Depresi secara khusus dan masalah psikologi secara umum telah menjadi satu masalah yang utama dalam masyarakat, sudah seperti satu wabak dalam norma masyarakat moden. Mod adalah unjuran yang paling biasa dalam kehidupan kita, yang sentiasa turun dan naik. Tetapi dari semasa ke semasa, “perubahan mood” ini boleh menjadi lebih tidak terkawal, malah boleh memberi kesan pada kehidupan seharian, kerjaya dan jika tidak dikawal, boleh membawa kepada maut.
Apa itu depresi?
Adalah dianggarkan bahawa kira-kira 10% daripada manusia akan atau mengalami masalah psikologi atau dalam kes ini, depresi, pada mana-mana waktu dalam kehidupan mereka. Perlu diingat bahawa depresi berpanjangan dalam istilah perubatan dikenali sebagai Major Depressive Disorder (MDD) tetapi sering disalah anggap sebagai depresi normal. Dari segi biologi, depresi memberi kesan kepada otak dalam pelbagai cara tetapi mungkin, seperti yang ditunjukkan oleh bukti saintifik, Hippocampus adalah bahagian yang paling terkesan dengan depresi. Walaupun ia telah dibuktikan oleh kajian pengimejan neurologi bahawa litar otak yang bertanggungjawab mengawal mod yang terganggu, kerosakan yang paling parah berlaku pada hippocampus.
Pada asasnya, depresi menjejaskan Amygdala, iaitu bahagian otak yang bertanggungjawab bertindak balas terhadap rangsangan emosi penting seperti ganjaran dan ancaman. Apabila berlaku depresi, Amygdala diletakkan pada mod hiperaktif. Ini secara langsung membawa kepada tanda pertama depresi, iaitu keadaan di mana otak sentiasa memproses dan berinteraksi dengan persekitaran sehingga menyebabkan tindak balas yang berlebihan terhadap keadaan negatif. Amygdala juga berhubung dengan satu set bahagian otak yang mengawal tindak balas fisiologi dan tingkah laku terhadap rangsangan emosi. Untuk memfokuskan kepada tajuk, artikel ini hanya akan membincangkan tentang bahagian yang berkait secara langsung dengan depresi iaitu: Hippocampus dan korteks prefrontal medial.
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Hippocampus adalah bahagian yang paling banyak terkesan dengan depresi, manakala korteks prefrontal medial mengalami tekanan, yang disebabkan langsung oleh Amygdala yang dalam keadaan hiperaktif. Korteks prefrontal medial sangat terdedah kepada tekanan. Pakar psikologi dan pesakit kedua-duanya telah menyedari persamaan antara tekanan dan depresi yang berlaku pada tempoh yang sama. Dari sudut pandangan bukan perubatan, tekanan boleh menyebabkan depresi sementara ia juga merupakan tanda depresi. Dalam erti kata lain, anda tidak boleh mendapatkan salah satunya.. Tetapi kemungkinan besar, apabila anda menunjukkan tanda-tanda tekanan, depresi hampir pasti akan berlaku.
Hippocampus
Apabila anda melihat Hippocampus orang yang mengalami depresi, ia adalah jauh lebih kecil berbanding orang normal yang gembira. Sudah tentu, terdapat bahagian lain di dalam otak yang juga mengalami depresi tetapi Hippocampus adalah kawasan otak yang biasanya terkait dengan mengawal emosi dan juga memori. Dalam kefahaman yang lama, lebih lama seseorang itu tertekan, lebih kecil saiz Hippocampus. Kajian menunjukkan terdapat hubungan antara kehilangan memori dan penurunan neuron di bahagian Hippocampus tersebut. Selain itu, tekanan boleh menyebabkan Hippocampus atrofi (mengecil).
Bersama dengan korteks prefrontal, Hippocampus membentuk rangkaian rumit yang bertanggungjawab bertindak balas terhadap perkara yang melibatkan emosi. Kita boleh merumuskan dengan tepat bahawa tindak balas seseorang yang mengalami depresi, terhadap peristiwa emosi adalah paling baik pun tidak sesuai, dan yang paling teruk, tidak berfungsi. Oleh itu simptom biasa bagi depresi ialah: rasa sedih, tertekan, malas, keletihan yang berlebihan dan mungkin tanda yang paling mudah dikenal pasti: hilang minat dalam aktiviti yang menyeronokkan, yang dikenali sebagai anhedonia.
Simptom-simptomnya
Beberapa laman web psikologi popular telah menawarkan ujian untuk membantu anda mendiagnosis depresi dengan sendiri. Berikut adalah contohnya. Jika anda mengalami lebih separuh daripada tanda-tanda ini maka sila berwaspada, kerana anda sedang mengalami depresi:
- Sia-sia: Tiada apa lagi dalam hidup yang dirasakan penting atau bermakna kepada anda.
- Kepala rasa tertekan: Anda merasakan sesuatu yang berat di kepala anda. Ia boleh membuat anda berasa mengantuk.
- Mengasingkan diri: Anda mengasingkan diri daripada rakan-rakan dan keluarga dan memilih untuk bersendirian.
- Terpenjara: Anda tidak boleh meluahkan perasaan anda. Anda menjadi pendiam dan malu.
- Benci pada diri sendiri: Anda benci kepada diri anda apabila melihat di cermin.
- Ritual yang memakan diri: Anda terlibat dalam tingkah laku yang merosakkan seperti minum alkohol, mengambil dadah atau makan berlebihan, walaupun sedar dengan kesan buruknya.
- Bermain dengan Kematian: Anda bertindak secara melulu atau membahayakandiri dan tidak peduli jika anda mendapat cedera parah atau mati.
- Kehidupan adalah sesuatu yang menyusahkan: Anda berasa bahawa dunia tidak selari dengan anda.
- Tidak reslistik: Anda mempunyai sensasi bahawa hidup anda tidak benar.
- Tiada perkataan yang boleh anda gunakan: Anda merasa sukar untuk berkongsi perasaan anda kepada rakan-rakan dan keluarga dalam perkataan.
Sila ingat bahawa, jika anda mengenal pasti sebarang tanda-tanda amaran bagi depresi, sila hubungi pakar kesihatan mental serta-merta, atau pergi ke bahagian kecemasan hospital tempatan untuk membuat penialian dan rawatan segera.