brand logo

Jaminan Produk Asli 100%

Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti
Booking Doktor

Iklan

Kongsi

Bukan Sekadar Ruam, Kayap Boleh Jadi Serius Kalau Ada Kencing Manis!

Ramai individu lebih peka terhadap kencing manis seperti kerap dahaga atau luka yang lambat sembuh. Namun, beberapa kajian menunjukkan bahawa individu dengan kencing manis mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami jangkitan tertentu, termasuk kayap, berbanding individu tanpa penyakit kronik.1

Bukan Sekadar Ruam, Kayap Boleh Jadi Serius Kalau Ada Kencing Manis!

Kayap bukan sekadar ruam atau gelembung lepuh (blister). Ia adalah jangkitan virus yang boleh menyebabkan sakit saraf yang berpanjangan, terutama dalam kalangan individu yang mempunyai penyakit kronik seperti kencing manis.

Memahami hubungan antara kayap dan kencing manis membantu anda lebih peka terhadap risiko kesihatan yang sering diabaikan.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kencing Manis, klik di sini.

Kayap: Kenapa kesan virus ini lebih kuat apabila usia meningkat?

Hampir semua individu yang pernah dijangkiti cacar air masih membawa virus Varicella-Zoster (VZV) di dalam tubuh.

Kajian menunjukkan bahawa 99.5% orang dewasa berumur 50 tahun ke atas sudah dijangkiti VZV dalam keadaan tidak aktif, menjadikan mereka terdedah kepada risiko kayap apabila virus ini aktif semula.2,3

Seiring peningkatan usia, pertahanan tubuh menjadi semakin lemah dan tidak lagi mampu mengawal virus ini dengan berkesan.

Dalam keadaan ini, virus boleh aktif semula dan menyebabkan kayap dengan gejala seperti ruam menyakitkan, sensasi terbakar dan sakit saraf yang boleh berlarutan berminggu-minggu atau berbulan-bulan.

Keadaan ini menjadi lebih serius bagi individu yang mempunyai kencing manis.

kencing manis
Antara simptom kayap yang sering pandang remeh.

Infografik ini adalah hak milik Hello Doktor.

Rujukan: Mayo Clinic Staff. (2022, August 20). Shingles – Symptoms and causes. Mayo Clinic. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/shingles/symptoms-causes/syc-20353054.

Kayap bertembung kencing manis: Beban berganda pada tubuh

Dalam kalangan pesakit kencing manis yang telah didiagnosis, kerap kencing merupakan tanda kencing manis sering dikaitkan dengan paras gula darah yang kurang terkawal.4

Keadaan ini mencerminkan cabaran pengurusan kencing manis yang boleh menjejaskan keupayaan tubuh melawan jangkitan, termasuk jangkitan kayap.4

Paras gula darah yang tinggi melemahkan fungsi saraf, melambatkan aliran darah dan menjejaskan pembentukan sel baharu, menjadikan tubuh kurang cekap mengawal jangkitan virus Varicella-Zoster.4

Ramai tidak menyedari bahawa persoalan adakah kencing manis berbahaya bukan hanya merujuk kepada risiko komplikasi gula semata-mata.

Tetapi juga bagaimana kencing manis melemahkan pertahanan tubuh sehingga jangkitan seperti kayap menjadi lebih mudah berlaku dan lebih sukar dikawal.

Antara kesan yang sering dialami pesakit kencing manis apabila dijangkiti kayap termasuk:1

  • Ruam mengambil masa lebih lama untuk kering
  • Kesakitan saraf lebih kuat dan lebih berpanjangan
  • Risiko jangkitan kulit meningkat
  • Proses penyembuhan keseluruhan lebih perlahan

Faktor-faktor ini lebih kerap dikaitkan dengan kencing manis yang tidak terkawal, di mana kawalan gula darah yang lemah boleh menjejaskan fungsi sistem imun dan keupayaan tubuh melawan jangkitan.1

Dalam kalangan pesakit kencing manis dengan kawalan gula darah yang baik, risiko serta keterukan kayap dilaporkan lebih rendah berbanding mereka yang tidak terkawal, namun pemantauan kesihatan tetap diperlukan.1

Komplikasi kayap lebih serius pada pesakit kencing manis

Komplikasi akibat kayap boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, tetapi pesakit kencing manis lebih berisiko kerana tubuh mereka lebih sensitif terhadap jangkitan dan lebih lambat sembuh.

kencing manis
Kencing manis boleh tingkatkan risiko komplikasi kayap yang serius.

Antara komplikasi utama termasuk:

1. Postherpetic neuralgia (PHN)

Virus kayap boleh menyerang pelbagai saraf, menyebabkan:

  • Sakit saraf berpanjangan
  • Sensitiviti kulit yang ekstrem
  • Ketidakselesaan berpanjangan walaupun ruam kayap sudah hilang

PHN boleh berlangsung berbulan-bulan atau bertahun-tahun,dan risiko ini meningkat dalam pesakit kencing manis akibat kerosakan saraf sedia ada.3

2. Gangguan penglihatan atau pendengaran

Jika kayap berlaku di bahagian muka, ia boleh menjejaskan mata atau telinga.

Pesakit kencing manis menghadapi risiko lebih tinggi mengalami keradangan dan penyembuhan yang perlahan pada kawasan sensitif ini.5

3. Jangkitan kulit

Paras gula darah tinggi memudahkan bakteria membiak, menjadikan ruam kayap mudah dijangkiti. Individu yang sudah mempunyai masalah kulit akibat kencing manis lebih terdedah kepada komplikasi ini.6 

Pengawalan gula darah yang baik dapat membantu mengurangkan risiko komplikasi, dan langkah pencegahan kayap juga penting untuk mengurangkan kemungkinan jangkitan dan kesan yang lebih serius.6

Kayap jejaskan kehidupan seharian pesakit kencing manis 

Kayap bukan sahaja menyebabkan ruam dan lepuh yang menyakitkan, ia juga menjejaskan kualiti hidup secara keseluruhan.4

Sakit saraf yang menyucuk, rasa terbakar dan keletihan berterusan boleh menjejaskan tidur, fokus dan rutin harian.4

Bagi pesakit kencing manis, jangkitan ini berpotensi memberi kesan yang lebih besar kerana tubuh sudah berada dalam keadaan tekanan metabolik.

Apabila tubuh perlu menangani jangkitan kayap dalam keadaan kawalan gula darah yang sedia mencabar, beberapa komplikasi berikut boleh berlaku:4

  • Paras gula darah menjadi lebih sukar dikawal
  • Melambatkan penyembuhan ruam atau luka
  • Meningkatkan keletihan dan sensitiviti saraf
kencing manis
Keletihan yang berterusan boleh terjadi.

Bila kencing manis terlalu tinggi, yang merujuk kepada keadaan paras gula darah yang tidak terkawal, boleh meningkatkan risiko kayap. Dalam situasi ini, pertahanan tubuh menjadi lemah, saraf lebih mudah terjejas, aliran darah terganggu dan keupayaan tubuh untuk melawan jangkitan turut berkurang.4

Ini menunjukkan bahawa kawalan paras gula darah adalah penting dalam kalangan pesakit kencing manis, kerana kencing manis yang tidak terkawal dikaitkan dengan risiko jangkitan kayap yang lebih tinggi dan kesan yang lebih teruk.4

Pencegahan perlindungan terbaik pesakit kencing manis

Mencegah adalah langkah berkesan bagi mengurangkan risiko kayap, terutama bagi pesakit kencing manis.

Mengenai kayap dan pencegahannya:4,7,8

  • Berbincang dengan doktor atau ahli farmasi mengenai pencegahan kayap
  • Mengawal paras gula darah secara konsisten untuk menguatkan pertahanan tubuh
  • Mengamalkan diet seimbang dan gaya hidup aktif 
  • Mengurangkan stres melalui aktiviti relaksasi dan rehat mencukupi

Kayap boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, tetapi kesannya mungkin lebih serius dalam kalangan pesakit kencing manis.

Mengambil langkah pencegahan awal pencegahan awal amat disarankan bagi melindungi diri daripada kesakitan jangka panjang.

Berbincang dengan doktor anda di klinik dan hospital terdekat anda sekarang sebagai langkah pencegahan awal!

*Semua kandungan dihasilkan oleh Hello Doktor

Program pendidikan ini dibawakan kepada anda oleh GSK.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi doktor anda.

GlaxoSmithKline Pharmaceutical Sdn Bhd 195801000141(3277-U)

©2026 syarikat kumpulan GSK atau pemegang lesennya.

NP-MY-HZU-WCNT-250003 02/26

medical
Panel Perubatan Hello Doktor
Disemak secara perubatan oleh
Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada Semalam