backup og meta

Adakah Menyusu Sewaktu Berpuasa Selamat untuk Ibu dan Bayi?

Adakah Menyusu Sewaktu Berpuasa Selamat untuk Ibu dan Bayi?

Menyusu bukan penghalang anda untuk tetap menjalani ibadah puasa. Bagi sesetengah orang, menyusu sewaktu berpuasa mungkin tidak bermasalah. Namun, bagi yang lain berpuasa sewaktu menyusu mungkin cabaran yang bukan mudah. Jadi, adakah penyusuan susu ibu akan memberi kesan kepada tubuh sewaktu berpuasa?

Jika anda sedang menimbang manfaat dan risiko berpuasa sewaktu menyusu, rujuk artikel ini untuk maklumat lanjut.

Adakah menyusu sewaktu berpuasa selamat untuk dilakukan?

Puasa tidak akan mengganggu penghasilan susu ibu. Tubuh anda dapat tetap menghasilkan susu ibu dengan jumlah dan kualiti yang sama seperti sewaktu anda tidak berpuasa.  Bahkan, kekurangan kalori yang masuk ke tubuh anda pada hari-hari lain sewaktu tidak berpuasa sebenarnya juga tidak banyak memengaruhi penghasilan susu ibu.

Tubuh anda sangat memahami keadaaan anda, dan berterusan menghasilkan susu ibu sebagai makanan bayi bagaimanapun keadaannya. Tubuh anda lebih pintar dari yang anda sangkakan. Tubuh anda mampu menyesuaikan diri untuk menghasilkan susu ibu walaupun kurang kalori yang anda ambil, sehingga kuantiti dan kualitas susu ibu akan tetap terjaga walaupun anda dalam keadaan lapar sekalipun. Namun, kebiasaan membiarkan diri anda kekurangan nutrien sewaktu puasa semestinya bukan tabiat yang baik.

Adakah menyusu sewaktu berpuasa memberi kesan buruk bagi bayi?

Kuantiti dan kualiti susu ibu tidak dipengaruhi dengan seberapa banyak makanan yang anda ambil. Oleh itu, menyusu sewaktu berpuasa tentu tidak akan memengaruhi kesihatan bayi anda. Bayi anda tetap dapat menerima semua nutrien yang diperlukannya untuk perkembangannya. Berat badan bayi juga tidak dipengaruhi oleh keadaan ibu yang berpuasa sewaktu menyusu. Dapatan ini dilaporkan oleh sebuah kajian tahun 2006 terhadap sekelompok ibu yang menyusukan bayi berusia 2-5 bulan sewaktu berpuasa pada bulan Ramadan.

Yang paling utama, bayi anda tetap menyusu dengan baik. Semakin kerap bayi anda menyusu, semakin kerap bayi anda mencukupkan keperluannya, dan semakin lancar juga penghasilan susu anda. Ini merupakan hubung kait yang saling menguntungkan antara ibu dan bayi.

Namun, susu ibu anda mungkin akan sedikit berubah bergantung kepada apa yang anda makan dan berapa banyak. Anda perlu tahu bahawa makananm sumber lemak yang anda ambil sewaktu puasa dapat memengaruhi jenis lemak yang terkandung dalam susu ibu, tetapi tidak memengaruhi jumlah lemak dalam susu ibu.

Tubuh anda akan mengambil lemak daripada tubuh anda jika jumlah lemak daripada makanan tidak cukup untuk penghasilan susu ibu. Oleh itu, beri perhatian kepada berapa banyak dan apa makanan yang anda ambil sewaktu bukan puasa. Jangan sampai anda mengalami penurunan berat badan sewaktu puasa karena ini dapat mempengaruhi  jenis lemak yang terkandung dalam susu ibu.

Adakah menyusu sewaktu berpuasa memberi kesan buruk bagi ibu?

Hal ini bergantung kepada pengambilan makanan dan minuman anda sewaktu puasa. Walaupun puasa membataskan waktu makan dan minum anda, namun jika diatur dengan baik anda boleh mencukupkan keperluan nutrien yang diperlukan untuk penghasilan susu ibu.

Beri perhatian kepada berapa banyak dan apa yang anda makan sewaktu buka puasa dan sahur. Jika anda kurang memenuhi keperluan nutrien anda sewaktu menyusu di bulan puasa, maka yang rugi adalah diri anda sendiri. Mengapa? Karena tubuh akan mengambil nutrien yang diperlukan untuk menghasilkan susu ibu daripada dalam tubuh anda sendiri, jika nutrien daripada makanan kurang mencukupi.

Contohnya, jika pengambilan kalsium anda daripada makanan kurang dan tidak dapat memenuhi keperluan penghasilan susu ibu, maka tubuh anda akan mengambil kalsium yang tersimpan dalam tulang anda. Dan, jika anda tidak menggantikan kalsium dalam tulang yang hilang tersebut, maka anda akan berisiko mengalami masalah tulang di kemudian hari.

Selain makanan, apa yang harus anda perhatikan sewaktu puasa adalah pengambilan cecair. Ini penting kerana ibu menyusu mengeluarkan lebih banyak cecair, sehingga akan lebih cepat merasa haus sewaktu puasa. Kekurangan cecair sewaktu puasa boleh menyebabkan ibu menyusu mengalami dehidrasi dan ini boleh memberi kesan buruk pada penghasilan susu ibu.

Anda perlu minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari atau lebih sewaktu puasa untuk mencegah dehidrasi. Dalam sebuah kajian yang diterbitkan dalam Journal Human Lactation tahun 2009,  ibu menyusu disarankan untuk meningkatkan pengambilan cecair selama 2 hari sebelum puasa, agar cukup terhidrasi sebelum puasa. Kajian juga menyarankan agar ibu menyusu mengurangkan aktiviti dan pendedahan kepada cuaca panas sepanjang berpuasa.

[embed-health-tool-baby-poop-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baby Center India. (2017). Breastfeeding and fasting. [online] BabyCenter. Available at: https://www.babycenter.in/a1028957/breastfeeding-and-fasting [Accessed 6 Jun. 2017].

Baby Centre UK. (2015). Breastfeeding and fasting. [online] BabyCentre. Available at: https://www.babycentre.co.uk/a1028957/breastfeeding-and-fasting [Accessed 6 Jun. 2017].

Australian Breastfeeding Association. (2017). Religious fasting and breastfeeding. [online] Available at: https://www.breastfeeding.asn.au/bfinfo/religious-fasting-and-breastfeeding [Accessed 6 Jun. 2017].

Bonyata, K. (2016). How Does A Mother’s Diet Affect Her Milk?. [online] Available at: http://kellymom.com/nutrition/mothers-diet/mom-diet/#diet [Accessed 6 Jun. 2017].

Versi Terbaru

05/07/2023

Ditulis oleh Helma Hassan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Mama Stres Bayi Sering Meragam Kerana Perut Kembung? Jom Cuba Petua Ini!

Anak Selalu Sangat Demam? Parents, Ini 5 Vitamin Untuk Kuatkan Imuniti Si Manja!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 05/07/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan