Pemberian Puting Bayi: Idea yang Baik ataupun Tidak?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 01/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Sejak dahulu lagi, ramai ibu bapa yang mengambil pendekatan untuk memberikan puting bayi atau pacifiers kepada anak sebagai salah satu cara untuk menenangkan anak. Keputusan untuk memberikan anak puting bayi terpulang kepada ibu bapa. Cuma, anda mungkin ingin tahu kesan pemberian puting bayi kepada anak anda. 

Adakah baik jika bayi gemar menghisap puting?

Ramai ibu bapa mendapati bayi mereka akan lebih tenang jika diberikan puting bayi. Ini kerana, kebanyakan bayi rasa gembira apabila dapat menghisap puting tidak kiralah puting ibunya ataupun puting tiruan. Bagi penggunaan harian, ibu bapa akan menawarkan puting bayi yang banyak dijual di pasaran. Apabila mendapat puting, anda akan lihat tumpuan bayi teralih dan bayi juga mudah untuk terlena selepas letih menghisap puting.

Selain itu, aktiviti menghisap puting semasa tidur siang dan malam juga dikatakan boleh membantu mengurangkan risiko sindrom kematian bayi mengejut (SIDS). Walau bagaimanapun, bagi bayi yang menyusu badan, ibu bapa adalah disarankan untuk menawarkan puting bayi selepas usia bayi 3 hingga 4 minggu.

Kesan negatif jika perkenalkan bayi kepada puting

Pemberian puting bayi ada juga kontranya. Sebelum ibu bapa menawarkan anak kepada puting bayi, ketahui dahulu apa kesannya kepada anak anda:

  • Pengenalan awal puting bayi kepada si manja yang masih kecil boleh mengganggu rutin penyusuannya. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa penggunaan puting bayi boleh mengurangkan kekerapan sesi penyusuan bayi, malahan, sesetengah bayi akan berhenti menyusu selepas beberapa bulan diperkenalkan kepada puting bayi. Namun, kajian yang dilakukan kepada bayi yang sihat, dan cukup bulan mendapati tiada impak pada penyusuan bayi.
  • Bayi yang mendapat puting juga akan terlalu bergantung kepada puting bayi dan akan menangis jika tidak mendapatnya, tidak kiralah jika hendak tidur, semasa tidur atau selepas bangun tidur.

Kesan buruk lain jika anak anda menghisap puting adalah:

  1. Risiko jangkitan telinga tengah meningkat pada bayi berusia enam bulan ke atas.
  2. Gigi bayi jadi tidak tersusun atau tidak tumbuh dengan betul.

Apa ibu bapa perlu buat jika ingin beri anak puting bayi?

  1. Tunggu dulu sampai bayi biasa dengan rutin penyusuan.
  2. Jangan terlalu kerap bagi bayi puting. Tawarkannya hanya selepas atau di antara waktu makan.
  3. Pilih puting bayi jenis silikon, bebas BPA (bisphenol-A) dan selamat untuk bayi.
  4. Pastikan puting bayi bersih sebelum diberikan kepada si manja.
  5. Jangan bagi anak-anak berkongsi puting bayi.
  6. Tawarkan bayi puting mengikut saiz yang sesuai dengan usianya.
  7. Jangan letakkan sebarang benda manis pada puting bayi kerana akan merosakkan gigi si manja.

Adakah saya perlu bagi bayi hisap puting?

Sudah tentu keutamaan ibu bapa adalah menenangkan bayi. Jadi, puting bayi adalah salah satu cara untuk bayi lebih tenang, tenteram dan tidak meragam. Pemberian puting bayi tiada salahnya asalkan ibu bapa tidak terlalu menjadikannya sebagai alat utama untuk memudahkan tugas ibu bapa dalam menenteramkan anak. Dapatkan nasihat daripada doktor jika anak anda susah untuk berhenti hisap puting

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Encik Suami Nak Bersama, Tapi Ada Jangkitan Kulat Pula… Sebelum Proceed, Ambil Tahu Risiko Ini!

    Jangkitan kulat pada kemaluan amat menjengkelkan! Bukan saja gatal dan menyakitkan, malah ia boleh mengganggu aktiviti di ranjang dengan pasangan tercinta.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 25/01/2021 . 3 minit bacaan

    Ini 5 Kaedah Rawatan Alternatif Bagi Gangguan Skizofrenia, Terbukti Boleh Kurangkan Simptom

    Ada beberapa kaedah rawatan skizofrenia yang tersedia, termasuklah beberapa kaedah alternatif. Berikut adalah cara merawat skizofrenia yang telah terbukti.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Isu Kesihatan Mental Lain, Kesihatan Mental 25/01/2021 . 3 minit bacaan

    Anda Risau Bayi Tidur Berdengkur? Ini 5 Punca Lazim Yang Perlu Ibu Bapa Tahu

    Bayi berdengkur bukanlah sesuatu yang asing. Malah, mereka juga sering mengeluarkan bunyi bising semasa tidur yang mungkin merupakan dengkuran..

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gangguan Tidur, Tidur Berkualiti 25/01/2021 . 3 minit bacaan

    Tak Perlu Lagi Tahan Nafsu Makan, 5 Jenis Makanan Tinggi Karbohidrat Ini Bagus Untuk KURUS!

    Karbohidrat, komponen makanan ini sering dipersalahkan kerana dikatakan menjadi punca obesiti. Tapi, bukan semua makanan berkarbohidrat menggemukkan tau!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diet & Turun Berat Badan, Pemakanan Sihat 25/01/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    cara merawat ulser mulut

    Jangan Terus Sapu Ubat Gel Jika Terkena Ulser Mulut, Lagi-lagi Pada Anak Kecil! Ini Sebabnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 26/01/2021 . 3 minit bacaan
    memberus lidah

    Sebab Inilah Kita Kena Berus Lidah Sekali Masa Gosok Gigi! Kalau Tidak, Akan Jadi Begini…

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 26/01/2021 . 3 minit bacaan
    diet tinggi protein

    Amal Diet Tinggi Protein Untuk Turunkan Berat Badan? Tunggu Dulu! Ada 6 Risiko Perlu Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 26/01/2021 . 3 minit bacaan
    suara lelaki

    Lelaki Dewasa Tetapi Suara Seperti Budak, Meski Kedengaran Aneh, Kan? Ini Sejenis Penyakit!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 25/01/2021 . 3 minit bacaan