Postur badan yang betul mengurangkan tekanan atau beban berlebihan pada bahagian badan tertentu. Bebanan ini memberi kesan pada bentuk tubuh badan. Pernahkah anda terfikir postur apa yang terbaik untuk anak anda.
Punca postur badan yang tidak sihat
Untuk bayi dan anak kecil:
- Pelan pemakanan yang tidak sihat
- Kurang zat dan nutrisi
- Perkembangan yang tidak sesuai (berjalan atau berlari terlalu awal)
Untuk kanak-kanak sekolah dan remaja:
- Obesiti
- Tidak aktif atau gaya hidup yang sedentar
- Kurang bersenam
- Mengikut contoh yang tidak bagus. Kanak-kanak berusian 3-5 tahun lazimnya akan meniru orang sekeliling mereka termasuklah postur dan tingkah laku mereka. Jadinya, contoh postur yang tidak bagus akan diikuti oleh mereka.
- Berat beg sekolah yang terlalu membebankan. Berat beg sekolah yang disarankan adalah bawah daripada 30% berat kanak-kanak tersebut.
Bagaimana untuk menguruskan masalah postur anak anda
Beri mereka peluang untuk berkembang mengikut kadar mereka
Perkembangan kawalan otot leher dan belakang bayi adalah penting. Biarkan mereka mendapat keupayaan berjalan dan merangkak mengikut rentak dan kelajuan mereka sendiri. Pergerakan lain seperti mengangkat kepala, berguling, dan duduk juga penting. Setiap tahap perkembangan itu berhubung kait antara satu sama lain jadi kalau perkembangan itu terlalu laju, otot bahagian lain mungkin belum bersedia menyebabkan mereka membawa postur yang tidak sihat.
Berikan anak anda bahan dan alatan yang sesuai
Optimumkan alatan persekolahan dan pembelajaran mereka. Banyak dijual alatan seperti beg sandang, meja dan kerusi yang ergonomik untuk perkembangan mereka.
Galakan posture yang baik
1. Tetapkan postur piawaian
Untuk keadaan duduk
Bila mereka duduk, pastikan mereka mengikut peraturan ini:
- Pastikan bontot dan belakang mereka menyentuh kerusi
- Kekalkan postur bahu dan sandar kepada kerusi
- Sentuh lantai dengan kaki mereka dengan penuh
Untuk keadaan berdiri
- Pastikan kepala mereka memandang depan dan lurus
- Pastikan bahu dan telinga mereka separas
- Pastikan pelvis mereka sedikit ke dalam sambil bahu mereka bersandar
2. Hadkan masa untuk TV, permainan video atau komputer
Masa dengan gadjet tidak melebihi 20 minit dan had harian tidak lebih 2 jam sehari.
3. Galakkan mereka untuk bersenam
Bersenam membantu melegakan tegangan otot belakang dan bahagian bawah belakang. Galakkan mereka untuk melakukan tekan tubi dan regangan. Senaman lain yang membina kekuatan otot, imbangan dan keanjalan adalah digalakkan. Berikan sokongan untuk mereka menyertai sukan seperti bola sepak, bola jaring dan bola lisut. Yoga dan taichi adalah alternatif kepada sukan yang baik untuk diamalkan.
4. Pastikan mereka faham betapa pentingnya postur badan dan kesan tidak menjaga postur badan.
5. Bina pelan pemakanan yang kaya dengan zat dan nutrisi yang mencukupi.
Hello Health Group tidak memberi nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Baca juga:
- Mengajar Anak Anda Kebersihan Mulut
- Mengajar Anak Anda Untuk Makan Sendiri
- Mengajar Anak Anda Tindakan Sekiranya Bersama Orang Asing
[embed-health-tool-baby-poop-tool]