Sebenarnya, ada banyak komplikasi kondisi diabetes termasuk bengkak kaki. Disebabkan itu pula, ramai yang mungkin mahu tahu petua hilangkan bengkak kaki kencing manis.
Persoalannya, apa antara petua hilangkan bengkak kaki kencing manis? Adakah ia dalam bentuk klinikal atau tradisional?
Kenapa orang kencing manis kaki bengkak? Kenapa kaki bengkak air? Apa ubat surut bengkak kaki tradisional?
Jom terus baca artikel ini untuk tahu lebih lanjut lagi.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis, sila dapatkannya di sini.
Apa kaitan diabetes dengan bengkak kaki?
Kenapa orang kencing manis kaki bengkak? Kenapa kaki bengkak air? Apa ubat surut bengkak kaki tradisional?
Pembengkakan pada kaki atau bahagian sekitar seperti buku lali, jari serta tumit itu biasa terjadi akibat edema – apabila cecair di dalam tisu itu terkumpul dan terperangkap.
Selain edema yang juga boleh berlaku kepada semua anggota tubuh badan lain, bengkak kaki juga boleh terjadi apabila individu itu merupakan salah seorang penderita penyakit diabetes.
- Obesiti
- Badan tidak aktif
- Masalah jantung
- Masalah hati
- Masalah buah pinggang
- Kondisi urat varikos
- Jangkitan kuman
- Kesan sampingan ubatan
Dalam kes jarang berlaku, edema pada kaki juga mungkin terjadi akibat individu mengambil suntikan insulin yang berlebihan sekali gus mengganggu keseimbangan hormon.
Ada kemungkinan bahawa ia mungkin akan kekal lama dan sukar untuk hilang kerana tiada sebarang rawatan, ubatan atau tindakan yang diambil. Jadi, apa anda boleh buat?
Petua hilangkan bengkak kaki kencing manis!
Sekiranya kondisi ini terjadi kepada anda, jangan berdiam diri sahaja dan segera berjumpa doktor untuk berbincang tentang segala ubatan, rawatan atau tindakan yang perlu.
Anda juga mungkin mahu cuba beberapa petua hilangkan bengkak kaki kencing manis berikut:
#1. Pakai sarung kaki terapi
Ada sejenis sarung kaki terapi yang boleh membantu anda untuk mengekalkan tekanan dengan kadar yang tepat pada kaki. Ia penting untuk melancarkan sirkulasi darah di situ.
Anda boleh cari stoking ini di mana-mana farmasi, klinik, hospital atau pasar raya. Ia juga ada banyak jenis dan saiz. Pastikan anda beli yang tepat untuk ia berkesan dengan lebih baik.
Namun jika sarung kaki terapi ini tidak menghilangkan kebengkakan sebaliknya mendatangkan kesakitan atau sebarang ketidakselesaan, segera tanggalkannya dan cari alternatif lain.
#2. Jaga posisi kaki anda
Selain itu juga, posisi kaki anda yang bengkak itu sangat penting. Kaki tidak boleh berada terlalu lama di bawah atau ke bawah kerana cecair akan turun pada kaki anda itu.
Sebaliknya, cuba untuk posisikan kaki anda di atas atau ke atas agar cecair tidak turun pada kaki. Posisi yang paling baik untuk kaki bengkak diabetes adalah pada paras dada.
Anda mungkin boleh menggunakan bantuan seperti bantal, tali atau objek lain mengikut kreativiti dalam usaha memastikan kaki anda itu kekal berada pada paras dada anda.
Petua hilangkan bengkak kaki kencing manis #3. Garam Epsom
Pernah dengar tentang garam epsom? Jika masih belum, anda perlu tahu garam ini adalah sejenis sebatian magnesium sulfat yang bagus jika tubuh badan bengkak dan sakit.
Cara untuk gunakannya juga amat mudah iaitu campurkan garam ini ke dalam baldi berisi air dengan suhu suam dan rendamkan kaki anda yang bengkak itu selama 15 ke 20 minit.
#4. Kekal hidrasi tubuh badan
Mungkin ramai yang akan fikir bahawa perlu kurang minum air kosong agar cecair pada kaki yang bengkak itu turut kurang. Salah, ini kerana ia mungkin adalah sebaliknya.
Untuk pengetahuan anda semua, minum lebih banyak air itu akan buat cecair di dalam tubuh badan individu juga keluar dengan lebih banyak melalui proses perkumuhan.
Lama-kelamaan, pengambilan 8 ke 10 gelas air kosong sehari mungkin mampu membantu mengurangkan bengkak kaki anda itu.
Petua hilangkan bengkak kaki kencing manis #5. Bergerak
Akhir sekali, tiada petua yang lebih penting untuk hilangkan bengkak kaki kencing manis berbanding bergerak. Ini kerana pergerakan itu akan membantu proses penyembuhan edema kaki ini.
Sudah terang lagi bersuluh bahawa badan yang tidak aktif itu adalah salah satu risiko bengkak kaki akibat diabetes. Jadi, anda mungkin hanya perlu lebih banyak bergerak.
Kesimpulan
[embed-health-tool-bmi]