backup og meta

ELAK 3 Cara Karut Besarkan 'Anu' Lelaki, Ada Kaedah Yang Lebih Selamat Di Sini!

ELAK 3 Cara Karut Besarkan 'Anu' Lelaki, Ada Kaedah Yang Lebih Selamat Di Sini!

Ramai lelaki yang secara diam-diam akan mencuba pelbagai cara besarkan zakar untuk bermegah dengan pasangan atau kaum kerabat mereka. Persoalannya, adakah semua cara itu berkesan? 

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Lelaki, anda boleh klik di sini.

Saiz zakar yang normal

Sebenarnya tiada sebarang ukuran yang boleh menentukan sama ada saiz zakar anda adalah normal, kecil atau besar.

Ini kerana manusia lahir dalam pelbagai bangsa, kaum dan etnik yang berbeza-beza. Disebabkan itu, fizikal secara semula jadi setiap manusia adalah berlainan termasuk saiz zakar mereka.

Jadi, anda tidak perlu terlalu gusar mengenai perkara ini sehingga sanggup mencuba pelbagai cara besarkan zakar tanpa ubat.

Pun begitu, ada satu garis panduan tentang cara membesarkan zakar paling berkesan yang mungkin anda boleh ikuti.

Menurut kajian, zakar yang bersaiz normal adalah berukuran sekitar 5 inci (13 sentimeter) apabila mengalami ereksi.

cara besarkan zakar
Cara mengukur saiz zakar yang normal.

Jika ia lebih panjang, maka saiz zakar anda boleh dikategorikan sebagai besar.

Jika ukuran saiz zakar anda hanya 3 inci (7.5 sentimeter) apabila mengalami ereksi, maka saiz zakar anda boleh dikategorikan sebagai kecil, juga dikenali sebagai sebuah kondisi yang dinamakan mikropenis. 

Contoh cara besarkan zakar yang karut

Di seluruh dunia, terdapat bermacam jenis produk untuk membesarkan zakar. Negara kita tidak terkecuali daripadanya.

Hampir kesemua produk-produk ini juga tidak terbukti keberkesanannya secara saintifik malah mungkin akan merosakkan alat kelamin anda.

Berikut merupakan antara jenis produk sebagai antara cara besarkan zakar yang paling popular:

#1. Cara besarkan zakar guna pil

Pil besarkan zakar ini mengandungi vitamin, mineral, herba atau hormon yang diuar-uarkan oleh pengeluar boleh membesarkan saiz zakar.

Pun begitu, tiada kajian saintifik yang menunjukkan keberkesanan ubat besarkan zakar di farmasi ini.

#2. Cara besarkan zakar dengan losyen

Sama seperti ubat besarkan zakar di farmasi, losyen juga turut mengadungi vitamin, mineral, herba atau hormon yang kononnya boleh membesarkan zakar.

Bukan sahaja tiada bukti kukuh mengenainya, ia malahan mungkin boleh membawa kemudaratan yang lain.

#3. Pam vakum, antara cara besarkan zakar

Ia memang boleh membuat zakar kelihatan lebih besar. Namun, ia hanya untuk sementara waktu sahaja. dan selalunya digunakan oleh lelaki dengan masalah mati pucuk.

Cara penggunaannya adalah memasukkan alat kemaluan ke dalam pam vakum ini untuk melancarkan perjalanan darah pada zakar, lalu membuat ia membengkak. 

Ia mungkin akan membuat lelaki yang mati pucuk berupaya untuk melakukan hubungan intim bersama pasangan. Namun, kesan jangka masa panjangnya akan menyebabkan tisu pada zakar rosak.

cara besarkan zakar
Cara membesarkan zakar yang anda tidak boleh percaya.

Cara besarkan zakar yang lain

Ada banyak cara membesarkan zakar dengan urutan yang boleh dicuba oleh lelaki seperti teknik jelqing atau stretching yang tidak memerlukan sebarang penggunaan produk, cukup dengan tangan sahaja.

Pun begitu, masih ada kesan sampingannya kepada anda.

Sebenarnya, anda tidak perlu merungsingkan kepala anda memikirkan tentang saiz zakar. Lebih baik jika anda jalani hidup yang lebih sihat untuk memastikan ereksi anda lebih kuat secara alami.

Dalam erti kata yang lain, saiz tidak penting, yang penting adalah prestasi. Jadi, jangan terlalu obses dengan cara besarkan zakar!

Bagaimana untuk menikmati hubungan badan?

Ada satu keraguan mengenai lelaki dengan zakar yang besar iaitu bagaimana mereka mahu menikmati hubungan intim mereka? Adakah terdapat sebarang masalah yang besar? Ini jawapannya.

Menurut Dr Jennifer Landa, Pakar Kesihatan Seksual yang berpangkalan di BodyLogicMD, Orlanda Florida, lelaki yang mempunyai alat kemaluan yang besar juga boleh menikmati hubungan intim yang sihat dan sejahtera.

Berikut adalah rahsia yang anda perlu tahu:

#1. Gunakan pelincir

Untuk pengetahuan anda, zakar yang terlalu besar akan menyebabkan kesukaran ketika proses penetrasi walaupun faraj pasangan anda sudah ‘basah’ sepenuhnya. Oleh itu, penggunaan pelincir adalah sangat membantu.

Namun, pastikan anda gunakan alat pelincir yang diperbuat dari bahan semula jadi seperti minyak kelapa untuk mendapatkan aura yang semula jadi yang ternyata jauh lagi selamat dan berkesan.

cara besarkan zakar
Cara menikmati hubungan intim dengan pasangan.

#2. ‘Foreplay

Foreplay atau ringan-ringan – Perbuatan seperti berpeluk, bercium, bersentuhan atau hubungan oral akan membuat pasangan lebih terangsang sekali gus membuat faraj cepat basah.

Disebabkan itu, penetrasi akan jadi mudah dilakukan kelak meskipun saiz zakar terlalu besar. Jadi, ajak pasangan anda untuk melakukan ringan-ringan sebelum beralih ke aksi yang lebih berat.

#3. Pastikan saiz kondom sesuai

Lelaki dengan bahagian kemaluan besar perlu tahu dan memakai saiz kondom yang sesuai.

Ini kerana tiada siapa yang mahu alat kemaluannya berasa ‘tercekik’ akibat saiz kondom terlalu ketat dan sempit.

#4. Lakukan posisi ‘bercinta’ yang tidak memberi tekanan

Sebagai lelaki dengan saiz alat kemaluan besar, anda dan pasangan perlu melakukan posisi hubungan badan yang tidak memberi tekanan kepada wanita.

Apa yang boleh dibuat adalah biarkan pasangan wanita anda yang mengawal proses penetrasi. Jadi, sila lakukan posisi bersenggama yang sesuai, ya?

Perkara paling penting, usah percaya dengan mitos seperti besarkan zakar guna ubat gigi atau lain-lain. Sebaliknya, cuba fokus kepada bagaimana untuk kalian enjoy hubungan intim okay?

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Penis-enlargement Products: Do They Work?. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/sexual-health/in-depth/penis/art-20045363. Accessed on September 10, 2019.
  2. Penis enlargement. https://urology.weillcornell.org/penis-enlargement. Accessed on September 10, 2019.
  3. The truth about penis enlargement. https://penis-enlargement.org/the_truth_about_penis_enlargement.htm.  Accessed on September 10, 2019.
  4. Best penis enlargement creams. https://www.nfsmi.org/best-penis-enlargement-creams/. Accessed on September 10, 2019.
  5. Penis pump before after. https://bestpenispumps.org/penis-pump-before-after/. Accessed on September 10, 2019.

 

Versi Terbaru

24/04/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Orang Lelaki Kena Selalu Periksa Zakar Mereka, Ini 10 Sebabnya!

Alamak, Betul Ke Kerap Beronani Punca Zakar Mengecil? Jaga-Jaga Dengan 4 Sebab Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 24/04/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan