backup og meta

Pelik Tengok Ada Orang Jari Lebih, Kenali Apa itu Polydactyly

Pelik Tengok Ada Orang Jari Lebih, Kenali Apa itu Polydactyly

Pernahkah anda melihat seseorang individu yang memiliki bilangan jari lebih? Eh, memang ada ya manusia berjari lebih? Ya, mereka mempunyai jari yang berlebihan sama ada di bahagian tangan atau kaki. Untuk pengetahuan anda, setiap 1 daripada 1,000 penduduk di dunia ini adalah individu yang dilahirkan memiliki jari lebih dan ia disebut sebagai polydactyly.

Penulis beruntung kerana pernah melihatnya di depan mata memandangkan salah seorang sepupu penulis adalah individu yang memiliki jari berlebihan. 

Polydactyly: keunikan jari lebih

Polydactyly adalah nama yang diberikan kepada satu keadaan dimana seseorang individu itu dilahirkan dengan memilliki satu atau lebih jari tambahan.

Ia boleh berlaku sama ada pada sebelah atau kedua-dua bahagian tangan dan kaki. Tangan adalah anggota yang paling mudah mempunyai jari yang lebih berbanding kaki dan ia lebih kerap berlaku dalam kalangan lelaki berbanding wanita. 

Simptom polydactyly

jari lebih

Polydactyly akan menyebabkan seseorang memiliki jari tambahan pada bahagian kaki mahupun tangan. Jari-jari tersebut pula mungkin memilki ciri-ciri seperti berikut:

Jenis-jenis polydactyly

polydactyly

Untuk pengetahuan pembaca, terdapat tiga jenis jari lebih yang boleh tumbuh pada seseorang individu. 

  • Duplikasi jari kecil (ulnar atau postaxial polydactyly)

Ini adalah jenis yang paling kerap terjadi, dimana jari berlebihan ini terbentuk di sebelah luar jari kelengkeng. Sisi tangan ini dipanggil sebagai sisi ulnar. Apabila ia berlaku pada bahagian kaki, ia digelar sebagai fibular polydactyly.

  • Duplikasi ibu jari (radial atau preaxial polydactyly)

Jenis ini kurang berlaku, dan ia berlaku hanya dalam setiap 1,000 hingga 10,000 kelahiran. Jari berlebihan terbentuk di sebelah luar ibu jari pada sisi tangan yang dipanggil sebagai sisi radial. Apabila ia terbentuk pada kaki, ia disebut sebagai tibial polydactyly.

  • Central polydactyly

Ia adalah sejenis keadaan yang amat jarang berlaku. Jari berlebihan tersebut tumbuh pada sendi hujung atau tengah jari. Ia mempunyai nama yang sama jika ia berlaku pada jari kaki.

Apakah sebenarnya penyebab jari lebih ini?

polydactyly

Anda pasti ingin tahu apakah faktor yang menyebabkan berlakunya jari berlebihan ini. Kebanyakannya berlaku disebabkan oleh faktor genetik keluarga.Jika bukan disebabkan oleh genetik, ia mungkin terjadi disebabkan oleh perubahan gen bayi semasa berada di dalam janin. 

Bagaimana untuk mengesan jari lebih?

Sekiranya anda ke klinik atau hospital, doktor akan melakukan pengimejan X-ray untuk mendiagnosis polydactyly ini. Ini bertujuan untuk melihat struktur tulang pada bahagian tangan atau kaki yang terjejas.

Doktor juga akan bertanyakan soalan mengenai keluarga dan sejarah perubatan untuk mengenal pasti punca terjadinya polydactyly ini.

Selain itu, doktor juga mungkin akan menjalankan beberapa ujian termasuklah:

  • Kajian kromosom
  • Ujian enzim
  • Kajian metabolik

Bagi mereka yang memiliki polydactyly ini, anda tidak perlu gusar kerana ia tidak merisikokan kesihatan anda. Walau bagaimanapun, jika anda berasa kurang selesa dengan kehadiran jari berlebihan tersebut, anda boleh melakukan pembedahan kecil untuk membuangnya.

Jika tidak mahu membuangnya, anda merupakan salah seorang yang unik dalam dunia kerana memiliki jari tambahan yang tidak dimiliki oleh orang lain. Ketahuilah, anda memilki 11 jari atau lebih dan ia sememangnya sesuatu yang sangat rare!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.healthline.com/health/polydactyly#treatment

https://www.medicalnewstoday.com/articles/321607.php

Versi Terbaru

17/07/2020

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Selalu Sakit Tulang Punggung? Ini 9 Penyebabnya, Cek Sekarang!

Kerap Diserang Sakit Belakang Selepas Bangun Tidur? Pakar Kongsi Petua Atasinya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 17/07/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan