backup og meta

Ejakulasi Pramatang, Apa Lelaki Boleh Cuba Sebagai Cara Untuk Elak & Rawat?

Ejakulasi Pramatang, Apa Lelaki Boleh Cuba Sebagai Cara Untuk Elak & Rawat?

Apa itu ejakulasi pramatang bermakna ejakulasi dengan rangsangan seksual yang minimum sebelum dikehendaki individu tersebut.

Ia adalah antara ketidakfungsian fungsi seksual lelaki yang paling kerap berlaku.

Berdasarkan beberapa kajian, dalam 30 peratus lelaki Amerika mengalami ejakulasi pramatang.

Bagi yang lain pula, mereka sebenarnya menghadapi masalah ini tetapi tidak menyedari.

Tambahan pula, ejakulasi pramatang merupakan masalah yang sangat kerap didapati dan keadaan sementara yang berlaku dalam kalangan lelaki muda atau mereka yang baru sahaja memulakan hubungan baru.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Lelaki, anda boleh klik di sini.

Berapa cepat ejakulasi pramatang?

Keadaan ejakulasi awal dianggap ejakulasi pramatang jika lelaki tersebut mengalami ejakulasi sebelum pasangannya mencapai orgasm.

Ejakulasi pramatang juga dikira jika lelaki tersebut hanya dapat bertahan selama lebih kurang 1 minit.

Mereka yang mengalami keadaan ini perlu mendapatkan bantuan perubatan.

Doktor mungkin akan membincangkan sejarah perubatan dan seksual.

apa itu ejakulasi pramatang

Anda juga mungkin akan diminta untuk melakukan ujian makmal untuk menolak sebarang kemungkinan masalah perubatan yang lain.

Purata masa yang diperlukan daripada belaian ke ejakulasi ialah selama lima hingga 10 minit.

Jika anda tidak bertahan selama waktu purata, anda mungkin mengalami apa itu ejakulasi pramatang.

Apa punca ejakulasi pramatang?

Keterujaan dan rasa gemuruh adalah dua punca utama yang menyebabkan apa itu ejakulasi pramatang.

Keterujaan berlaku apabila seorang lelaki melakukan hubungan kelamin dengan pasangannya pada waktu permulaan dengan penuh kehendak dan keghairahan.

Melakukan hubungan kelamin setelah sela waktu yang lama atau dengan pasangan baru juga boleh meningkatkan mood yang membawa kepada keterujaan.

Adapun rasa gemuruh berpunca daripada pelbagai sebab seperti niat untuk mengelakkan kehamilan atau rasa tertekan di tempat kerja.

Dalam kes lain pula, apa punca ejakulasi pramatang boleh berlaku disebabkan sklerosis berbilang, bahagian kelamin yang sangat sensitif, kecederaan pada saraf dan masalah-masalah neurologikal yang lain.

Apa patut lelaki buat untuk mengelak & merawat?

Pertamanya, pesakit hendaklah menarik nafas. Ia membantu mencegah reaksi stres dan memberikan masa untuk mereka bertenang.

Apabila mengadakan hubungan kelamin, lelaki hendaklah menyentuh seluruh badan berbanding fokus kepada alat kelamin semata.

Kesedaran terhadap tubuh badan dapat membantu menyelesaikan masalah ejakulasi pramatang secara kekal.

apa itu ejakulasi pramatang

Selain itu, elakkan mengambil dadah atau minuman keras. Dengan ini, kesedaran terhadap tubuh badan mereka dapat ditingkatkan. Terdapat juga kaedah lain yang boleh dicuba:

  • Pengambilan ubat ejakulasi pramatang di farmasi
  • Kaedah berhenti-dan-mula. Relaks selama 20-30 minit dan mula semula.
  • Posisi bawah. Posisi ini membantu mengurangkan sensitiviti dalam sesetengah lelaki dengan cara mereka tidak perlu menampung berat badan mereka dan akan lebih relaks.

Bagaimana pula jika semua itu tidak membantu?

Lebih kurang 75 peratus wanita mengalami orgasme atau kepuasan seksual melalui stimulasi klitoris.

Lelaki sepatutnya bertanyakan pasangan mereka apa yang mereka sukakan dan mencari pelbagai kaedah sehigga mereka dapat melakukan teknik yang betul.

Bagaimanapun, terdapat keadaan di mana lelaki yang mengalami ejakulasi pramatang disebabkan masalah fizikal atau isu emosi yang lebih mendalam.

Maka, jika tiada perubahan dalam masa beberapa bulan, mereka perlu merujuk doktor.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang apa itu ejakulasi pramatang, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Premature Ejaculation, https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/15627-premature-ejaculation, Accessed Dec 15 2019.
  2. Premature Ejaculation, https://familydoctor.org/condition/premature-ejaculation/, Accessed Dec 15 2019.
  3. Premature Ejaculation, https://www.urologyhealth.org/urology-a-z/p/premature-ejaculation, Accessed Dec 15 2019.
  4. Premature Ejaculation, https://www.winchesterhospital.org/health-library/article?id=11610, Accessed Dec 15 2019.
  5. Ejaculation problems, https://www.nhs.uk/conditions/ejaculation-problems/, Accessed Dec 15 2019.

Versi Terbaru

10/04/2023

Ditulis oleh Helma Hassan

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Kenapa Lelaki Perlu Ereksi Di Waktu Pagi? Normal Ke Kalau Zakar Tak 'Bangun' Masa Ini?

Ada 7 Sebab Kulit 'Boboi' Anda Kering, #5 Pasti Buat Kaum Adam Fikir 2 Kali!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 10/04/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan