backup og meta

Anak Didiagnosis Kanser: Bagaimana Ibu Bapa Tangani Keadaan Ini?

Anak Didiagnosis Kanser: Bagaimana Ibu Bapa Tangani Keadaan Ini?

“Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul”. Begitulah juga persamaan pepatah ini dengan bayi atau kanak-kanak yang menghidap kanser. Namun, tidak dapat dinafikan, ibu bapa adalah orang paling rapat yang turut sama merasai penderitaan dan kesakitan kanak-kanak yang menghidap kanser.

Selain berpunca daripada perubahan gen tertentu yang diwarisi daripada ibu bapa, kanak-kanak juga boleh mendapat kanser daripada faktor lain. Sudah tentu perkara ini lebih memeranjatkan ibu bapa kerana tanpa sedar anak yang mereka sayangi boleh mendapat penyakit berbahaya tersebut. Mana-mana ibu bapa pasti tidak bersedia untuk mendengar bahawa anak mereka menderita penyakit yang boleh mengancam nyawa. Di sinilah ibu bapa perlu memainkan peranan dalam bersedia menghadapi perkara tersebut. Anda perlu kuat dan tabah untuk anak anda. Namun, perkara yang tidak dijangka seperti ini sudah pasti akan menjentik emosi ibu bapa sehingga berkemungkinan menunjukkan reaksi yang tidak sepatutnya di hadapan anak. Oleh itu, teruskan membaca artikel ini bagi mengetahui perkara yang anda perlu lakukan apabila mendapat tahu anak didiagnosis dengan kanser.

Reaksi awal ibu bapa saat anak didiagnosis kanser

Saat mendapat tahu anak menghidap kanser, setiap ibu bapa akan rasa seperti bermimpi mendengar perkhabaran tersebut. Antara percaya atau tidak. Kebanyakan ibu bapa berat untuk mempercayai berita yang dikhabarkan. Ada yang menangis dan ada yang cuba bertenang dan memikirkan jalan bagi merawat anak. Kesemua reaksi ini adalah normal. Antara reaksi lazim yang ditunjukkan oleh ibu bapa adalah:

  • Terkejut
  • Tidak percaya dan dalam penafian
  • Takut
  • Bimbang
  • Rasa bersalah
  • Sedih
  • Murung
  • Marah
  • Tertekan

kanser kanak-kanak

Bagaimana menanganinya?

Beberapa minggu terawal adalah tempoh sukar untuk ibu bapa menerima kenyataan tersebut. Bagi membantu anda menangani rasa tertekan, anda boleh mengikuti tip di bawah:

  • Berjumpa dengan doktor bagi mengetahui lebih lanjut tentang penyakit tersebut dan berbincang tentang rawatan dan kesan yang akan anak anda alami. Selain itu, anda juga boleh menemui pakar psikologi atau kaunselor jika masih belum boleh menerima kenyataan. Tiada salahnya kerana anda juga sedang cuba untuk menerima keadaan kesihatan anak anda.
  • Cari sokongan daripada orang terdekat seperti pasangan, ahli keluarga ataupun kawan-kawan. Anda boleh bercakap dengan mereka tentang perasaan anda dan meminta bantuan jika perlu.
  • Alih seketika perhatian anda dengan melakukan perkara yang disukai seperti bersenam, berenang atau mendengar muzik.
  • Banyakkan berzikir dan berdoa.
  • Cari kumpulan sokongan atau ibu bapa yang berpengalaman mempunyai anak yang menghidap kanser.
  • Pelajari bagaimana penjagaan tentang kanak-kanak yang menghidap kanser dan bersedia dengan pertanyaan daripada anak anda.
  • Lengkapkan diri dengan maklumat tentang penyakit tersebut dan ketahui rawatan-rawatan yang perlu untuk mengubati penyakit anak anda.
  • Tenangkan diri dan jangan sesekali merasakan bahawa anda penyebab anak mendapat kanser. Ingatlah bahawa anda perlu tabah untuk anak anda.

Apabila anak didiagnosis kanser, ibu bapa perlu memahami rancangan untuk rawatan anak dan kesan setiap rawatan kepada kehidupan anak anda. Sedikit demi sedikit anda akan menerima hakikat dan berusaha untuk mengubati kanser anak anda. Ingatlah bahawa kanser kanak-kanak yang dikesan lebih awal berpeluang untuk sembuh!

Anda mungkin berminat untuk membaca:

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Childhood Cancer. https://kidshealth.org/en/parents/cancer.html. Accessed February 19, 2019

How to Cope When Your Child is Diagnosed With Cancer. https://www.cancer.org/treatment/children-and-cancer/when-your-child-has-cancer/after-diagnosis/for-parents.html. Accessed February 19, 2019

 

Versi Terbaru

17/06/2019

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Kudis Api, Masalah Kulit Kanak-Kanak Yang Lebih Bahaya, Ibu Bapa Perlu Awasi Tanda Ini!

Anak Kerap Demam? Ketahui 5 Punca Utama Kenapa Si Kecil Demam Berulang!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 17/06/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan