
Mendaftar untuk keahlian gim adalah cara yang ideal untuk menyihatkan badan tetapi bukan semua orang berkemampuan atau mempunyai kelapangan masa kerana terlalu sibuk dengan sekolah dan jadual kerja. Oleh itu, menggabungkan sukan dengan hiburan boleh menjadi alternatif yang baik. Semasa bersukan, anda boleh membina persahabatan dan berseronok dengan orang lain. Berikut adalah 5 cara untuk kekal sihat di luar gimnasium.
Kickboxing
Senaman ini dianggap senaman berat kerana merangkumi pelbagai tendangan dan menumbuk. Pada masa kini, semakin ramai orang memilih kickboxing kerana ia berkesan untuk mengurangkan berat badan, di samping boleh memanfaatkannya untuk mempertahankan diri. Mereka yang memilih suka ini boleh membakar sehingga 450 kalori dalam sesi satu jam.
Bola keranjang
Gabungan melompat, berlari dan membaling boleh menjadi senaman badan utama anda. Ia akan menambah ton badan anda, membina kekuatan dan memastikan perkembangang otot. Selain itu, kehilangan berat badan adalah hasil yang paling jelas untuk dilihat. Main bola keranjang dengan rakan-rakan anda boleh membantu anda membakar sehingga 530 kalori.
Hiking
Hiking memberi manfaat kepada jantung anda kerana ia adalah satu bentuk kardio. Ia juga baik untuk mood anda kerana anda bernafas dalam udara segar, membuang tekanan, dan berasa bebas untuk menikmati pemandangan yang indah. Semua yang anda perlukan adalah air, makanan ringan, sepasang kasut dan rakan-rakan anda. Hiking akan memberi anda kepuasan lebih daripada 2 jam di treadmill.
Kerja sukarelawan
Ajak rakan-rakan anda mendaftar untuk khidmat masyarakat. Kebanyakan projek komuniti adalah tentang membina rumah, membersihkan taman, mengecat dinding di sekitar bandar untuk memastikannya bersih. Amalan ini dapat memberi manfaat kepada kesihatan fizikal dan juga mental anda. Dengan cara ini, anda bukan sahaja menyumbang kepada masyarakat tetapi juga memberikan diri anda peluang untuk benar-benar menghayati dan menghargai hidup anda sekarang. Tambahan pula, ketika melakukan khidmat masyarakat, anda boleh mendapat kawan baru dengan mereka yang berkongsi minat yang sama.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.