Perkembangan bayi
Perkembangan bayi dalam kandungan
Anda sekarang akan memasuki minggu keempat kehamilan. Bayi anda sekarang dalam saiz biji popi, iaitu lebih kurang 2 mm. Pada waktu ini bayi anda secara teknikalnya dipanggil embrio. Sewaktu fasa perkembangan ini, sel mula berkembang dalam semua organ penting bayi: otak, jantung, paru-paru, organ dalaman. Tangan dan kaki juga akan mula terbentuk. Untuk menyediakan perlindungan, amniotic sac dan yolk sac akan mula terbentuk di sekitar embrio. Yolk sac akan menyediakan darah dan membantu memberikan nutrien kepada embrio sehinggalah plasenta mengambil alih tugas tersebut. Bayi anda sekarang mempunyai 3 lapisan berbeza: bahagian dalam (endoderm), bahagian tengah (mesoderm) dan bahagian luar (ectoderm). Bahagian dalam akan membentuk sistem pencernaan, hati dan paru-paru sementara bahagian tengah akan membentuk jantung, organ kelamin, tulang, buah pinggang, dan otot. Bahagian luar akan bertukar menjadi sistem saraf, rambut, kulit dan kuku bayi anda.
Perubahan hidup & tubuh badan
Bagaimanakah perubahan badan saya?
Pada minggu ini embrio akan menempel pada uterus, atau dipanggil implantasi.
Setelah ditempel, janin akan menghasilkan hormon dipanggil human chorionic gonadotropin (HCG), yang membantu mengekalkan lapisan uterus dan juga menghantar isyarat kepada ovari supaya berhenti mengeluarkan telur setiap bulan, lantas menyebabkan haid bulanan anda terhenti. Sesetengah wanita mungkin mengalami sedikit kekejangan dan titisan darah sewaktu minggu ini semasa implantasi berlaku, dan mereka mungkin menyangkakan ini sebagai darah haid disebabkan waktu keluarnya pada sekitar waktu diramalkan haid.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen