backup og meta

Wahai Lelaki, Amalkan 7 Tip Ini Kalau Nak Anak, #3 Tu Wajib Ikut!

Ditulis oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Disemak pada 11/05/2021

    Wahai Lelaki, Amalkan 7 Tip Ini Kalau Nak Anak, #3 Tu Wajib Ikut!

    Terdapat banyak tips lelaki berkaitan dengan topik kehamilan di luar sana. Seperti yang anda sedia maklum, bukan wanita sahaja yang perlu membuat persiapan sebelum hamil, lelaki juga perlu bersiap sedia!

    Lelaki mempunyai peranan yang penting dalam proses persenyawaan dan kehamilan.

    Sebagai contoh, lelaki perlu:

    Jika terdapat apa-apa masalah pada fungsi yang dinyatakan di atas, proses persenyawaan sperma dan ovum akan menjadi sukar.

    Artikel ini akan membincangkan 7 tips lelaki yang sedang cuba untuk membuatkan wanita hamil.

    #1 Penting bagi lelaki untuk turunkan berat badan

    Pelbagai kajian telah menunjukkan keburukan obesiti terhadap tahap kesihatan seseorang secara menyeluruh.

    Dalam konteks artikel ini, obesiti dan berat badan berlebihan boleh menyebabkan masalah ketidaksuburan.

    Menurut Persatuan Perubatan Reproduktif Amerika (ASRM), masalah kesihatan tersebut boleh mempengaruhi kualiti, kiraan dan kebolehan sperma lelaki untuk berenang.

    Masalah obesiti juga boleh meningkatkan risiko kerosakan bahan genetik di dalam sperma.

    #2 Kawal penyakit kronik anda

    tips lelaki

    Apabila anda sudah didiagnosis dengan penyakit kronik, potensi kesembuhan sememangnya rendah dan sukar dicapai.

    Namun, ia tidak bermakna anda tidak boleh mengawal tahap keterukan masalah kesihatan tersebut.

    Sebagai contoh, menurut ASRM, kawalan terhadap masalah diabetes dan hipertensi boleh meningkatkan peluang lelaki untuk menghamilkan pasangan masing-masing.

    Begitu juga dengan masalah kesihatan lain seperti fibrosis sistik dan sebagainya.

    Kunci kejayaan anda terletak kepada sehebat mana anda mampu mengawal penyakit kronik anda.

    #3 Ambil makanan yang sihat

    Mungkin agak cliche, tapi pemakanan sihat sememangnya kunci kepada tahap kesihatan yang optimum.

    Piramid makanan yang telah diperbaharui pada tahun 2020 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menekankan kepentingan mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan berbanding khasiat makanan yang lain.

    Makanan berserat bukan sahaja baik untuk kesuburan lelaki, malah ia boleh menghindarkan kanser.

    #4 Lelaki perlu lakukan aktiviti fizikal secara berkala

    wanita hamil

    Senaman bukan sahaja boleh membantu lelaki untuk mengawal stres, ia juga penting untuk kelanjutan usia individu.

    Walau bagaimanapun, jika anda hendak bersenam untuk mengekalkan tahap kesuburan yang optimum, pastikan anda memilih senaman yang bersesuaian.

    Kajian oleh Universiti Cordoba yang diterbitkan pada tahun 2009 menunjukkan sukan ekstrem seperti larian triatlon dan maraton boleh menurunkan kadar kesuburan lelaki.

    Begitu juga dengan sukan yang melibatkan posisi duduk yang lama seperti berbasikal.

    Anda boleh mencuba aktiviti seperti berjoging, angkat berat (intensiti sederhana) dan bersukan (bola sepak dan sebagainya) untuk kekal sihat.

    #5 Ambil multivitamin untuk jamin tahap kesuburan yang optimum

    Bukan wanita sahaja yang perlu mengambil multivitamin tau. Lelaki juga perlu memastikan nutrisi mereka berada dalam keadaan baik jika hendak menimang cahaya mata.

    Kebanyakan multivitamin mengandungi antioksida seperti vitamin C, vitamin E, selenium dan zink.

    Nutrien tersebut boleh meningkatkan kadar pergerakan, kualiti dan kiraan sperma sekali gus meningkatkan kebarangkalian untuk wanita hamil.

    Ini berikutan antioksida berupaya untuk melindungi maklumat genetik DNA di dalam sperma daripada sebarang kerosakan oleh molekul radikal bebas.

    #6 Pilih pakaian dalam lelaki yang selesa untuk dipakai

    tips lelaki

    Walaupun pemilihan boxer atau seluar dalam ketat boleh mempengaruhi suhu skrotum (kantung telur) dan kualiti sperma, kajian menunjukkan tiada perbezaan yang ketara dalam konteks kesuburan bagi kedua-duanya.

    Tidak kisahlah anda memakai seluar dalam ketat, boxer atau tidak memakai apa-apa, ia tidak mempengaruhi keupayaan anda untuk menghamilkan isteri.

    Apa yang penting adalah anda selesa dengan pemilihan pakaian semasa tidur.

    #7 Berhenti merokok 

    Bukan sahaja ia boleh menyebabkan lebih daripada 14 jenis kanser, merokok juga boleh menurunkan kualiti sperma anda.

    Menurut ASRM, perokok lelaki mempunyai kiraan sperma yang rendah di samping jumlah kecacatan yang tinggi.

    Begitu juga dengan ganja dan dadah terlarang lain yang boleh menyebabkan proses penghasilan sperma menjadi rendah.

    Konklusi

    Jika anda ingin meningkatkan kebarangkalian untuk membuat wanita hamil, boleh cuba 7 tips lelaki untuk subur di atas.

    Untuk hamil, suami juga memainkan peranan yang sangat penting memandangkan proses persenyawaan tidak akan berlaku sekiranya sperma berada dalam keadaan tidak sihat.

    Secara umumnya, jika anda hendak memastikan sperma anda berkualiti tinggi, fokus kepada tahap kesihatan diri terlebih dahulu.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Ditulis oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Disemak pada 11/05/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan