backup og meta

Bila Masa Sesuai Untuk Si Kecil Makan Buah Strawberi? Ia Boleh Menguatkan Sistem Imun Anak!

Bila Masa Sesuai Untuk Si Kecil Makan Buah Strawberi? Ia Boleh Menguatkan Sistem Imun Anak!

Strawberi – buah yang memiliki warna yang menarik dan tinggi kandungan vitamin. Ironinya, buah ini juga cenderung mewujudkan tindak balas alahan yang tidak diingini. Jadi, bolehkah memberi bayi makan strawberi? Ikuti artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Apakah reaksi alahan kepada strawberi?

Reaksi alahan yang biasa ditunjukkan seperti ruam dan gatal-gatal, terutama apabila buah menyentuh kulit di sekitar mulut. Namun, ada masanya tindak balas yang teruk mungkin boleh berlaku yang melibatkan bengkak di dalam kerongkong. Simptom lain yang turut boleh berlaku adalah seperti timbul keradangan pada kulit, muntah, loya, cirit-birit, kesukaran bernafas, dan jika individu tersebut mempunyai asma atau ekzema, ia berisiko akan menjadi lebih teruk.

Bila masa yang sesuai perkenalkan strawberi?

Pakar mempunyai pendapat dan garis panduan yang berbeza tentang kesesuaian buah strawberi untuk diperkenalkan diet pemakan bayi. Terdapat pendapat yang mengesyorkan untuk menunggu sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya setahun sebelum memberikan kepada mereka.

Walau bagaimanapun, di Amerika Syarikat, laporan dari American Academy of Pediatrics, menyatakan garis panduan ini telah diubahsuai untuk membolehkan bayi memakan strawberi seawal usia 6 bulan.

Keliru bukan? Sebagai ibu bapa, mesti anda tidak tahu mahu mengikut pendapat yang mana. Untuk memudahkan keadaan dan agar tidak mencetuskan sebarang risiko kepada bayi, sebaiknya, strawberi diperkenalkan kepada bayi anda hanya selepas 12 bulan, bersama makanan lain yang turut mempunyai potensi untuk mencetuskan tindak balas alahan. Tetapi jika terdapat sejarah keluarga yang mempunyai alahan, adalah lebih baik untuk menunggu tempoh yang lebih lama. Anda boleh bertanyakan kepada pakar pediatrik untuk sebarang kepastian.

Kombinasi makanan

Strawberi boleh dicampurkan dengan beberapa pilihan makanan untuk menjadikan makanan bayi lebih lazat. Berikut adalah beberapa cadangan kombinasi makanan:

  • Buah-buahan. Puri strawberi yang dicampurkan dengan puri buah-buahan lain akan memberikan rasa yang hebat. Antara buah-buahan yang menjadi pilihan seperti mangga dan pic.
  • Bijirin bayi: tambahan strawberi bersama pelbagai jenis pilihan bijirin bayi. Anda turut boleh mencampurkan tepung yang diperbuat daripada beras dan oat untuk menghasilkan bubur yang lazat.
  • Susu dan yogurt. Merupakan kombinasi klasik yang digemari oleh individu dewasa dan kanak-kanak. Campuran strawberi dan susu lembu adalah sesuai untuk diberikan selepas bayi berusia 12 bulan.

Kebaikan strawberi

  1. Menguatkan sistem imun

Strawberi kaya dengan vitamin C, antioksidan dan fitokimia yang berperanan untuk menjaga sistem imun agar sentiasa sihat. Sistem imun yang lebih kuat dapat meningkatkan ketahanan bayi terhadap beberapa patogen yang menyebabkan penyakit.

  1. Meningkatkan sistem saraf

Fitokimia yang terdapat dalam strawberi menawarkan beberapa manfaat kepada sistem saraf, termasuk meningkatkan fungsi otak.

  1. Baik untuk sistem peredaran darah

Kalium dalam strawberi memberikan peranan kepada kesihatan umum bayi, mengembangkan saluran darah dan mempertingkatkan tahap kesihatan sistem peredaran darah secara keseluruhan.

  1. Tulang kekal sihat

Strawberi mengandungi kalsium, fosforus, fluorida yang memainkan peranan penting dalam menguatkan tulang – amat penting untuk pembesaran bayi.

[embed-health-tool-baby-poop-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

When Can Babies Eat Strawberries

https://www.momjunction.com/articles/ways-to-introduce-strawberry-to-your-baby_00119028/#gref / Accessed on March 7, 2019.

 

When Can Babies Eat Strawberries?

https://www.newkidscenter.com/when-can-babies-eat-strawberries.html / Accessed on March 7, 2019.

 

How Old Before Kids Can Have Strawberries?

https://www.livestrong.com/article/508503-how-old-before-kids-can-have-strawberries/ / Accessed on March 7, 2019.

 

Can Babies Eat Strawberries?

https://www.healthline.com/health/parenting/can-babies-eat-strawberries#1 / Accessed on March 7, 2019.

How to Give Baby Strawberry for Baby Food
https://wholesomebabyfood.momtastic.com/strawberrybabyfoodrecipes.htm / Accessed on March 7, 2019.

Versi Terbaru

06/07/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Mama Stres Bayi Sering Meragam Kerana Perut Kembung? Jom Cuba Petua Ini!

Anak Selalu Sangat Demam? Parents, Ini 5 Vitamin Untuk Kuatkan Imuniti Si Manja!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 06/07/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan