Ada kalanya tanpa disedari, sikap ibu bapa toksik boleh memberi kesan kepada anak-anak. Jom ketahui apakah yang dikatakan sebagai tingkah laku keluarga toksik ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Apa yang dikatakan sikap ibu bapa toksik?
Ibu bapa toksik adalah mereka yang lebih mementingkan keperluan diri sendiri tanpa memikirkan sama ada apa yang dilakukan itu boleh mendatangkan bahaya atau merosakkan.
Ibu bapa dengan sikap ini juga tidak akan meminta maaf atau mengakui apa yang dilakukan adalah salah.
Amnya, perkataan toksik yang digunakan bukanlah istilah perubatan atau konsep yang jelas.
Ia lebih kepada gaya keibubapaan yang memudaratkan tanpa kasih sayang, kemesraan dan asuhan sewajarnya kepada anak.
Tingkah laku ibu bapa toksik
Ini adalah istilah umum untuk mereka yang menunjukkan beberapa atau semua ciri ciri keluarga toksik seperti berikut:
1. Mementingkan diri sendiri
Ibu bapa dengan sikap ini akan lebih mementingkan diri dan tidak mengambil peduli tentang apa yang diperlukan. Pada akhirnya persoalan utamanya adalah “Bagaimana dengan SAYA?”
2. Penderaan fizikal & lisan
Penderaan tidak selalunya melibatkan pukulan atau sesuatu yang jelas secara fizikal. Ia boleh terjadi seperti memanggil nama yang anak tidak sukai atau tidak mempedulikan anak langsung.
3. Mengawal anak, antara sikap ibu bapa toksik
Tidak membenarkan anak membuat keputusan sendiri dan gemar mencerobohi privasi walaupun sebagai individu dewasa.
4. Menyalahkan anak
Menjadikan sesuatu itu seperti kesalahan anak walaupun ia bukan kesilapan mereka seperti masalah perkahwinan.
5. Bersikap manipulatif
Gemar bermain dengan emosi dan perasaan anak dalam permainan manipulasi tersebut.
6. Tiada sempadan
Ibu bapa dengan sikap toksik ini juga sanggup melakukan apa sahaja agar keinginan mereka tercapai.
Baca juga:
Kesan tingkah laku toksik kepada anak
Membesar dengan keluarga toksik ini boleh menyebabkan wujudnya cabaran kepada anak. Antara keburukan sikap toksik ibu bapa kepada anak-anak adalah:
1. Gangguan kegelisahan
Membebani anak dengan perkara yang tidak sesuai mengikut usia dan lebih banyak tanggungjawab berbanding apa yang boleh dipikul meningkatkan tahap kebimbangan dan kegelisahan mereka.
Dalam masa yang sama, ia secara tidak langsung mengakibatkan mereka berasa tidak bersedia untuk menguruskan sesuatu tugasan.
2. Gangguan stres pasca trauma (PTSD)
Kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa yang gemar mendera lebih berisiko untuk mengalami gangguan tekanan selepas trauma (PTSD).
Apabila anak semakin berwaspada terhadap sesuatu perkara, mereka cenderung menjangkakan lebih banyak bahaya pada masa hadapan.
Kesalahan ibu bapa terhadap anak #3. Mengkritik dan menyalahkan diri sendiri
Ibu bapa sebegini mengamalkan kasih sayang bersyarat dan membuatkan anak berasa tidak layak untuk dikasihi.
Anak akan kerap menyalahkan diri sendiri dalam segala perkara dan berasa tertekan untuk membuktikan keupayaan diri.
4. Peningkatan masalah kesihatan
Anak-anak yang membesar dalam persekitaran tidak sihat ini juga mempunyai risiko tinggi untuk mengalami masalah jantung dan sistem imun yang lemah akibat tekanan kronik dan pengalaman traumatik.
5. Tidak dapat membuat keputusan sendiri
Anak-anak juga didapati sukar untuk mengatakan ‘tidak’ kepada sesuatu perkara apabila dewasa kelak kerana mereka tidak dibenarkan untuk mengawal kehidupan sendiri.
Berhenti menjadi ibu bapa toksik
Jika anda merasakan diri tergolong sebagai orang tua yang bersikap toksik, ada jalan keluar yang boleh dilakukan untuk menghindarinya, seperti:
1. Menjadi dewasa
Ibu bapa seharusnya berfikiran dan bersikap matang dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan anak-anak.
2. Hormati pilihan anak
Biarkan anak memilih dan membuat keputusan sendiri. Tugas anda adalah untuk menyokong mereka tidak kira sama ada mereka berjaya atau gagal.
3. Normal untuk tersilap
Anak adalah manusia biasa yang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Paling penting adalah mereka mempelajari kesilapan tersebut dan memperbaiki diri.
4. Berbincang
Berkomunikasi secara terbuka berkaitan sebarang perlakuan tidak elok adalah cara terbaik.
5. Elakkan merasuah
Gemar menyogok anak dengan wang atau barang permainan agar mereka berdiam diri atau menyimpan rahsia adalah antara sikap tingkah laku toksik yang harus dielakkan.
6. Peluang anak berdikari
Beri peluang untuk anak belajar memikul tanggungjawab dan berdikari mengikut kesesuaian usia mereka. Kepercayaan ini membantu membina keyakinan diri anak.
7. Penjagaan diri
Mengamalkan diet seimbang, bersenam dan melakukan aktiviti yang digemari dapat membuatkan anda lebih bertenaga secara fizikal dan psikologi untuk menguruskan anak dengan lebih positif.
8. Fahami perbezaan mengkritik dan membetulkan bantu cegah perlakuan toksik
Ibu bapa harus menjadi pembimbing dengan mengajar anak etika dan membantu dalam akademik.
Untuk menjadi ibu bapa prihatin dan melakukan perkara yang betul, anda harus bersedia untuk menilai serta memperbetulkan diri jika wujud sebarang sikap toksik dalam hubungan dengan anak-anak.
[embed-health-tool-child-growth-chart]