Cadexomer-Iodine boleh didapati di pasaran dengan jenama seperti Iodosorb dan Cadress.
#4. Polyhexamethylene biguanide
Polyhexamethylene biguanide, biasanya dikenali sebagai PHMB atau Polyhexanide ialah sejenis antiseptik yang digunakan secara meluas dalam pembalut dan krim untuk luka kencing manis.
PHMB mempunyai ciri antimikrob terbaik yang menghalang pertumbuhan dan pembiakan patogen di dalam dan di sekitar luka kaki diabetik.
Oleh itu, PHMB berkesan mencegah dan melawan jangkitan pada ulser kaki diabetik.
#5. Metronidazole
Ia merupakan sejenis krim yang sangat berkesan untuk merawat ulser kaki diabetik yang mempunyai jangkitan bakteria anaerobik.
Metronidazole mempunyai kesan antibiotik yang membantu merawat luka bakteria dalam ulser kaki diabetik.
Ia juga mempunyai ciri antiradang yang berfungsi mengurangkan bengkak dan kemerahan di sekitar luka kaki diabetik.
Metronidazole boleh didapati secara komersial dengan jenama seperti Metrocream, Noritate, Metrogel, dan lain-lain lagi.
#6. Bacitracin zinc
Bacitracin zinc ialah krim untuk luka kencing manis yang berkesan pada peringkat awal luka kaki diabetik.
Krim ini ialah sejenis krim antibiotik topikal yang menghalang pertumbuhan mikrob dalam luka kecil, calar dan kecederaan yang berlaku.
Kesannya, ia boleh menghalang luka-luka kecil ini daripada dijangkiti dan bertukar menjadi ulser kaki diabetes yang serius.
Ia boleh didapati dengan jenama Baciguent.
#7. Salap atau krim madu bergred perubatan

Madu merupakan pembalut alternatif yang terkenal untuk merawat luka kaki diabetes.
Madu mempunyai kesan antiradang, antiseptik dan antibiotik yang membantu meredakan kesakitan dan kegatalan ulser kaki diabetik.
Penggunaan madu secara topikal juga boleh mewujudkan persekitaran pH yang rendah dan seterusnya menggalakkan pertumbuhan tisu baharu dan penyembuhan yang lebih cepat.
Disebabkan terdapat pelbagai khasiat dalam madu, ia telah membawa kepada penghasilan krim atau salap madu bergred perubatan seperti Manuka dan First Honey.
Kesimpulan
Tujuh jenis krim yang disenaraikan di atas merupakan antara jenis krim yang paling biasa digunakan dan paling berkesan bagi merawat luka kencing manis pada kaki penghidap diabetes.
Tempoh penggunaan krim seperti ini bagi merawat luka bergantung kepada keadaan semasa ulser kaki anda.
Namun, sebarang penggunaan krim seperti di atas ini hanya boleh dilakukan setelah anda mendapatkan nasihat daripada doktor yang merawat.
Elakkan daripada merawat sendiri ulser kaki anda tanpa sebarang nasihat atau perbincangan bersama doktor.
Ini kerana doktor lebih mengetahui krim yang bersesuaian dengan keadaan luka kaki anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen