backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Tiada Alat Pregnancy Test? Relaks, Ada 7 Cara Guna Bahan Dapur Boleh Anda Cuba, MUDAH!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 06/06/2023

    Tiada Alat Pregnancy Test? Relaks, Ada 7 Cara Guna Bahan Dapur Boleh Anda Cuba, MUDAH!

    Biasanya kit kehamilan atau pregnancy test akan digunakan untuk memeriksa anda hamil mahupun tidak. Tetapi tahukah anda sebenarnya terdapat cara nak tahu hamil tanpa pregnancy test?

    Baca selanjutnya untuk mengetahui cara guna pregnancy test dengan bahan semula jadi di rumah .

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    Cara guna pregnancy test semula jadi

    Bagi kebanyakan wanita, bergelar ibu adalah anugerah yang paling dinantikan. Tidak mengalami haid adalah tanda pertama yang menunjukkan anda mungkin berbadan dua.

    Sememangnya terdapat banyak kit kehamilan yang boleh dibeli di pasaran. Tetapi jangan terkejut kerana terdapat cara nak tahu hamil tanpa pregnancy test yang telah digunakan wanita terdahulu.

    Kebanyakan petua-petua ini dapat berfungsi dengan baik untuk mengesan tahap hCG – human chorionic gonadotropinhormon kehamilan dalam air kencing.

    Kelebihan menggunakan kaedah semula jadi ini adalah privasi anda sangat terjaga dengan mencubanya sendiri di rumah.

    cara nak tahu hamil tanpa pregnancy test

    Cara nak tahu hamil tanpa pregnancy test guna bahan rumah

    Setiap bahan yang digunakan untuk ujian kehamilan ini biasanya terdapat di rumah, secara tidak langsung ia akan memudahkan lagi kerja anda.

    Kebanyakan bahan dalam cara menggunakan alat ujian kehamilan disenaraikan di bawah adalah semula jadi dan yang paling penting selamat.

    Cuka 

    Cuka boleh membantu anda untuk menguji sama ada diri sedang mengandung atau tidak. Untuk melakukan ujian ini, anda memerlukan cuka putih.

    Caranya dengan mengambil dua sudu cuka dan letakkan ke dalam bekas plastik. Tambahkan air kencing dan campurkan dengan betul.

    Jika cuka berubah warna dan membentuk buih, anda hamil dan jika sebaliknya, masih belum ada rezeki. 

    Cara nak tahu hamil tanpa pregnancy test menggunakan sabun 

    Anda boleh menggunakan sebarang jenis sabun mandi untuk melakukan ujian ini.

    Letakkan sabun ke dalam bekas dan tuangkan air kencing anda ke atasnya. Jika muncul buih, tahniah, anda positif hamil!

    Baca juga:

    Gula 

    Cara test pregnant guna gula merupakan antara kaedah yang paling mudah dan kerap digunakan apabila tidak terdapat kit kehamilan saintifik.

    Letakkan satu sudu gula ke dalam mangkuk dan tambahkan satu sudu air kencing ke atasnya. 

    Kemudian, perhatikan bagaimana gula bertindak balas selepas anda menuang air kencing. Jika gula bergumpal bermakna anda mengandung. Sebaliknya jika gula menjadi cepat larut, bermakna anda masih belum hamil.

    Tindak balas gula bergumpal berlaku kerana hormon hCG yang terdapat dalam air kencing menghalang gula untuk larut.

    Garam 

    Ujian kehamilan ini sama seperti menggunakan gula. Langkah yang sama perlu dilakukan. Air kencing dan garam perlulah dicampur bersama.

    Sekiranya garam membentuk gumpalan putih seakan krim, ia bermakna hasil yang positif. Seandainya tiada kesan seperti itu, mungkin anda tidak hamil.

    Baking soda, antara cara nak tahu hamil tanpa pregnancy test

    Campurkan dua sudu baking soda dan tambahkan dua sudu air kencing ke dalam bekas. Perhatikan tindak balas yang berlaku. Jika ia berbuih, ini bererti anda hamil.

    Ubat gigi

    Bagi petua ini, ubat gigi yang hendak digunakan haruslah berwarna putih sahaja.

    Ambil dua sudu ubat gigi dan letakkan ke dalam bekas. Selepas itu, masukkan sampel air kencing anda. 

    Sekiranya ubat gigi berubah warna dan menjadi berbuih, ia adalah khabar gembira buat anda dan pasangan!

    cara nak tahu hamil tanpa pregnancy test

    Cara nak tahu hamil tanpa pregnancy test dengan bahan peluntur

    Penggunaan kaedah ini dipercayai memberikan hasil paling tepat dan cepat berbanding petua di atas yang lain.

    Dapatkan bekas bersih dan kumpulkan air kencing di dalamnya. Kemudian, tambahkan sedikit serbuk peluntur ke dalamnya dan gaulkan dengan betul bagi mengelakkan ketulan. Jika terbentuk buih atau fizz, bermakna anda hamil.

    Tip keberkesanannya

    Sekiranya anda mencuba salah satu ujian di atas dan mendapat hasil positif, amat disarankan untuk melakukan kaedah lain bagi mendapatkan lebih kepastian mengenai keputusannya.

    Jika cara lain yang dicuba turut memberikan hasil positif, pastikan anda melakukan pemeriksaan doktor secepat mungkin.

    Petua tingkatkan ketepatan hasil ujian kehamilan di rumah

    • Gunakan air kencing pertama pada hari tersebut kerana ia mempunyai tahap hCG yang pekat
    • Pastikan anda menggunakan bekas plastik yang bersih untuk mengumpul air kencing
    • Dapatkan jumlah air kencing yang mencukupi untuk memberikan hasil lebih tepat
    • Tunggu selama 5-10 minit untuk tindak balas berlaku

    cara nak tahu hamil tanpa pregnancy test

    Cara nak tahu hamil tanpa pregnancy test, disokong secara saintifik?

    Walaupun kaedah yang dikongsikan di atas telah digunakan secara turun-temurun, pun begitu masih tiada bukti saintifik untuk menyokongnya. Hasil keputusan positif itu mungkin adalah secara kebetulan semata-mata.

    Cara guna pregnancy test semula jadi di rumah ini tidak salah untuk dicuba. Tetapi untuk mendapatkan lebih kepastian, pastikan anda menggunakan juga kit kehamilan yang dijual di pasaran atau melakukan ujian di klinik.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 06/06/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan