Sedang mencari tips beli pampers newborn terbaik? Tepat sekali pilihan anda untuk membaca perkongsian artikel Hello Doktor ini. Kami akan kongsikan kepada anda cara untuk memilih lampin pakai buang yang sesuai untuk si manja baru lahir.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Penggunaan lampin pakai buang
Untuk tempoh beberapa minggu pertama, bayi mungkin akan menggunakan banyak lampin.
Sebagai persediaan menghadapi situasi ini, biasanya ibu bapa akan membeli banyak stok lampin sebelum bayi lahir.
Kedengaran mudah, namun buat mereka yang pertama kali bergelar ibu bapa, pastinya ia satu tugasan yang sukar. Ini kerana terdapat banyak faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli lampin.
Tips beli pampers newborn terbaik untuk ibu bapa
Memilih lampin bersesuaian boleh menyebabkan kekeliruan, ditambah pula dengan lambakan pelbagai jenis jenama lampin yang dijual di pasaran.
Anda mungkin tergerak hati untuk mengambil bungkusan lampin yang pertama dilihat, tetapi bagaimana jika ia bukan pilihan yang sesuai untuk si manja?
Jadi apakah perkara yang perlu diperhatikan oleh ibu bapa ketika mencari lampin pakai buang untuk baby baru lahir? Ini jawapannya…
1. Jenama
Merupakan perkara pertama dan kriteria paling penting yang perlu diberikan perhatian. Sebaiknya anda memilih jenama terkenal yang telah lama berkecimpung dalam bidang pembuatan lampin berbanding yang kurang dikenali.
Ini kerana syarikat-syarikat ini biasanya mempunyai kepakaran dan menjalankan penyelidikan untuk menghasilkan ciri lebih baharu dan baik dari masa ke masa. Pastikan jenama pilihan anda itu telah diuji produknya dengan sebaiknya.
Carilah jenama yang bebas daripada phthalates, parabens, bisphenols, sebatian terfluorinasi yang dikenali sebagai PFAS dan bahan kimia kalis api.
[embed-health-tool-vaccination-tool]
2. Ciri-ciri lampin, antara tips beli pampers newborn terbaik
Sebaik sahaja anda telah memutuskan beberapa pilihan jenama yang bagus, tiba masanya untuk menyemak sama ada produk lampin keluaran mereka mempunyai ciri berikut:
Kadar penyerapan baik
Lampin sepatutnya dapat menyerap banyak cecair; air kencing dan najis tanpa bocor atau menjadi kendur.
Lampin yang bocor boleh menyebabkan kulit bayi bersentuhan dengan kebasahan, sehingga mengakibatkan kerengsaan dan ruam lampin.
Garis petunjuk kebasahan
Pada masa kini, terdapat jenama produk lampin yang mempunyai garis petunjuk kebasahan. Ia adalah garis putih yang bertukar menjadi kuning apabila lampin telah kotor sepenuhnya.
Sudah tentu ia adalah ciri yang sangat berguna kerana dapat membantu ibu memeriksa tahap kebasahan lampin dan menukarnya dengan segera.
Tips beli pampers newborn terbaik #Kelembutan dan pengudaraan
Memandangkan kulit bayi adalah sangat halus dan sensitif, bahan yang digunakan untuk penghasilan lampin adalah penting.
Pastikan lampin diperbuat daripada bahan lembut dan bernafas, supaya ia tidak menyekat aliran udara ke bahagian kemaluan bayi.
Tahap regangan dan keselesaan
Satu lagi ciri penting yang perlu dicari pada lampin adalah kebolehannya untuk meregang. Ia sepatutnya boleh meregang dan muat dengan selesa pada si kecil tanpa meninggalkan sebarang lipatan dan kesan pada kulit.
3. Saiz atau berat bayi
Saiz lampin berfungsi secara berbeza untuk bayi – bergantung kepada berat mereka. Jadi sebaiknya timbang berat bayi sebelum melakukan aktiviti membeli lampin.
Si kecil biasanya akan memerlukan lampin bersaiz lebih besar untuk setiap beberapa bulan, jadi elakkan daripada menyimpan stok lampin dalam jumlah yang banyak untuk satu-satu saiz.
Pilih saiz seterusnya hanya apabila lampin yang dipakai kini menjadi terlalu ketat untuk bayi. Cara yang disarankan adalah untuk membeli dan menggunakan hanya 1 pek lampin pada satu-satu masa bagi mengelakkan pembaziran.
Tips beli pampers newborn terbaik #4. Kekerapan membuang air besar
Semua bayi adalah unik. Begitu juga apabila melibatkan tabiat kencing dan membuang air besar. Terdapat bayi yang mungkin akan lebih kerap untuk kencing dan membuang air besar sepanjang hari berbanding si kecil lain.
Baca juga: