backup og meta

Tak Sabar Tunggu Bayi Meniarap? Parents Boleh Perhatikan 4 Tanda Baby Sudah Sedia!

Tak Sabar Tunggu Bayi Meniarap? Parents Boleh Perhatikan 4 Tanda Baby Sudah Sedia!

Bayi meniarap adalah antara pencapaian penting untuk si kecil. Tetapi bila bayi mula meniarap ya? 

Ayuh teruskan membaca perkongsian artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya. Semoga bermanfaat!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Bayi meniarap

Melihat si comel meniarap buat kali pertama boleh mengejutkan ibu bapa. Bahkan bayi juga mungkin mengalami kejutan kecil. Namun lama-kelamaan, teknik meniarap ini boleh menjadi helah kegemaran si kecil.

Dengan kekuatan semakin meningkat pada lengan, belakang dan lehernya, baby mula menemui cara baharu untuk menggerakkan badan, termasuklah meniarap.

Sebagai ibu bapa, anda harus memastikan persekitaran si kecil adalah selamat bagi mengelakkan risiko bahaya yang tidak diingini.

Bila bayi mula meniarap?

Sesetengah bayi baru lahir akan berguling ke sisi (mengiring) ketika tidur pada hari-hari pertama mereka. Namun keupayaan ni akan menghilang dalam tempoh beberapa bulan pertama.

Tummy time kepada terlentang

Pergerakan bayi meniarap ini biasanya bermula seawal empat atau lima bulan. 

Waktu ini si kecil sudah mempunyai kekuatan bahagian atas badan dan otot yang mencukupi untuk mendorong diri ke atas, arah belakang. Selalunya ia merupakan tujahan yang tidak disengajakan.

Pergerakan bebas

Kebanyakan si kecil pada usia enam bulan sudah mahir meniarap. 

Manakala menjelang usia tujuh bulan, bayi sudah dapat menguasai bukan sahaja pergerakan meniarap tetapi untuk kembali ke posisi tummy time.

bayi meniarap

Bolehkah baby meniarap terlalu awal?

Bayi meniarap bermula antara usia 3-4 bulan. Pun begitu, jika fasa ini berlaku terlalu awal atau kelihatan pergerakan lain yang tidak terkawal, ia mungkin menandakan cerebral palsy.

Bayi meniarap: Fahami tanda mereka bersedia

Meniarap memerlukan latihan dan koordinasi, manakala bayi baru lahir masih kurang kawalan kepala dan kemahiran motor lain untuk mengawalnya.

Apabila kekuatan si kecil semakin meningkat, mereka akan mula menunjukkan tanda untuk meniarap seperti:

bayi meniarap

  • Lebih kerap mengangkat kepala dan bahu semasa tummy time
  • Bergolek ke sisi
  • Menendang kaki dan mengesot dalam bulatan, dalam keadaan terlentang
  • Meningkatkan kekuatan kaki dan pinggang, seperti mengangkat pinggul ke atas

Sesetengah baby mungkin secara tidak sengaja meniarap dan akan kelihatan terkejut untuk beberapa minggu pertama sebelum dapat membiasakan diri mereka.

Seperti pencapaian perkembangan lain, terdapat variasi usia melibatkan pergerakan meniarap yang pertama akan berlaku. 

Walau bagaimanapun, jika menjelang usia 6-7 bulan dan si kecil masih tidak meniarap atau menunjukkan minat untuk duduk, lakukan pemeriksaan dengan pakar pediatrik.

Cara membantu bayi meniarap

Pastikan si kecil meluangkan banyak masa untuk melakukan tummy time – ia berfungsi membina kekuatan belakang, leher dan lengan mereka untuk melakukan tujahan meniarap.

Tummy time boleh dimulakan seawal minggu pertama selepas kelahiran. Lakukan dengan membaringkan baby secara meniarap di atas pangkuan untuk beberapa minit semasa tempoh berjaga.

Selepas bulan pertama, tummy time boleh dilakukan antara 15-20 minit setiap hari. Namun pastikan si kecil sentiasa dalam pantauan.

Baca juga:

Jika bayi meragam apabila diletakkan secara terlentang, jadikan sesi tummy time lebih pendek – 1-5 minit tempoh terbaik dan tambahkan masa secara perlahan-lahan.

Tikar aktiviti (activity mat) dengan mainan yang menarik adalah motivasi bagus untuk membantu bayi belajar meniarap. Cuba letakkan beberapa belly bait berdekatan supaya si kecil boleh mencapainya.

Pemeriksaan doktor

Kini anda sudah mengetahui bahawa terdapat perbezaan mengenai tempoh bila si manja mula meniarap – ada yang seawal tiga bulan, manakala kebanyakannya antara usia 4-6 bulan.

American Academy of Pediatrics (AAP) menggariskan tiga senario yang mungkin sesuai untuk menghubungi pakar pediatrik mengenai ketidakupayaan si kecil untuk mula meniarap:

  1. Jika baby pada sebarang usia, tidak lagi bergolek untuk meniarap – walaupun sebelum ini boleh melakukannya. 
  2. Pada usia enam bulan atau lebih, bayi masih tidak boleh bergolek daripada tummy time kepada menelentang. 
  3. Berusia enam bulan ke atas, otot bayi masih kelihatan kaku atau low muscle tone. 

Dalam kes di atas, si kecil masih berada dalam lingkungan normal. Namun, ibu bapa amat disarankan membincangkan isu tersebut dengan pakar pediatrik untuk menolak sebarang kelewatan perkembangan yang mungkin memerlukan campur tangan awal.

bayi meniarap

Pencapaian lain selepas bayi meniarap

Sebaik sahaja si manja sudah membiasakan diri bergolek untuk meniarap dan otot lehernya cukup kuat untuk menampung kepalanya – kedua-duanya merupakan perkembangan motor penting – mereka akan mula belajar duduk tidak lama lagi.

Daripada situ, bayi akan mula merangkak dan kemudiannya mahir berdiri. Tidak lama kemudiannya, mereka akan bersedia untuk memulakan langkah pertama dan berjalan sendiri.

Seperti biasa, sekiranya terdapat sebarang kebimbangan atau pertanyaan, berundinglah dengan pakar pediatrik untuk mendapatkan lebih kepastian mengenai keadaan si kecil.

[embed-health-tool-baby-poop-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Baby Milestones – When Babies Sit Up, Roll Over and Crawl. https://helpmegrowmn.org/HMG/HelpfulRes/Articles/BabyMilestones/index.html#:, Accessed on Sept 30, 2022
  2. When Can Baby Roll Over? Tips to Help Baby Roll. https://pathways.org/when-can-baby-roll-over-tips-to-help-baby-roll/, Accessed on Sept 30, 2022 
  3. What Do We Do Now That Our Baby Has Started to Roll Over? https://rednose.org.au/article/what-do-we-do-now-that-a-baby-has-started-to-roll-over, Accessed on Sept 30, 2022
  4. 3 Tips for Teaching a Baby to Roll Over. https://napacenter.org/how-to-teach-baby-roll-over/, Accessed on Sept 30, 2022
  5. Milestone Moments. https://www.cdc.gov/ncbddd/actearly/pdf/parents_pdfs/milestonemomentseng508.pdf, Accessed on Sept 30, 2022
  6. Movement milestones: Babies 4-7 months. https://www.healthychildren.org/English/ages-stages/baby/Pages/Movement-4-to-7-Months.aspx, Accessed on Sept 30, 2022 

Versi Terbaru

12/10/2023

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Ini Jarak Bayi Dapat Lihat Dengan Jelas, Barulah Puas Si Manja Tatap Wajah Mama Papa

12 Bulan Pertama Jaga Bayi, Mencabar! 9 Tip Ini Bantu Mama Papa Enjoy Fasa Parenthood!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 12/10/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan