backup og meta

4 Keperluan Nutrien untuk Anak Anda Sewaktu Puasa

4 Keperluan Nutrien untuk Anak Anda Sewaktu Puasa

Anak anda sudah mulai belajar berpuasa? Memperkenalkan anak anda dengan ibadah puasa mungkin penting dilakukan sejak usia muda, sehingga anak anda memahami kewajipan puasa. Namun, jangan lupa bahawa anak anda masih dalam masa pertumbuhan dan perkembangan bahkan keperluan nutrien anak anda masih sangat penting untuk dipenuhi sewaktu berpuasa. Jangan terlalu memaksakan anda anak puasa hingga meningkatkan risikonya mengalami kekurangan nutrien.

Keperluan nutrien anak sewaktu puasa yang perlu dipenuhi

Berikut merupakan beberapa nutrien anak sewaktu puasa yang perlu dipenuhi untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangannya.

1. Protein

Protein merupakan salah satu nutrien utama yang wajib dipenuhi sewaktu pertumbuhan anak. Zat ini adalah zat pembangun dan berperanan dalam setiap pembentukan dan pembaikan jaringan tubuh. Anak anda boleh mendapatkan protein dari dua sumber, iaitu sumber haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Namun, protein haiwan memiliki kualito yang lebih baik dibandingkan protein tumbuhan kerana kandungan asid amino esensialnya yang lebih lengkap dan banyak.

Contoh sumber protein haiwan adalah ikan, daging, ayam, telur, susu, dan produk susu. Sementara sumber protein tumbuhan adalah tauhu, tempe, kacang soya, kacang tanah, dan kacang-kacangan lainnya. Berdasarkan kajian, keperluan protein anak yang berusia 4-6 tahun adalah 35 gram/hari, sementara anak yang berusia 7-9 tahun memerlupakan pengambilan protein sebanyak 49 gram/hari. Keperluan ini kira-kira setara dengan 2 bahagian makanan sumber protein haiwan dan 2 bahagian makanan sumber protein tumbuhan.

2. Kalsium

Anak anda masih mengalami pertumbuhan tulang yang cepat hingga berhenti apabila mencapai masa remajanya. Disebabkan itu, kalsium sangat diperlukan untuk menyokong pertumbuhan tulang di masa kanak-kanak. Selain pertumbuhan tulang, kalsium juga diperlukan untuk memastikan degupan jantung normal, pembekuan darah, fungsi otot dan saraf.

Beberapa contoh makanan sumber kalsium adalah susu, keju, yogurt, tofu, brokoli, dan lainnya. Anak  yang berusia 4-9 tahun memerlukan kalsium sebanyak 1000 mg/hari, lebih kurang 3 gelas susu sehari.

manfaat minum susu sebelum tidur

3. Zat besi

Zat besi juga merupakan salah satu nutrien yang penting bagi anak anda. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan anemia. Keperluan zat besi tinggi pada masa kanak-kanak kerana isi padu darah anak lebih banyak seiring dengan tahap pertumbuhannya. Zat besi ini diperlukan oleh sel darah merah untuk mengangkut oksigen ke sel-sel dalam tubuh. Selain itu, zat besi juga diperlukan untuk perkembangan dan fungsi otak.

Daging, ikan, dan ayam merupakan sumber zat besi terbaik. Sayuran, seperti bayam juga dapat memberikan anda keperluan zat besi. Sementara roti, bijirin, dan pasta mengandungi zat besi yang diperkaya. Anak berusia 4-6 tahun memerlukan zat besi sebanyak 9 mg/hari, sedangkan anak berusia 7-9 tahun memerlukan zat besi sebanyak 10 mg/hari.

4. Vitamin A, C, dan E

Ini merupakan vitamin-vitamin yang mempunyai sifat antioksidan, yang dapat membantu tubuh dalam mencegah kerosakan sel akibat radikal bebas. Vitamin ini dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan menjaga tubuh daripada infeksi. Vitamin A juga berperanan penting dalam perkembangan penglihatan dan tulang, serta menyokong pertumbuhan sel dan jaringan tubuh anak anda.

Selain itu, vitamin C juga berperanan dalam membantu membentuk dan memperbaiki sel darah merah, tulang, dan jaringan, memperkuat pembuluh darah, membantu penyembuhan luka, dan membantu tubuh menyerap zat besi. Sementara vitamin E berperanan dalam pembaikian DNA dan proses metabolisme dalam tubuh.

Banyakkan makan sayuran dan buah-buahan yang berbeza membantu anak dalam mencukupkan keperluan vitaminnya ini. Contoh, mangga, jeruk, strawberi, tomato, lobak merah, bayam, brokoli, dan lain-lain. Anak anda disarankan mengambil sayuran dan buah-buahan sebanyak 5 bahagian sehari.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Ward, E. M. (2012). Kid Nutrition: Nutrients to Grow On. [online] WebMD. Available at: http://www.webmd.com/parenting/features/kid-nutrition-nutrients#1 [Accessed 29 May 2017].

Baby Center. (2016). 10 nutrients that every child needs | BabyCenter. [online] BabyCenter. Available at: https://www.babycenter.com/0_10-nutrients-that-every-child-needs_1201019.bc [Accessed 29 May 2017].

MedicineNet. (2003). Nutrients For Growing Children. [online] Available at: http://www.medicinenet.com/script/main/art.asp?articlekey=10054 [Accessed 29 May 2017].

Kementerian Kesehatan Republik Indonesia. (2013). Angka Kecukupan Gizi (AKG) 2013. Jakarta: Kementerian Kesehatan Republik Indonesia.

Kementerian Kesehatan Republik Indonesia. (2014). Peraturan Menteri Kesehatan Republik Indonesia Nomor 41 Tahun 2014 Tentang Pedoman Gizi Seimbang. Jakarta: Kementerian Kesehatan Republik Indonesia.

Versi Terbaru

14/08/2023

Ditulis oleh Helma Hassan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

6 Tips Pilih Susu Supaya Anak Membesar Dengan Baik, Mak Ayah Kena Tahu!

Sailfish Swim Academy Tawar Kelas Berenang Serendah RM120 Sebulan! Sangat Berpatutan & Berbaloi


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 14/08/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan