Aduh si kecil termasukkan biji manik dalam hidungnya! Mesti anda terfikir bagaimana keluarkan barang dari hidung anak, betul tak? Pernah dengar tak mengenai teknik Mother Kiss?
Dalam artikel ini akan dijelaskan mengenai teknik itu dan cara keluarkan benda dari hidung anak.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, boleh klik di sini.
Bagaimana keluarkan barang dari hidung anak dengan teknik “ciuman ibu”?
Anak kecil anda mungkin termasuk biji manik, biji buah, atau objek lain di dalam hidungnya. Perkara ini biasa berlaku. Tetapi apa yang akan anda lakukan? Siapa yang dihubungi? Apakah cara keluarkan benda dari hidung anak?
Kajian mencadangkan satu rawatan tradisional yang dilakukan turun-temurun yang dikenali sebagai “ciuman ibu” yang mungkin membantu. Ia tidak invasif atau menakutkan berbanding teknik dan peralatan yang digunakan di bilik kecemasan.

Mula diperkenalkan pada tahun 1965, teknik “ciuman ibu” atau mother’s kiss adalah kaedah mudah, selamat dan tidak menyakitkan yang boleh digunakan oleh ibu bapa untuk membantu mengeluarkan objek kecil yang tersangkut di dalam hidung anak kecil.
Teknik ini amat berguna dalam situasi di mana kanak-kanak memasukkan benda asing ke dalam hidung mereka, satu kejadian yang biasa berlaku terutamanya dalam kalangan kanak-kanak berumur 2 hingga 5 tahun.
[embed-health-tool-child-growth-chart]
Bagaimana keluarkan barang dari hidung anak?
Ini merupakan teknik ciuman ibu dilakukan:
- Orang dewasa akan meletakkan mulut mereka pada mulut kanak-kanak sambil menutup lubang hidung yang tidak tersumbat menggunakan satu jari
- Orang dewasa tersebut menghembus ke dalam mulut kanak-kanak
- Hembusan tersebut akan menekan objek keluar
Kajian telah menilai keputusan daripada lapan laporan yang telah dikeluarkan berkenaan orang dewasa yang menggunakan teknik ciuman ibu kepada kanak-kanak berumur satu hingga lapan tahun.
Pada keseluruhannya, teknik ini berhasil tanpa sebarang komplikasi. Teknik ini amat berkesan mengeluarkan objek yang menutupi lubang hidung sepenuhnya berbanding objek yang boleh dilalui udara sebagaimana objek yang tertutup terus adalah berkemungkinan untuk digerakkan keluar daripada hidung.
Kadar kejayaan teknik ini mencecah 60%. Penemuan ini dikeluarkan di dalam Canadian Medical Association Journal.

Teknik Mother Kiss selamat
Kita sudah mengetahui bagaimana keluarkan barang dari hidung anak dengan teknik ciuman ibu ini sebagai rawatan awal yang yang selamat dan berkesan untuk membuang objek asing yang menghalang rongga hidung.
Teknik ini mengelakkan daripada penggunaan teknik invasif seperti cangkuk, forseps atau mesin menyedut untuk membuang objek. Ia juga membantu kanak-kanak daripada dibius dalam sesetengah kes.
Ia juga mungkin membantu sekiranya kanak-kanak tersebut diberikan penerangan sebelum memulakan teknik ini.
Kanak-kanak pada usia ini biasanya mempunyai ketakutan kepada benda yang tidak diketahui dan untuk menjalankan sebarang prosedur boleh menjadi sukar, terutama apabila cubaan untuk membuang objek asing boleh mendatangkan kesakitan.
Risiko utama teknik ini adalah kecederaan kepada gegendang telinga kanak-kanak atau saluran pendengaran dengan tekanan udara yang meningkat dengan mendadak.

Walaupun begitu, risiko ini adalah rendah sekiranya glottis ditutup dan tiada laporan tentang kejadian ini dilaporkan dalam kajian. Terdapat juga bahaya sekiranya kanak-kanak yang mempunyai objek di dalam hidung, tercekik dengan objek tersebut.
Bagaimana keluarkan barang dari hidung anak dengan teknik ciuman ibu ini boleh dilakukan dengan pemantauan oleh kakitangan kesihatan dan boleh diulang beberapa kali sekiranya cubaan pertama gagal. Walaupun begitu, anda harus berhati-hati tentang di mana dan bilakah teknik ini dilakukan.
Jangan cuba cara keluarkan benda dari hidung anak ini tanpa pemantauan daripada doktor. Kanak-kanak mungkin akan berasa selesa dan tidak takut dengan menggunakan teknik ini berbanding kaedah biasa digunakan di bilik kecemasan. Meskipun begitu, teknik Mother Kiss ini sebaiknya dilakukan dengan kehadiran doktor sekiranya objek tersebut masuk ke dalam paru-paru.