Bukan cuma wanita, tapi kaum Adam juga harus sentiasa memastikan mahkota mereka kekal terurus agar terlihat kemas dan segak. Namun tidak ada cara alternatif untuk tujuan itu, kalian hanya perlu menggunakan minyak rambut lelaki. Atau adakah sebarang produk lain untuk mahkota lelaki?
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Lelaki, anda boleh klik di sini.
Kepentingan minyak rambut lelaki yang bagus
Seperti ramai sudah sedia maklum, rambut merupakan mahkota setiap individu tidak kira jantina lelaki atau wanita!
Bagi kaum lelaki, anda mungkin tidak perlu menggayakan rambut yang terlalu panjang, ikal dan mengurai tetapi sudah cukup dengan cuma mengekalkan rambut yang terlihat kemas, rapi dan menyinar.
Jika pada zaman dahulu, penggunaan jenis minyak rambut tradisional daripada tumbuhan seperti kelapa, zaitun, argan, marula dan lain-lain sangat popular namun kini ia mungkin sudah kurang relevan.
Ini kerana para lelaki zaman sekarang lebih gemar menggunakan produk yang mampu mengeraskan rambut supaya ia terus kekal elok dan tetap di atas kepala seumpama sebuah mahkota milik seorang raja.
Antara produk rambut yang popular kini adalah gel, clay, wax dan pomade. Persoalannya, apa pula beza di antaranya?
Perbezaan di antara jenis minyak rambut lelaki
Walaupun fungsi produk rambut adalah sama sahaja yakni menggayakan dan mengekalkan rambut pada kondisi yang anda mahukan untuk masa lama, tetapi ia ada banyak jenis. Jadi, anda perlu kenal dengan setiap jenis kerana fungsinya berbeza!
Berikut 5 jenis produk penggayaan rambut lelaki mengikut tahap keberkesanan dari paling lemah ke paling kuat:
#1. Minyak rambut tradisional
Pertama, kalian mungkin boleh cuba cara lama iaitu menggunakan minyak rambut tradisional yang dihasilkan oleh ekstrak tumbuhan seperti kelapa, zaitun dan banyak lagi. Ia mungkin kaedah yang paling mudah dan murah.
Menariknya, semua orang tahu bahawa minyak rambut lelaki untuk rambut kering ini sangat sesuai kerana ia boleh melembapkan serta melicinkan sekali gus menjadikan rambut anda tampak lebih bersinar.
Dalam pada itu, ramai lelaki gemar dengan produk ini kerana ia bersifat alami dan tiada atau kurang bahan kimia lain!
#2. Gel rambut
Gel rambut biasa diperbuat daripada bahan yang berasaskan air. Dengan menyapukan gel ini, rambut anda bakal keras dan kekal sebagai mana anda mahu selagi ia tidak terkena air pada kuantiti yang terlalu banyak.
Kebiasaannya, gel rambut digunakan oleh lelaki yang bekerja di dalam pejabat atau tempat yang berhawa dingin. Ini kerana gel rambut luntur dengan lebih cepat jika lelaki berpeluh angkara cuaca panas di luar.
#3. Clay
Clay itu adalah produk rambut yang berasaskan tanah liat dan boleh mengeraskan namun tidak mengilatkan rambut.
Ia juga mungkin tidak begitu melekit, melekat dan berminyak seperti gel rambut sekali gus menjadikan ia lebih mudah untuk disapukan dan diratakan di kulit kepala. Ya, ia memang ideal untuk seorang lelaki.
#4. Wax
Wax pula adalah produk rambut yang berasaskan jeli lilin dan boleh mengeraskan serta mampu mengilatkan rambut.
Sama juga dengan produk di atas, ia kurang melekit dan melekat seperti gel rambut namun mungkin sedikit berminyak akibat karakteristik jeli lilin itu yang boleh memberikan efek sinar atau kilat pada rambut.
#5. Produk rambut paling kuat, Pomade
Merupakan produk penggayaan rambut lelaki yang paling kuat, pomade baru sahaja popular di negara kita sedangkan produk ini sudah lama wujud . Kini, tidak sah suatu majlis itu tanpa ada lelaki yang menggunakannya.
Untuk pengetahuan anda semua, pomade pertama kali diciptakan dengan lemak haiwan beruang. Pun begitu, ia tidak lagi dihasilkan dengan lemak haiwan sebaliknya hanya menggunakan bahan-bahan artifisial yang lain.
Apa yang lebih menarik, ia juga ada 3 jenis iaitu oil based, water based dan mix. Anda boleh pilih ikut kesesuaian!
Buat anda yang gemar menggunakan minyak rambut lelaki atau lain-lain produk, ketahuilah bahawa setiap produk itu mungkin mengandungi bahan kimia berbahaya jika digunakan dengan cara atau tempoh yang kurang tepat.
Konklusinya, minyak rambut lelaki yang bagus dan beberapa produk rambut lain begitu penting untuk membentuk mahkota di kepala anda itu. Jika tidak tahu untuk pilih yang mana, dapatkan maklumat dan nasihat pakar rambut.