backup og meta

Bagaimanakah Mengajar Anak Mengawal Kemarahan?

Bagaimanakah Mengajar Anak Mengawal Kemarahan?

Kanak-kanak adalah umpama kertas putih yang suci dan bersih. Ini menyebabkan mereka akan lebih mudah terpengaruh dengan konflik dalaman dan luaran yang seringkali dihadapi manusia, dan salah satu daripadanya adalah isu emosi terutamanya kemarahan. Walaupun sebagai individu dewasa kemarahan memang agak sukar untuk dikawal, namun, bagaimana pula dengan anak anda? Ikuti artikel ini untuk mengetahui cara untuk mengajar anak mengawal kemarahan.

Tunjukkan contoh yang baik

Kanak-kanak sememangnya akan menjadikan ibu bapa mereka sebagai idola yang wajar dicontohi. Tanpa bimbingan daripada ibu bapa, kanak-kanak tidak akan mampu membesar dengan baik. Oleh itu, anda sebagai ibu bapa perlu menjadi contoh yang baik. Tunjukkan kepada mereka bagaimana untuk mengawal kemarahan. Namun untuk tujuan itu, anda sendiri perlu tahu cara untuk mengawalnya terlebih dahulu.

Sebagai contoh, jika suami anda terlupa akan tarikh ulang tahun anda, adalah lebih baik untuk anda mengawal kemarahan anda untuk mengelakkan anak anda melihat keadaan itu. Sebaliknya, anda boleh gunakan cara “silence-treatment’’ dan berterus terang kepada anak anda tentang perkara itu. Hasilnya, anak anda akan belajar cara ini sekali gus menjadikannya insan yang lebih penyabar.

Tangani dengan tenang

Bayangkan, anak anda sedang mengamuk kerana mereka mahukan masa bermain yang lebih lama. Apa yang boleh dilakukan? Ya, ia mungkin agak sukar untuk mengawal kemarahan anda. Namun begitu, anda perlu bijak mengawalnya serta menangani perasaan anak anda dengan tenang. Ia mungkin memerlukan masa yang agak lama untuk melatih diri anda untuk melakukannya.

Setiap kali anak anda meninggikan suara atau menengking anda, sudah pasti kesabaran anda akan teruji, bukan? Namun anda masih perlu bersabar dan jangan sesekali membalas kembali perbuatan mereka. Ini kerana ia hanya akan mengakibatkan anak anda berasa takut dan perasaan ini akan menghantui mereka ketika mereka membesar. Dalam erti kata yang lain, ibu bapa perlu ajar anak untuk hormat pada mereka dan bukannya takut.

Jadi, salah satu cara yang paling sesuai untuk mengajar anak mengawal kemarahan adalah bercakap dengannya apabila mereka dalam keadaan yang tenang sahaja. Beritahu mereka tentangnya dan jauhkan diri buat sementara waktu. Ini akan membuat mereka tahu bahawa anda adalah serius tentangnya. Paling penting, ini juga akan mengajar anak untuk berkompromi dengan anda.

Adakah mengajar anak mengawal kemarahan akan memberi kesan kepada keperibadian mereka?

Ya, ia akan memberi kesan yang positif terhadap keperibadian mereka. Walaupun bukan serta-merta, ia dapat dilihat ketika mereka dewasa kelak. Jika ia berkesan, anda sebagai ibu bapa boleh dianggap sebagai berjaya mendidik mereka menjadi insan yang lebih positif.

Konklusinya, anda bukan sahaja perlu mengajar mereka mengenai kesabaran, anda juga perlu mendidik diri anda sendiri untuk menjadi contoh yang terbaik buat mereka. Paling penting, sentiasa ingat strategi untuk mengawal kemarahan yang paling berkesan iaitu mengawal pernafasan anda. Setiap kali kemarahan menghampiri diri anda, tarik nafas sedalam mungkin, kemudian hembuskannya selepas kiraan 10.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga;

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

“Helping Kids Handle Anger” http://www.parents.com/toddlers-preschoolers/discipline/anger-management/helping-kids-handle-anger. Accessed January 8th, 2017

“Anger Management for Children” http://www.scholastic.com/parents/resources/article/praise-discipline/anger-management-children. Accessed January 8th, 2017

 

Versi Terbaru

01/07/2020

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Mak Ayah, Fikir Dahulu Sebelum Hantar Anak Anda Duduk Bersama Datuk Nenek!

Anak Selalu Main Gajet? Jom Cuba Aktiviti Luar & Dalam Rumah Yang Bermanfaat Untuk Anak!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 01/07/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan