Bayi anda sekarang berada di minggu ke-37 dan membesar dengan cepat. Dengan kepanjangan 48 cm daripada kepala ke lutut dan berat sekitar 2.85 kg, anda boleh membandingkannya dengan saiz seikat sawi cina.

Pada waktu ini, bayi anda sudah mempunyai koordinasi tubuh yang baik yang membolehkannya mengenggam tangan. Jika perut anda didedahkan kepada cahaya yang terang, bayi anda mungkin akan memandang ke arahnya dari dalam uterus. Bayi anda masih memerlukan beberapa minggu untuk matang. Jika anda merancang untuk menjalani pembedahan Caesarean, adalah lebih baik untuk menjadualkan pembedahan selepas minggu ke-39.
Semakin dekat anda dengan tarikh kelahiran, anda akan mula merasai kontraksi Braxton Hicks, atau kontraksi palsu yang mungkin sedang anda alami sekarang. Ini adalah normal, anda tidak patut risau dan hanya perlu mengawasi jika kontraksi menjadi lebih seragam. Ia mungkin berlaku lebih lama dan menyebabkan anda merasa tidak selesa.
Anda mungkin lebih sukar tidur pada waktu ini. Jika boleh, dapatkan waktu tidur sebentar di siang hari. Ini akan membantu anda mengekalkan tenaga. Anda bukan sahaja sukar tidur, malah mungkin akan bermimpi ngeri. Ini adalah normal. Hidup anda bakal berubah dengan dramatik. Kerisauan tentang apa yang bakal berlaku sewaktu kelahiran dan menjadi seorang ibu boleh menyebabkan mimpi yang meresahkan.
Dengan segala perubahan pada badan anda, pastikan anda tetap mengawasi pergerakan bayi. Maklumkan doktor jika anda menyedari pergerakan berkurang. Bayi anda sedang mengambil semua ruang dalam uterus yang boleh membuatkannya susah untuk menggerakkan kaki. Tapi, anda masih boleh merasai pergerakan menggeliat, berpusing dan pergerakan kecil.
Sewaktu bulan terakhir kehamilan, anda patut memberikan perhatian lebih kepada sebarang tanda amaran dan mengetahui tanda kelahiran. Hubungi doktor anda dengan segera jika anda mengalami simptom berikut:
Anda patut memaklumkan doktor akan sebarang tanda prakelahiran atau kebimbangan anda tentang proses kelahiran. Tekanan perasaan boleh menyukarkan proses kelahiran. Bincangkan dengan doktor tentang kebimbangan anda. Doktor mungkin mencadangkan senaman untuk menangani stres yang dapat anda lakukan dengan pasangan anda.
Semakin dekat anda dengan tarikh kelahiran, doktor anda mungkin akan melakukan pemeriksaan pelvis dengan kerap untuk menentukan posisi bayi dalam uterus untuk persediaan kelahiran: sama ada kepala dahulu, kaki dahulu atau punggung dahulu. Kebanyakan bayi berada dalam posisi kepala dahulu pada akhir waktu kehamilan. Dalam posisi kepala menghadap ke hadapan, bayi anda dapat muat dengan baik ke dalam pelvis. Sewaktu pemeriksaaan pelvis, doktor anda juga akan melakukan pemeriksaan serviks untuk memeriksa sama ada serviks anda telah terbuka atau menipis dan melembut. Maklumat ini akan diterjemahkan dalam bentuk nombor dan peratus.
Anda patut tahu bahawa minggu terakhir kehamilan ini sama pentingnya dengan minggu-minggu awal kehamilan. Bayi anda memerlukan minggu-minggu ini untuk tumbesaran yang matang. Kajian terbaru menunjukkan bahawa minggu ke-37 tidak lagi dianggap sebagai cukup bulan tapi masih dianggap pramasa. Ini bermakna masih terlalu awal untuk merancang tarikh pembedahan Caesarean anda.
Jika anda bakal melahirkan secara normal, cara yang paling bagus untuk kekal sihat adalah dengan senaman pernafasan dan senaman Kegel. Ini dapat membuatkan anda bersedia untuk hari kelahiran tersebut.
Bagaimanakah tumbesaran bayi anda di minggu hadapan?
Hello Health Group tidak memberikan sebarang khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Poppy seed to pumpkin: How big is your baby? http://www.babycenter.com/slideshow-baby-size. Accessed March 30, 2015.
Pregnancy calendar week 37. http://kidshealth.org/parent/pregnancy_center/pregnancy_calendar/week37.html. Accessed March 30, 2015.
Your pregnancy: 37 weeks. http://www.babycenter.com/6_your-pregnancy-37-weeks_1126.bc . Accessed March 30, 2015.
Versi Terbaru
02/12/2019
Ditulis oleh Helma Hassan
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Diperbaharui oleh: Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor