backup og meta

Makan Bendi Boleh Tingkatkan Tenaga Batin? Ini 4 Makanan Baik, Tambah Power Lelaki!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 07/12/2022

    Makan Bendi Boleh Tingkatkan Tenaga Batin? Ini 4 Makanan Baik, Tambah Power Lelaki!

    Ada yang kata, terdapat banyak khasiat kacang bendi untuk lelaki, betul ke? Selain bendi, ada lagi ke makanan lain yang boleh berikan manfaat untuk kesihatan kaum lelaki? Ini penjelasan lanjut berkenaan khasiat bendi untuk lelaki.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Lelaki, anda boleh klik di sini.

    Khasiat bendi untuk lelaki

    khasiat bendi untuk lelaki

    Agak jarang kita mendengar mengenai khasiat kacang bendi untuk kesihatan seksual lelaki.

    Namun, ada juga desas-desus yang menyatakan berkenaan hal ini.

    Jadi, adakah benar bendi sangat baik untuk orang lelaki? Jawapannya adalah ya.

    Ini kerana ada beberapa komponen dalam kacang bendi yang mungkin boleh memberikan kesan positif terhadap kesihatan seksual lelaki.

    Antaranya ialah:

    #1. Cegah masalah mati pucuk lelaki

    Ramai yang tidak tahu bahawa bendi boleh membantu dalam memperbaiki kesihatan batin orang lelaki.

    Ini kerana, kacang bendi kaya dengan kandungan mineral zink yang boleh membantu mencegah mati pucuk (ED) selain meningkatkan tenaga seksual. 

    #2. Khasiat bendi untuk lelaki: Kaya dengan asid folik

    Selain itu, kacang bendi juga kaya dengan kandungan asid folik dan komponen lain yang membantu dalam meningkatkan bilangan sperma.

    Komponen nutrisi penting dalam kacang bendi boleh membantu mencegah bilangan sperma yang rendah selain memekatkan air mani.

    Namun perlu juga diingat, air mani yang pekat bukanlah jaminan bahawa bilangan sperma anda tinggi. 

    #3. Rendah kalori dan kolesterol

    Bendi juga merupakan antara jenis makanan yang amat rendah kalori, kolesterol dan lemak tidak tepu.

    Bagi orang lelaki yang sedang mencuba menurunkan berat badan, anda boleh memperbanyakkan makan bendi dalam hidangan harian anda.

    Berat badan yang optimum juga merupakan antara kunci kesihatan seksual yang terbaik. 

    #4. Kaya dengan folat

    khasiat bendi untuk lelaki

    Apa lagi khasiat bendi untuk lelaki? Memandangkan bendi merupakan sejenis sayuran semula jadi, ia juga kaya dengan kandungan folat.

    Anda mungkin tidak tahu bahawa folat sebenarnya memainkan peranan yang penting dalam kesihatan seksual lelaki.

    Kajian pada tahun 2014 menyatakan bahawa, kebanyakan mereka yang mempunyai masalah mati pucuk atau ED turut mengalami penurunan kandungan folat dalam badan.

    Oleh itu, banyakkan makan bendi bagi mengurangkan masalah mati pucuk anda.

    #5. Kaya antioksidan

    Bendi juga kaya dengan kandungan antioksidan seperti polifenol dan flavonoid.

    Nutrien seperti ini sebenarnya amat membantu dalam mencegah atau mengurangkan risiko pembekuan darah selain membantu memperbaiki kesihatan jantung orang lelaki.

    Senarai makanan yang bagus untuk kesihatan lelaki

    Selain daripada khasiat kacang bendi, ada juga beberapa makanan lain yang telah terbukti berkemampuan meningkatkan tenaga batin atau kesihatan seksual lelaki.

    Antara jenis makanan tersebut ialah:

    #1. Tiram

    Selain khasiat bendi untuk lelaki, tiram juga boleh membantu kesihatan batin kaum Adam.

    Tiram mengandungi kandungan zink yang tinggi. Zink boleh meningkatkan aliran darah, yang kemudiannya membantu pengaliran darah ke organ seks.

    Zink boleh dikatakan agak penting dalam kesuburan lelaki kerana ia membantu mengawal tahap testosteron.

    khasiat bendi untuk lelaki

    Berdasarkan kajian pada tahun 2018, kekurangan zink menyebabkan kesan yang negatif pada tahap testosteron lelaki.

    Untuk pengetahuan anda, tiram mengandungi lebih banyak kandungan zink daripada mana-mana sumber makanan lain.

    Oleh itu, ia menjadi antara sumber makanan terbaik untuk kesihatan lelaki.

    Selain khasiat bendi untuk kesuburan, anda juga kini telah tahu khasiat tiram kepada lelaki. 

    #2. Kekacang dan bijian

    Tahukah anda, kekacang atau bijian juga sangat baik dan bermanfaat untuk kesihatan seksual lelaki.

    Sebagai contoh, kacang gajus dan badam mempunyai kandungan zink yang tinggi. Ia boleh membantu meningkatkan kesihatan batin orang lelaki.

    Antara jenis kekacang lain yang boleh anda makan ialah seperti walnut, biji labu, pecan, kacang hazel, kacang tanah dan kuaci.

    #3. Ikan salmon

    Ikan ini mungkin agak mahal, namun ia mampu memberikan manfaat kepada kesihatan batin anda.

    Omega-3 dalam ikan salmon boleh mencegah pengumpulan plak dalam arteri darah anda.

    Ini sekali gus melancarkan alirah darah terutamanya ke bahagian kemaluan anda.

    Selain omega-3, ikan ini juga mengandungi kandungan zink seperti tiram dan kekacang. 

    Kesimpulan

    Kini anda telah tahu khasiat bendi untuk lelaki serta 3 jenis makanan lain yang boleh meningkatkan kesihatan batin anda.

    Oleh itu, amalkan pengambilan bendi dan makanan-makanan tersebut setiap hari untuk tenaga batin yang lebih baik.

    Barulah isteri puas setiap kali bersama. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 07/12/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan