backup og meta

5 Tip Menguatkan Hubungan Adik-beradik Perempuan

5 Tip Menguatkan Hubungan Adik-beradik Perempuan

5 Tip Menguatkan Hubungan Adik-beradik Perempuan

Keluarga merupakan satu pertalian atau perhubungan suci yang perlu dijaga dengan baik bagi memastikan keharmonian sesama ahli keluarga terjaga. Hubungan yang baik di antara ahli keluarga amat penting untuk membentuk individu dengan pelbagai nilai-nilai kehidupan yang positif antaranya nilai hormat-menghormati dan sayang-menyayangi.

Selain hubungan antara anak dan ibu bapa, hubungan sesama adik beradik juga perlu dititikberatkan. Tanpa mengira jantina sesama mereka, adik-beradik juga merupakan satu pertalian atau perhubungan yang perlu dijaga agar keharmonian dapat dijaga dan dipelihara. Namun, sekiranya kesemua adik beradik adalah perempuan, terdapat beberapa tip yang boleh diamalkan untuk menguatkan hubungan tersebut.

1. Meraikan satu sama lain

Anda seharusnya meraikan antara satu sama lain untuk membuat adik beradik anda merasa terharu dan dihargai. Antara perkara yang boleh diraikan adalah pencapaian berat badan, bentuk badan mahupun pekerjaan yang diingini mereka, tercapai. Ini kerana kaum wanita adalah kaum yang sering dipandang rendah oleh masyarakat dan kerana itu segala pencapaian perlulah dipuji dan diraikan terutamanya dalam perhubungan adik beradik bagi menaikkan semangat mereka sekaligus memurnikan hubungan sesama anda.

2. Bersikap terbuka

Anda juga perlu untuk bersikap lebih terbuka sesama adik beradik. Sekiranya salah seorang daripada anda mengalami masalah dan meminta anda untuk mendengar masalahnya, jadilah pendengar yang baik. Jangan terus membuat kesimpulan atau mengkritik seandainya anda tidak bersetuju dengan tindakan mereka. Biarkan mereka meluahkan perasaan mereka dan berikan pendapat anda dengan cara yang paling sesuai. Ini akan merapatkan dan menguatkan lagi hubungan sesama adik beradik.

3. Jangan bersaing

Sesama adik beradik, sikap saling tolong menolong dan menyokong satu sama lain adalah amat diperlukan. Oleh itu sikap suka bersaing sesama adik beradik adalah tidak sihat. Anda tidak seharusnya menjadikan setiap perlakuan atau pencapaian sebagai satu pertandingan. Ini hanya akan mendatangkan kebencian atau perasaan tercabar yang tidak diperlukan di dalam hubungan adik beradik.

4. Jangan berdendam

Selain bersaing, sikap yang perlu sekali dielakkan adalah berdendam. Pertelingkahan sesama adik beradik adalah perkara yang normal namun perlu dielakkan kerana akan mendatangkan perasaan dendam di kalangan adik beradik. Sekiranya terjadi perselisihan faham, berbincang kemudian cari jalan penyelesaian yang baik dan jangan menyimpan sebarang dendam. Ini hanya akan mendatangkan aura negatif dalam kalangan adik beradik seterusnya menjadi punca keretakan dan perpecahan sesama adik beradik.

5. Sesekali, keluar bersuka ria

Terperuk sahaja di dalam rumah juga tidak elok untuk perkembangan minda dan kesihatan anda. Oleh itu, keluar bersuka ria sesama adik beradik perempuan anda adalah menjadi satu kemestian. Ini bukan sahaja dapat memastikan anda dan adik beradik anda sentiasa dalam keadaan fizikal dan metal yang sihat malah dapat menguatkan hubungan sesama anda. Aktiviti seperti menonton wayang, bermain boling atau membeli belah bersama-sama dapat dijadikan sebagai aktiviti bersama yang dapat mengisi masa berkualiti sesama adik beradik anda.

Sebagai seorang individu yang mempunyai keluarga, setiap orang mahukan keharmonian. Keharmonian itu dapat dicapai sekiranya setiap ahli keluarga mengamalkan nilai-nilai yang positif dalam kehidupan seharian. Hubungan sesama ahli keluarga termasuklah sesama adik beradik perlulah dijaga dengan baik agar keharmonian dalam keluarga dapat dijaga seutuhnya.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

http://www.myhealth.gov.my/panduan-hubungan-keluarga-a-adik-beradik/

https://www.theodysseyonline.com/securing-sisterhood

Versi Terbaru

26/11/2019

Ditulis oleh Ahmad Farid

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Selain Curang, Apa Lagi Punca Penceraian Di Malaysia? Kalau Sayang, Berubah!

6 Rahsia Menjadi Isteri Solehah, Bukan Hanya Jaga Makan & Pakai Suami Ya!


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 26/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan