Perkembangan bayi
Perkembangan bayi dalam kandungan
Bayi anda sekarang mempunyai saiz sebesar labu dengan kepanjangan 27.9 cm daripada kepala ke kaki dan berat 453 g. Anak anda sudah mula kelihatan seperti bayi dengan bibir, lekuk mata dan kening sudah semakin jelas.
Deria anak anda yang diperlukan untuk mengenal dunia semakin membesar setiap hari. Tunas rasa telah mula terbentuk pada lidah. Bayi kini boleh merasa sentuhan dengan mengusap muka atau menghisap ibu jari, serta merasa bahagian badan yang lain dan melihat cara mereka bergerak.
Organ-organ pembiakan bayi terus berkembang. Pada bayi lelaki, testis telah mula turun, sementara bagi bayi perempuan, rahim dan ovari telah masuk ke tempatnya dan faraj baru mula terbentuk.
Perubahan hidup & tubuh badan
Bagaimanakah perubahan badan saya?
Jika anda masih belum berasa apa-apa, anda tidak lama lagi akan melihat rahim anda mengalami kontraksi yang tidak normal, tanpa rasa sakit yang dikenali sebagai Braxton Hicks. Anda boleh merasai kontraksi yang berlaku pada perut. Jangan bimbang kerana ini tidak memberi kesan kepada bayi anda. Walau bagaimanapun, jika kontraksi menjadi lebih menyakitkan, atau lebih kerap, sila hubungi doktor anda dengan segera kerana ini mungkin tanda kelahiran pramasa.
Apakah yang perlu saya beri perhatian?
Pada masa ini, selain daripada perut anda yang membesar, kaki anda akan menjadi sangat janggal dan kekok. Rasa kekok berjalan semasa mengandung disebabkan oleh kelonggaran sendi dan ligamen atau pembendungan cecair. Kedua-dua faktor ini boleh mempengaruhi keupayaan anda berjalan. Faktor-faktor lain termasuk kurang tumpuan kerana anda mempunyai amnesia semasa mengandung dan kurang fleksibel akibat sindrom carpal tunnel.
Pertemuan dengan doktor
Apa yang harus saya maklumkan pada doktor?
Apabila anda hamil, lendiran pada seluar dalam anda sering berwarna merah jambu atau jaluran merah. Anda akan menemui sedikit darah dalam bulan ke-6 dan seterusnya adalah situasi yang normal. Ia kebiasaanya disebabkan oleh serviks menjadi sensitif kerana ujian yang dilakukan atau hubungan kelamin, atau kadangkala diaktifkan oleh sebab-sebab yang tidak diketahui.
Walau bagaimanapun, maklumkan doktor anda tentang sebarang kesan pendarahan atau jika anda mengesan darah, kerana dikhuatiri ia petanda sesuatu yang lebih serius berlaku. Jika anda mengalami pendarahan yang banyak atau jika kesan darah berlaku dengan rasa sakit atau rasa tidak selesa, hubungi doktor anda dengan segera. Doktor anda akan melaksanakan ultrabunyi untuk mengenal pasti sebarang masalah perubatan.
Apakah ujian yang perlu saya tahu?
Mulai sekarang, anda akan terbiasa menemui doktor. Anda boleh menjangkakan bahawa doktor akan memeriksa beberapa perkara tersebut, bergantung kepada keperluan:
- Ukuran berat badan dan tekanan darah;
- Ujian air kencing untuk glukos dan protein;
- Pemeriksaan degupan jantung janin;
- Ukur saiz rahim melalui pemeriksaan luar untuk membandingkan dengan waktu kelahiran;
- Ketinggian kedudukan bawah (bahagian atas rahim);
- Pemeriksaan bengkak tangan dan kaki, pemeriksaan vena varikos pada kaki;
- Simptom atau tanda yang tidak normal;
- Sediakan senarai soalan atau isu yang anda mahu bincangkan dengan doktor anda.
Kesihatan & keselamatan
Apakah yang perlu saya tahu untuk kesihatan dan keselamatan semasa hamil?
Adakah elok untuk memakan madu semasa hamil? Tidak ada teori yang mengatakan bahawa anda tidak boleh makan madu semasa mengandung. Spora dalam madu tidak akan memberi kesan kepada janin, maka makanlah. Bagaimanapun, terdapat teori keracunan yang berpunca daripada Clostridium botulinum. Elakkan makan madu mentah kerana ia tidak dipasteur.
Ibu hamil tidak boleh makan sebarang makanan yang tidak dipasteur kerana ia mungkin mengandungi organisma patogenik.
Gambaran Janin Minggu ke-22
Jadi bagaimanakah pertumbuhan janin anda pada minggu hadapan?
Hello Health Group tidak menawarkan sebarang khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.
[embed-health-tool-pregnancy-weight-gain]