backup og meta

Tengah 'Syok' Bersama Pasangan, Tiba-tiba Zakar Lembik? Lelaki, Ini Mungkin Tanda Mati Pucuk!

Tengah 'Syok' Bersama Pasangan, Tiba-tiba Zakar Lembik? Lelaki, Ini Mungkin Tanda Mati Pucuk!

Ereksi lelaki ibarat suatu perkara misteri, yang seolah-olahnya mempunyai fikiran tersendiri. Apabila zakar tidak keras di saat ia ‘diperlukan’, hubungan di ranjang bersama isteri boleh terjejas!

Penurunan dalam aliran darah ke zakar akan menjadikan saluran darah menyempit, lantas memicu disfungsi ereksi (ED) atau mati pucuk dalam kalangan lelaki berusia.

Berbeza dengan golongan yang lebih muda, masalah emosi kerap menjadi pemicu! Walau apa pun puncanya, kondisi ini tidak harus dipandang ringan!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Lelaki, sila dapatkannya di sini.

Disfungsi ereksi @ mati pucuk (ED)

Sebelum kita cuba kenal pasti kemungkinan puncanya, wajarlah untuk kita fahami terlebih dahulu kondisi sebenar yang digelar sebagai mati pucuk ini.

Bagi yang mungkin belum tahu, ED berlaku apabila zakar tidak keras atau gagal mengekalkan ereksi apabila terangsang atau ingin bersama.

Ia mungkin hanya berlaku dalam beberapa situasi. Misalnya, anda mungkin boleh mengalami ereksi ketika melancap, tetapi tidak apabila bersama pasangan.

Penting untuk mengenal pasti penyebab gejala anda, kerana ED boleh menjadi indikasi awal masalah kesihatan lain, seperti penyakit kardiovaskular, tekanan darah tinggi atau diabetes.

Sekarang, ayuh kita lanjut dengan kemungkinan-kemungkinan faktor yang memicu masalah mati pucuk!

Mati pucuk, bagaimana lelaki boleh alaminya?

Kondisi ini ternyata tidak hanya berlaku disebabkan usia, faktor emosi dan psikologi turut memainkan peranan!

#1 Benarkah kondisi ini sebenarnya bermula di minda?

Mungkin tidak… Sebilangan besar kes ED disebabkan oleh masalah fizikal sahaja atau berserta dengan masalah emosi.

Selain itu, mana-mana masalah kesihatan yang menjejaskan saraf atau saluran darah anda boleh mengganggu kemampuan untuk mengalami ereksi.

Penyakit seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung, sklerosis berganda, dan diabetes kesemuanya boleh menyebabkan zakar tidak keras atau ED.

Bahkan, lebih daripada 50% lelaki yang menghidap diabetes memiliki masalah ini!

Masalah hormon seperti paras testosteron rendah juga boleh menjadi faktor dan ia lebih kerap menimpa golongan lelaki yang lebih tua.

Di samping itu, rawatan kanser prostat, termasuk pembedahan dan radiasi juga boleh menyumbang kepada pemicunya!

zakar tidak keras

Namun, sekiranya anda mengalami ereksi pada waktu pagi atau ketika tidur, isunya mungkin bukan berpunca daripada masalah fizikal. Tekanan, kegelisahan dan kemurungan turut berisiko akibatkan ED.

Bercakap dengan doktor mengenai gejala yang dihadapi. Mereka mungkin akan menjalankan beberapa ujian untuk bantu anda mengetahui masalah yang sedang berlaku.

#2 Gaya hidup turut memainkan peranan?

Soalan seterusnya yang mungkin berlegaran di minda, adakah faktor gaya hidup turut memainkan peranan dalam menyebabkan masalah zakar tidak keras?

Jawapan ringkas, tentu sekali!

Ini kerana masalah seperti berat badan berlebihan, kurang bersenam serta merokok berupaya menjejaskan aliran darah yang diperlukan untuk mendapat/mengekalkan ereksi.

#3 Ubat-ubatan menjadi punca?

Ya, mungkin… Beberapa jenis ubat-ubatan, seperti ubat tekanan darah (terutamanya beta-blocker) dan antidepresi tertentu, boleh menyukarkan zakar untuk mengalami ereksi.

Jika anda mengesyaki bahawa ubat menjadi punca di sebalik masalah yang dihadapi, jangan terus hentikan pengambilannya tanpa konsultasi doktor terlebih dahulu, okey?

Doktor mungkin akan menukar ubat yang diambil atau anda mungkin akan disyorkan untuk turut sama mengambil ubat mati pucuk.

#4 Faktor usia punca zakar tidak keras?

Penuaan tidak menyebabkan mati pucuk, tetapi kondisi ini lebih kerap menimpa golongan lelaki yang lebih tua.

Kira-kira 4% lelaki berusia 50-an dan 17% yang berusia dalam lingkungan 60-an mengalami masalah zakar tidak keras, menurut National Institutes of Health.

Bagi golongan lelaki yang berumur melebihi 75 tahun pula, kira-kira separuh daripadanya turut terjejas dengan kondisi ini!

Rawatan-rawatan yang boleh dilakukan

Berita baik buat mereka yang mempunyai masalah zakar tidak keras, terdapat banyak opsyen rawatan yang boleh dicuba!

Rawatan ubat

Penderita ED boleh mengambil sekumpulan ubat yang disebut sebagai PDE-5 (phosphodiesterase-5) inhibitors.

Kebanyakan pil ini diambil 30 hingga 60 minit sebelum melakukan hubungan seks, dan antara ubat yang paling terkenal adalah pil berwarna biru sildenafil (Viagra).

zakar tidak keras

Pilihan-pilihan ubat lain pula turut merangkumi:

  • Vardenafil
  • Tadalafil
  • Avanafil

Prosedur pembedahan

Terdapat beberapa pilihan rawatan pembedahan yang boleh penderita mati pucuk jalani, antaranya:

  1. Penile implants: Prosedur ni menjadi pilihan terakhir untuk lelaki yang tidak berjaya diubati dengan rawatan ubat dan pilihan lain yang tidak invasif.
  2. Pembedahan vaskular: Opsyen pembedahan lain bagi sesetengah lelaki adalah pembedahan vaskular, yang dilakukan untuk membetulkan beberapa pembuluh darah yang telah mengakibatkan ED.

Pun begitu, perlu anda tahu, pembedahan adalah pilihan terakhir. Ia hanya akan dilakukan dalam kes yang paling kronik.

Selain itu, masa pemulihan juga berbeza-beza, namun kadar kejayaannya adalah tinggi.

Bagaimana pula dengan suplemen dan rawatan alternatif?

Adakah suplemen dan rawatan alternatif berkesan dalam merawat ED? Jawapan ringkasnya, adalah tidak.

Untuk makluman, tiada sebarang sumber bukti klinikal yang menyokong penggunaan suplemen, seperti pil herba sebagai rawatan mati pucuk.

Selain ketiadaan bukti yang boleh menyokong penggunaan rawatan alternatif, Food and Drug Administration juga telah mengeluarkan amaran mengenai risiko tersembunyi pada ‘rawatan’ yang dijual dalam talian.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Dysfunction. http://www.ajconline.org/article/S0002-9149(14)02270-X/abstract. Accessed 30 August 2022.
  2. Erectile dysfunction. https://cks.nice.org.uk/erectile-dysfunction#!topicsummary. Accessed 30 August 2022.
  3. Why I can not get and keep an erection. https://www.nhs.uk/common-health-questions/mens-health/why-can-i-not-get-and-keep-an-erection/Accessed 30 August 2022.
  4. Erectile dysfunction. http://www.heart.org/HEARTORG/Conditions/HighBloodPressure/WhyBloodPressureMatters/Erectile-Dysfunction-and-High-Blood-Pressure_UCM_301827_Article.jsp. Accessed 30 August 2022.
  5. Penile implants. https://www.mayoclinic.org/tests-procedures/penile-implants/about/pac-20384916#:~:text=Accessed 30 August 2022.

Versi Terbaru

05/10/2022

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: [email protected]


Artikel Berkaitan

Gemar Berbasikal? Hati-Hati, Ini Salah Satu Faktor Risiko Mati Pucuk!

Ketagihan Pornografi Boleh Jejaskan Kehidupan Seks? Ini Juga Jadi Punca Lelaki Mati Pucuk?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 05/10/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan