backup og meta

Kanak-Kanak Juga Boleh Terjebak Dengan Diabetes? Ini Dia Beberapa Tandanya!

Anak anda kerap membuang air kecil di katil pada waktu malam? Lebih merisaukan lagi, berat badan mereka juga turun dengan mendadak. Hati-hati! Mungkin ini merupakan tanda kencing manis pada kanak-kanak yang perlu anda awasi!

Kanak-Kanak Juga Boleh Terjebak Dengan Diabetes? Ini Dia Beberapa Tandanya!

Bukan sahaja golongan dewasa, diabetes juga boleh menjadi mimpi ngeri pada bayi dan juga kanak-kanak. Ikuti artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis, sila dapatkannya di sini.

Apakah yang dimaksudkan dengan diabetes mellitus?

Penyakit kencing manis atau mellitus diabetes adalah kondisi di mana paras gula (glukos) dalam darah seseorang lebih tinggi dari normal. Keadaan ini berlaku disebabkan pankreas yang tidak dapat menghasilkan hormon insulin.

Untuk makluman anda, insulin berperanan dalam mengawal keseimbangan kadar glukos dalam badan anda iaitu membantu pergerakan glukos dari darah ke dalam sel.

Sekiranya anda mengalami diabetes, paras glukos anda tidak akan boleh memasuki sel dan ia kekal di dalam darah hingga menyebabkan paras glukos anda tinggi.

Penyakit diabetes terbahagi kepada dua iaitu diabetes jenis 1 (T1DM)) dan diabetes jenis 2 (T2DM). Kedua-dua penyakit ini boleh terjadi kepada semua golongan tanpa mengira umur, namun golongan kanak-kanak lebih cenderung untuk mendapat penyakit diabetes jenis 1.

  • Diabetes jenis 1 – keadaan autoimun, di mana badan menghasilkan antibodi yang memusnahkan sel-sel beta di dalam pankreas.
  • Diabetes jenis 2 – berlaku disebabkan kerintangan insulin atau penghasilan insulin yang berkurangan

Namun begitu, adalah amat penting untuk ibu bapa mengenali beberapa tanda kencing manis pada kanak-kanak supaya langkah pencegahan awal dapat dilakukan.

Kenali tanda kencing manis pada kanak-kanak

diabetes kanak-kanak

Menurut Perunding Endokrinologi Pediatrik di IMU Healthcare dan Pensyarah Kanan dalam Pediatrik di Universiti Antarabangsa iaitu Dr Meenal Mavinkurve, terdapat beberapa tanda-tanda kencing manis pada kanak-kanak seperti yang dinyatakan di bawah ini:

Tanda kencing manis pada kanak-kanak #1. Kerap berasa dahaga

Kanak-kanak yang banyak minum air mungkin kelihatan normal sahaja di mata ibu bapa.

Namun begitu, situasi ini membimbangkan kerana ia merupakan salah satu simptom diabetes kanak-kanak yang umum.

Anak anda mudah berasa dahaga yang melampau walaupun mereka telah banyak minum air.

#2. Rasa letih dan lesu

Seperti yang kita sedia maklum, kanak-kanak merupakan golongan yang paling aktif setiap masa.

Namun begitu, kanak-kanak yang menghidap diabetes ini akan kelihatan letih dan lesu. Mereka juga tidak bertenaga, kurang bermain dan tidak aktif seperti biasa.

#3. Penurunan berat badan secara mendadak

Berat badan akan berkurangan apabila senaman dan diet dilakukan. Namun, ia tidak terjadi kepada penghidap penyakit diabetes.

Penderita diabetes akan mengalami penurunan berat badan secara mendadak walaupun telah makan lebih banyak.

#4. Sering membuang air kecil pada waktu malam

Apabila paras gula dalam darah anak anda meningkat, ini akan menyebabkan tubuh mereka merespon dengan cara melepaskan lebihan glukosa melalui ginjal.

Kesannya, anak anda akan kerap ke tandas dan membuang air kecil terutamanya pada waktu malam.

#5. Kegagalan menambah berat badan walaupun lapar

Penderita penyakit diabetes dalam kalangan kanak-kanak ini juga akan berasa sangat lapar namun berat badan mereka juga tidak bertambah.

Ini berlaku kerana tubuh anak anda tidak dapat menghasilkan insulin yang cukup lalu menyebabkan glukosa mereka tidak dapat diserap secara efisien.

Apa cara terbaik merawat diabetes mellitus?

Ibu bapa sememangnya bertanggungjawab untuk memastikan anak anda selamat dengan membina rutin baharu yang praktikal seperti berikut:

#1. Diagnosis tanda kencing manis pada kanak-kanak dengan awal

Dr Meenal Mavinkurve menyarankan ibu bapa supaya sentiasa mengambil tahu tentang tanda kencing manis pada kanak-kanak dengan lebih awal lagi.

Ini bagi memastikan anak-anak mendapat rawatan awal sekiranya mereka menghidap penyakit tersebut supaya gejala tersebut tidak semakin melarat seperti kelesuan, loya, muntah dan juga sakit perut.

#2. Menjadi sistem sokongan kepada anak-anak

petua merawat kanak-kanak diabetes

Ibu bapa haruslah sentiasa memberi sokongan dan perhatian kepada anak anda yang menghidap penyakit diabetes ini.

Ini bagi membolehkan anak anda untuk berdikari, bertanggungjawab dan yakin dengan penjagaan kendiri mereka dari semasa ke semasa apabila sudah dewasa.

Anda boleh mencuba dengan melibatkan diri secara aktif dalam penjagaan harian anak anda dan sentiasa berbual dengan mereka selepas sahaja didiagnosis.

#3. Mengamalkan pemakanan yang sihat

Menghidap diabetes bukan bermakna anak anda tidak boleh langsung mengambil makanan yang manis dan bergula dalam diet.

Namun, pengambilannya haruslah dalam kadar yang sederhana dan mengikut diet sihat sama seperti kanak-kanak bukan penghidap diabetes yang lain.

Menurut Dr Meenal Mavinkurve lagi, ibu bapa perlu mengira jumlah karbohidrat di dalam makanan manis yang diambil dan menyuntik insulin untuk mereka. Pastikan anak anda mendapat makanan yang sihat dan seimbang.

tanda kencing manis pada kanak-kanak

#4. Belajar mengurus pesakit diabetes

Anda harus belajar bagaimana untuk memeriksa paras glukosa anak anda dengan menggunakan glucometer beberapa kali sehari.

Anda perlu tahu tentang insulin yang berbeza-beza, cara menyuntiknya dan cara mengira karbohidrat dalam makanan.

Perlu diingatkan, anda harus mendapatkan bimbingan dari doktor atau jururawat diabetes sebelum mula menguruskan anak anda.

Kesimpulannya, kanak-kanak penghidap diabetes tidak bermakna mereka tidak mempunyai pilihan dalam hidup dan segala kehendak mereka harus disekat. Sebaliknya jika mereka dijaga dengan rapi dan konsisten, mereka masih boleh menjalani hidup dengan sempurna dan mencapai segala yang diinginkan seperti kanak-kanak normal lain.

Kalkulator BMI

health-tool-icon

tahun

Anda berminat dengan rawatan/sokongan turun berat badan?

Adakah anda terbuka kepada rawatan perubatan untuk membantu turunkan berat badan?

Teruskan bersama kami dan turunkan berat badan: Dapatkan kemas kini pakar tentang rawatan & sokongan penurunan berat badan terus ke (peti masuk > inbox) anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Kencing Manis (Diabetes Mellitus). http://www.myhealth.gov.my/kencing-manis/. Diakses pada November 9, 2023.

Type 1 Diabetes In Children. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/type-1-diabetes-in-children/diagnosis-treatment/drc-20355312. Diakses pada November 9, 2023.

Type 1 Diabetes Mellitus In Children. https://www.stanfordchildrens.org/en/topic/default?id=type-1-diabetes-in-children-90-P01977. Diakses pada November 9, 2023.

Diabetes. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/7104-diabetes. Diakses pada November 9, 2023.

Type 1 Diabetes In Children. https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/diabetes/type-1-diabetes-in-children. Diakses pada November 9, 2023.

Versi Terbaru

22/09/2026

Ditulis oleh Annes Nadia

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Jaga-jaga, 4 Akibat Terkena Penyakit Diabetes Ini Boleh Jadi Punca MAUT!

Ambil Tahu Berapa Bacaan Paras Gula Normal, Tak Boleh Terlalu Tinggi Atau Rendah!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Annes Nadia · Disemak pada 4 hari lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan