backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Bayi Tidur Lebih Lena Di Bawah Penyaman Udara? Namun, AWAS Dengan Bahaya Ini

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 17/01/2023

    Bayi Tidur Lebih Lena Di Bawah Penyaman Udara? Namun, AWAS Dengan Bahaya Ini

    Ramai ibu bapa sanggup berbelanja lebih untuk membeli sebuah penyaman udara untuk anak mereka. Ramai yang kata, bayi tidur lebih lena jika di dalam bilik yang berhawa dingin.

    Tapi, selamat ke? Lebih-lebih lagi jika bayi baru sahaja lahir ataupun berumur kurang dari setahun, boleh ke gunakan aircond untuk tidurkan bayi?

    Ibu bapa jangan risau, kami tahu anda cuma inginkan yang terbaik untuk anak anda.

    Jom ikuti artikel kami tentang kebaikan dan keburukan penggunaan penyaman udara semasa bayi tidur.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan keibubapaan, anda boleh klik di sini.

    Adakah selamat untuk meletakkan bayi tidur di bawah penyaman udara?

    Tidak ada masalah untuk meletakkan bayi di bawah pendingin hawa.

    Malah, dalam keadaan iklim yang panas dan lembap seperti di Malaysia, bayi mungkin rasa lebih selesa jika berada di dalam bilik yang mempunyai pendingin hawa.

    Kebanyakan doktor bersetuju adalah lebih baik untuk meletakkan bayi di bawah aircond daripada membiarkan bayi dalam keadaan panas di dalam bilik yang tidak mempunyai pengaliran udara yang baik.

    Bayi masih lagi tidak boleh menyesuaikan suhu badan kepada keadaan sekeliling seperti orang lain. Oleh itu, bayi lebih mudah rasa panas dan mengalami dehidrasi berbanding orang dewasa.

    Bayi juga akan mudah mendapat ruam jika berada dalam keadaan panas terlalu lama.

    Menurut pakar, bilik yang lebih selesa juga boleh menurunkan risiko untuk bayi mati mengejut (Sudden infant death syndrome SIDS).

    Jika anda rasa bilik terlalu sejuk, maka, bayi anda pun mungkin rasa yang sama. Oleh itu, cuba sesuaikan suhu supaya bayi anda rasa lebih selesa ya!

    Anda juga boleh membaca:

    Jangan letakkan bayi tidur betul-betul di bawah pendingin hawa!

    bayi tidur

    Jangan biarkan bayi tidur dalam keadaan terlalu sejuk! Suhu yang terlalu sejuk boleh buatkan bayi jatuh sakit.

    Selain itu, pastikan suhu adalah di antara 23°C – 25°C. Jika bayi memakai banyak lapisan baju dan juga berbedung, anda boleh sesuaikan suhu mengikut keselesaan bayi.

    Jangan letakkan katil anak anda betul-betul di bawah penyaman udara. Lebih-lebih lagi jika air conditioner anda sudah lama tidak diservis.

    Kadangkala, kuman boleh membiak di dalam penapis pendingin hawa anda. Jika ini berlaku, bilik anda boleh dicemari dengan udara yang tidak bersih!

    Oleh itu, selalulah servis pendingin hawa anda supaya ia tidak menjadi medan pembiakan bakteria dan fungi.

    Selain itu, elakkan bilik anda daripada dipenuhi debu dan habuk yang berbahaya kepada bayi. Cuba bersihkan penapis pendingin hawa anda secara manual sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.

    Tetapi, untuk pembersihan yang lebih berkualiti, pastikan anda panggil seseorang yang pakar ya! Pembersihan secara profesional boleh dijalankan sekali dalam masa 6 bulan.

    Anda juga boleh bergilir-gilir menggunakan kipas dan juga pendingin hawa. Cara ini bukan sahaja lebih menjimatkan, malah penggunaan kipas angin dapat melancarkan pengudaraan di dalam bilik.

    Selain itu, anda juga boleh buka tingkap sekurang-kurangnya dua kali sehari untuk memastikan pengaliran udara yang lebih baik dalam rumah anda.

    Udara yang terperangkap terlalu lama di dalam bilik boleh menjejaskan kesihatan anda dan juga bayi. Sebab itulah anda harus pastikan udara dalam bilik adalah bersih supaya bayi anda lebih sihat dan selesa.

    Bantu bayi tidur dengan lebih lena

    Pasti para ibu dapat menarik nafas lega jika anak mereka boleh tidur dengan lena.

    Salah satu cara untuk memastikan bayi dapat tidur dengan baik adalah dengan memastikan suhu berada dalam keadaan yang sesuai untuk mereka.

    Jika bayi tidak selesa, pasti tidur mereka pun akan terganggu. Jika terlalu sejuk, bayi akan meragam. Samalah juga jika suhu terlalu panas, anak anda mungkin akan menangis tanda tidak selesa.

    Selain daripada menggunakan pendingin hawa, ibu juga boleh mengenakan pakaian yang sesuai pada bayi.

    Pilih pakaian yang longgar dan juga diperbuat daripada kapas supaya bayi kekal selesa.

    Pakaikan bayi losyen jika anda mahu letakkan bayi anda di dalam bilik yang mempunyai penyaman udara. Losyen akan pastikan kulit bayi kekal lembap.

    Boleh gunakan pendingin hawa, tapi pastikan suhunya sesuai!

    bayi tidur

    Pendingin hawa jika digunakan dengan cara yang betul akan datangkan pelbagai manfaat kepada ibu dan juga bayi.

    Apa salahnya kan jika bayi tidur dengan lena jika berada dalam bilik yang sejuk dan nyaman. Ibu pun boleh berehat sebentar untuk hilangkan stres.

    Penggunaan pendingin hawa tidak bahaya. Apa yang penting, ibu dan bapa haruslah pastikan suhu berada dalam keadaan yang sesuai untuk bayi.

    Namun, jika anak anda menunjukkan simptom yang tidak sihat ketika anda menggunakan air conditioner, cepat-cepatlah bawa anak anda berjumpa doktor ya!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 17/01/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan