui media elektronik oleh individu atau kumpulan individu secara berulang kali dengan mesej bermusuhan atau agresif bertujuan untuk menimbulkan kemudaratan atau ketidakselesaan pada yang lain.

Ini termasuklah dalam bentuk mengancam, memalukan atau menakutkan seseorang.

Cyberbully kebiasaannya melibatkan remaja tetapi boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia.

Realiti cyberbully di Malaysia

Buli siber merupakan ancaman siber ketiga terbesar di Malaysia, sejurus selepas penipuan dan penggodaman atas talian.

Menurut kajian Microsoft Global Youth Online Behaviour Survey pada tahun 2012, daripada 25 negara yang dikaji, Malaysia menduduki tangga ke-17 tertinggi dalam cyberbully.

Kajian terhadap kanak-kanak dan remaja berusia 8-17 tahun tersebut mendapati kejadian cyberbully di Malaysia tidak jauh berbeza dengan statistik global sebanyak 37%, iaitu dengan 33% remaja Malaysia melaporkan pernah dibuli secara atas talian.

Data daripada Microsoft Corporation

Dengan polisi sekolah dan pendidikan yang sangat terhad terhadap pembulian siber di Malaysia, remaja di Malaysia juga didapati tidak mempunyai sistem sokongan yang baik terhadap buli siber berbanding di negara lain.

Laporan cyberbully oleh Pusat Bantuan Cyber999 pada tahun 2017 juga turut menunjukkan bahawa lebih banyak kes buli yang melibatkan mangsa belia yang berusia berbanding kanak-kanak dan remaja.

Hal ini tidak lagi menghairankan kerana tokoh umum seperti selebriti dan aktivis sosial mungkin menjadi mangsa kecaman masyarakat.

Penggunaan akaun palsu dan rasa kebersamaan dengan pembuli lain yang turut menghamburkan komen agresif dan mengancam di dunia maya juga menyebabkan cyberbully sukar dibendung.

Pembuli dan mangsa buli

Meskipun pembulian siber berlaku tanpa mengira jantina, terdapat kajian yang mendapati cyberbully di Malaysia mungkin lebih banyak berlaku kepada dan oleh perempuan walaupun jurang perbezaannya tidak terlalu besar.

Berbeza dengan negara lain seperti Taiwan yang mungkin menggunakan khidmat pesanan ringkas sebagai alat buli siber, Malaysia yang mempunyai pengguna laman sosial seperti fb yang ke-8 tertinggi di Asia didapati lebih kerap mengalami cyberbully di laman sosial.

infografik ihsan Berita Harian

Ini sedikit sebanyak dicerminkan dengan penggunaan istilah ‘mak cik bawang’ oleh netizen kerana fenomena umpatan dan mengeji orang lain di dunia maya yang lebih cenderung dilakukan perempuan.

Di dunia sebenar, pembuli boleh menjadi mangsa buli dan begitu juga sebaliknya.

Perkara yang sama turut dilihat di media sosial dengan satu kajian di Kanada mendapati 16.7% mangsa buli siber membuli orang lain di atas talian juga.

Sementara hampir 27.3% pembuli mengaku menjadi mangsa buli siber di atas talian.

Kaitan antara kitaran pembuli dan mangsa buli ini penting untuk disedari. Ia melibatkan campur tangan antara mangsa dan pembuli  untuk membendung buli siber ini.

Ibu bapa perlu mendidik anak mereka tata susila sosial di atas talian. Ia boleh dilakukan dengan menerangkan pencegahan diri daripada membuli dan dibuli di laman sosial.

Kesan buli siber

Walaupun cyberbully kelihatan tidak meninggalkan kesan fizikal, gejala ini lebih berbahaya dan mengancam kesihatan mental mangsa.

Ini kerana boleh dilakukan berulang kali dan beramai-ramai semudah menaip di hujung jari.

Penggunaan bahan rakaman atau gambar juga akan menyebabkan mangsa lebih tertekan. Ini disebabkan bahan tersebut akan terus tersebar dan dikongsi di atas talian.

buli siber di malaysia

Cyberbully juga kadangkala melibatkan ugutan yang seperti keganasan fizikal atau seksual.

Dalam sesetengah kes, ia boleh menyebabkan kematian akibat bunuh diri kerana tekanan mental dan emosi yang dihadapi mangsa.

Oleh itu, cyberbully harus dicegah bermula dengan diri anda sendiri.

Ia boleh dilakukan dengan dengan penggunaan media sosial secara beretika dan tidak menggalakkan orang lain terlibat dengan buli siber.

Ingat, sebelum menulis komentar, tanya diri sendiri sama ada apa yang ditulis memberi kesan negatif kepada individu lain atau tidak.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

http://www.myhealth.gov.my/cyberbullying/

https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S0747563215000357

https://www.nst.com.my/news/exclusive/2017/05/236873/cyberbullying-among-top-five-online-threats

https://www.pressreader.com/malaysia/berita-harian5831/20180103/textview

13.3 million M’sians are Facebook users

 

Versi Terbaru

12/07/2024

Ditulis oleh Helma Hassan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Mangsa Buli Siber: Anak Anda Mungkin Salah Seorang Daripadanya

Buli Siber: Pernahkah Anda Melakukannya?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 12/07/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan