backup og meta

Benarkah Stres Boleh Menjejaskan Penghasilan Susu Ibu?

Benarkah Stres Boleh Menjejaskan Penghasilan Susu Ibu?

Semasa menyusukan bayi baru lahir, anda mungkin berhadapan dengan pelbagai masalah yang boleh menyebabkan anda stres dan kadangkala mengalami kemurungan. Sesetengah ibu bimbang jika hal ini akan mengurangkan penghasilan susu badan mereka. Namun, adakah benar stres boleh menjejaskan penghasilan susu ibu? Apa pendapat sains mengenai perkara ini?

Adakah stres mengurangkan susu badan saya?

Mengikut beberapa kajian, stress mempengaruhi penghasilan susu badan namun mekanismenya masih tidak dapat diterangkan dengan sebaiknya sama ada berkaitan hormon atau sebagainya.  Penghasilan susu badan anda pada sesetengah waktu akan berkurangan, contohnya seperti apabila anda bersalin secara pembedahan, atau bayi anda lahir pramatang. Pun begitu, susu badan anda masih mencukupi untuk bayi. Cuma, keadaan ini memerlukan masa dan usaha anda bagi melancarkan penyusuan susu ibu.

Apa yang boleh saya lakukan untuk mengurangkan stres?

Berikut terdapat beberapa cara untuk membantu anda relaks:

Pertama, cari tempat yang membuatkan anda rasa selesa untuk menyusukan bayi (atau memerah susu). Sebaik-baiknya, carilah tempat yang bebas daripada gangguan. Cuba untuk berehat semaksima mungkin sebelum menyusukan bayi atau memerah susu. Semasa melakukan proses ini, anda boleh mendengar lagu kegemaran anda, menarik nafas dalam-dalam, berzikir, atau anda boleh meletakkan bauan yang menenangkan dan melakukan perkara yang anda sukai. Sebelum menyusukan bayi, anda boleh membongkokkan pinggang supaya payudara anda dalam keadaan tergantung, dan berada dalam posisi ini beberapa ketika. Ataupun, anda boleh menggerakkan bahu ke belakang dan ke hadapan bagi menggoncangkan payudara anda. Posisi sebegini amat membantu para ibu melegakan tekanan pada leher dan bahu, sekali gus membantu melancarkan penghasilan susu.

Di samping itu, cubalah untuk selalu bersama dengan bayi anda supaya kedua-dua anda dan bayi ‘berasa dekat’ dan berkongsi hubungan emosi. Jika anda tidak bersama dengan bayi (seperti ibu berkerjaya), anda boleh melihat gambar atau video si manja anda semasa memerah susu. Cara ini dapat membantu anda menghasilkan susu badan dengan lancar. Semasa menyusukan bayi pula, sesetengah ibu akan menghirup air bagi melegakan tekanan. Ini salah satu tindak balas lazim yang ibu sering lakukan semasa penyusuan.

Sesetengah ibu juga lebih gemar menyusukan bayi mereka semasa mereka mandi bersama. Cara ini dikatakan dapat membantu melegakan tekanan pada otot anda, sekali gus, merangsang aliran susu badan.

Kesimpulannya, stres sedikit sebanyak mempengaruhi penghasilan susu ibu, seperti yang dinyatakan dalam artikel ini. Oleh itu, pastikan anda sentiasa positif dan bebas-stres bagi mencipta persekitaran yang sihat untuk anda dan bayi. Jika anda berasa murung, cara terbaik adalah bercakap dengan ahli terapi atau doktor.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

[embed-health-tool-baby-poop-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Stress and Breastmilk Production. http://nativemothering.com/2015/05/stress-milk-production/. Accessed December 2, 2016.

Is it true that stress can cause breastmilk to dry up?.
http://www.babycentre.co.uk/x1048246/is-it-true-that-stress-can-cause-breastmilk-to-dry-up#ixzz4RUytUQ31. Accessed December 2, 2016.

Effects of Stress on Lactation. http://www.pediatric.theclinics.com/article/S0031-3955(05)70296-0/abstract. Accessed December 2, 2016.

Versi Terbaru

05/10/2023

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Jangan Panik Bayi Demam Panas Tengah Malam, Ibu Ayah Cuba 5 Petua Ini Dahulu!

Ibu Alami Bengkak Susu, Boleh Cuba Sendiri Petua Orang Lama Ini Di Rumah!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 05/10/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan