backup og meta

Kanak-kanak Tidur Mengigau: Apakah Punca Ia Berlaku?

Kanak-kanak Tidur Mengigau: Apakah Punca Ia Berlaku?

Bukan sahaja individu dewasa, kanak-kanak juga boleh mengalami tidur mengigau. Ia kebiasaannya akan terjadi pada tengah malam tanpa kawalan. Ia kebanyakkannya terjadi kepada kanak-kanak yang berusia 4 hingga 8 tahun dan gejala ini akan hilang seiring perjalanan usia. Sebenarnya, gejala ini adalah normal tetapi berbahaya kerana ia mampu mendatangkan kecederaan buat mereka. Ikuti artikel ini untuk mengetaui dengan lebih lanjut mengenai kanak-kanak tidur mengigau.

Apakah yang menyebabkan kanak-kanak tidur mengigau?

Antara punca utama ia terjadi termasuklah:

  • Tidur tidak mencukupi
  • Tabiat tidur yang tidak teratur
  • Kegelisahan
  • Kawasan persekitaran yang tidak disenangi
  • Kesakitan
  • Pengambilan beberapa ubat seperti sedatif, perangsang, dan antihistamin
  • Faktor genetik

Walaupun pada umumnya ia adalah normal dan tidak berbahaya, kanak-kanak tidur mengigau mungkin menunjukkan simptom kondisi kesihatan yang lain seperti:

  • Sleep apnea
  • Night terrors
  • Kecederaan kepala
  • Migrain
  • Restless leg syndrome (RLS)

Simptom kanak-kanak tidur mengigau

Bergerak atau berjalan semasa tidur dalam keadaan tidak sedar adalah petanda utama tidur mengigau. Berikut pula merupakan simptom lain yang dikaitkan dengan kondisi tersebut:

  • Duduk di katil dan berbaring secara berulangan
  • Bercakap atau berbisik semasa tidur
  • Tidak respons kepada apa yang berlaku
  • Melakukan pekerjaan yang mudah di rumah seperti membersihkan meja, memakai pakaian dan lain-lain
  • Pergerakan yang cemerkap
  • Buang air kecil pada tempat yang tidak sepatutnya

Bagaimanakah ia didiagnosis?

Kebiasaannya, doktor akan mendiagnosis ia berdasarkan deskripsi kanak-kanak tersebut berdasarkan penjelasan ahli keluarga mereka. Dalam kebanyakan kes, rawatan adalah tidak diperlukan. Walau bagaimanapun, ujian lain perlu dilakukan untuk memastikan tiada sebarang kondisi kesihatan lain yang wujud.

Jika ia berlaku disebabkan oleh kondisi seperti sleep apnea atau night terrors, kajian perlu dilakukan. Kanak-kanak tersebut perlu tidur di dalam makmal tidur. Pelbagai elektrod akan diletakkan pada beberapa bahagian badan untuk mengukur kadar degupan jantung, kadar pernafasan, gelombang otak, tekanan otot, pergerakan mata dan kaki serta paras oksigen dalam darah. Rakaman perlu dijalankan ketika kajian ini berlangsung.

Jika ia mendatangkan masalah, doktor anda akan melakukan teknik scheduled awakening. Ia adalah teknik memerhatikan kanak-kanak tersebut ketika sedang tidur dan memastikan waktu biasa mereka akan mengigau. Kemudian, doktor akan mengejutkan mereka 15 minit sebelum menetapkan semula kitaran tidur mereka lalu mengawal gejala kanak-kanak tidur mengigau.

Jka ia menyebabkan anak anda berada dalam situasi bahaya seperti menyebabkan keletihan yang terlampau, ubat seperti benzodiazepines atau antidepressants mungkin dipreskripsikan.

Apakah rawatan optimum buat kanak-kanak tidur mengigau?

Jangan sesekali mengejutkan anak anda ketika ia berlaku kerana ia boleh mengeruhkan keadaan. Sebaliknya, bawa anak anda kembali tidur di katil mereka dengan aman. Selain itu, ibu bapa juga perlu memastikan rumah mereka selamat dengan memastikan langkah berikut dipatuhi:

  • Tutup dan kunci semua tingkap pada waktu malam
  • Buang segala barangan yang berbucu dan tajam
  • Jangan biarkan anak anda tidur di katil bertingkat
  • Pasang penggera pada pintu dan tingkap serta kuncikan ia daripada jangkauan anak anda
  • Pasang pagar keselamatan di hadapan tangga atau pintu
  • Pastikan pemanas air ditutup
  • Pastikan kunci rumah atau bilik di luar capaian mereka

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Pediatric Sleepwalking. http://www.healthline.com/health/sleep/sleepwalking-and-children. Assessed March 15, 2017.

 

Versi Terbaru

27/11/2019

Ditulis oleh Ahmad Farid

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Kudis Api, Masalah Kulit Kanak-Kanak Yang Lebih Bahaya, Ibu Bapa Perlu Awasi Tanda Ini!

Anak Kerap Demam? Ketahui 5 Punca Utama Kenapa Si Kecil Demam Berulang!


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 27/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan