backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Urutan Boleh Hilangkan Lenguh Kaki Masa Hamil, Tapi Hati-hati Dengan Risiko Ini!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 10/12/2022

    Urutan Boleh Hilangkan Lenguh Kaki Masa Hamil, Tapi Hati-hati Dengan Risiko Ini!

    Kaki bengkak semasa mengandung keadaan normal untuk terjadi disebabkan perubahan fizikal yang dialami. Tetapi selamat ke jika ingin urut kaki ketika hamil?

    Untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai urutan kaki ketika hamil, teruskan membaca perkongsian artikel ini.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    Selamat ke urut kaki ketika hamil?

    Mendapatkan urutan saat kaki sedang bengkak ditambah dengan rasa lenguh disebabkan bebanan yang semakin bertambah pastinya mengujakan. Tetapi adakah mengurut kaki selamat dilakukan semasa tempoh kehamilan?

    Umumnya terdapat kebimbangan untuk wanita hamil mengalami pembekuan darah pada kaki. Perubahan aliran darah menyebabkan anda lebih berisiko mengalaminya semasa mengandung.

    Jika terdapat bintik-bintik merah, bengkak atau bahagian bawah kaki berasa lebih panas, jangan mengurut, sebaliknya lakukan pemeriksaan doktor dengan segera.

    Sekiranya ibu hamil mempunyai sejarah mengalami masalah darah beku, pastikan anda berunding dengan doktor sebelum mengurut pada mana-mana bahagian bawah badan.

    Jika doktor memberi keizinan untuk berurut, terdapat beberapa pilihan boleh dibuat dengan tahap keselamatan yang berbeza-beza, seperti:

    Urutan kaki pedicure 

    Urut kaki sambil merias kuku jari kaki – 2 dalam 1 – bukankah ia akan menjimatkan masa dan tenaga?

    Namun malangnya, urutan ketika hamil di salon kuku bukanlah pilihan yang baik. Ini kerana individu yang merias kuku ini biasanya tidak dilatih bagi melakukan urutan kehamilan.

    Jadi sebagai langkah berjaga-jaga, sebaiknya anda elakkan sebarang urutan kaki semasa pedicure.

    Tukang urut

    Pilihan terbaik semestinya urutan daripada ahli terapi urut atau refleksologi berdaftar yang mempunyai pengetahuan dan latihan dalam urutan pranatal.

    Mereka mengetahui perkara yang selamat dan urutan sesuai untuk kaki anda yang membengkak dan lenguh itu.

    Urut kaki ketika hamil di rumah

    urut kaki ketika hamil

    Sekiranya terasa ingin diurut kaki, apa kata minta pasangan untuk memanjakan anda? 

    Paling penting, elakkan mana-mana bahagian yang boleh menyebabkan kesakitan. Pastikan juga anda berada di dalam posisi duduk yang selesa semasa mengurut, tetapi hindari berbaring secara terlentang.

    Jika ketika urutan dilakukan anda berasa tidak selesa, kekejangan atau masalah lain, hentikan sesi mengurut.

    Manfaat urut kaki ketika hamil

    Berikut beberapa faedah urutan kaki:

    • Semasa mengandung, terapi urutan termasuklah urut tapak kaki ketika hamil, dipercayai dapat mengurangkan hormon berkaitan dengan kemurungan, kegelisahan dan perubahan mood swings, termasuk kortisol dan norepinephrine. Ini sekali gus meningkatkan hormon baik seperti dopamin dan serotonin 
    • Penurunan kortisol juga mengurangkan tekanan dalam badan, menjadikan bakal ibu lebih bertenang
    • Urutan kaki sebagai tambahan kepada refleksologi boleh mengurangkan masalah sakit pinggang dan sakit pelvis semasa mengandung
    • Kesan urut kaki ketika hamil serta refleksologi dilihat membantu meningkatkan kualiti tidur
    • Terapi urutan juga mempunyai manfaat semasa proses kelahiran bayi. Dipercayai wanita yang diurut memerlukan masa bersalin dapat dikurangkan hingga 3 jam dan hanya memerlukan sedikit ubat secara puratanya
    • Faedah mengurut juga berpanjangan sehingga selepas bersalin – di mana tahap kemurungan dan hormon kortisol adalah lebih rendah
    • Mengurut juga mendatangkan kebaikan kepada si kecil. Bayi baru lahir oleh ibu yang diurut kurang berkemungkinan dilahirkan pramatang dan mempunyai berat lahir rendah. Mereka juga menunjukkan tahap kortisol lebih rendah, di mana bayi nanti akan lebih tenang (kurang meragam)

    Baca juga:

    Risiko mengurut ketika hamil

    Menurut American Pregnancy Association, terapi urutan boleh dimulakan pada mana-mana trimester kehamilan. Namun wujud risiko tertentu urutan kaki semasa mengandung, antaranya:

    Trimester pertama

    Terdapat risiko keguguran yang lebih tinggi semasa trimester pertama dan peningkatan aliran darah daripada sesi mengurut boleh menyebabkan kemudaratan. 

    Kebanyakan ahli terapi urutan pranatal menyarankan untuk berurut hanya apabila usia kandungan memasuki trimester kedua.

    urut kaki ketika hamil

    Urut kaki ketika hamil boleh merangsang kelahiran

    Jangan terkejut kerana titik tekanan tertentu pada kaki boleh mencetuskan pengecutan rahim dan mendorong kelahiran bayi – punca kelahiran pramatang

    Jadi anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar sakit puan sebelum memulakan sebarang terapi urutan.

    Trombosis urat dalam

    Dikenali sebagai deep vein thrombosis (DVT), secara amnya adalah pembentukan darah beku. Keadaan ini boleh mengakibatkan kaki membengkak teruk bersama tahap kesakitan tinggi.

    Dalam kes ini, urutan kaki ketika hamil boleh mengancam nyawa kerana sebarang tekanan pada urat boleh menyebabkan darah beku masuk ke sistem peredaran darah. Jika ia sampai ke paru-paru, darah beku ini boleh menyekat aliran darah dan mengembangkan pelbagai komplikasi termasuk embolisme pulmonari.

    Keadaan perubatan tertentu

    Wanita hamil dengan masalah tekanan darah tinggi, berisiko berdepan komplikasi kehamilan seperti preeklampsia, baru mengalami kecederaan atau menjalani pembedahan, perlu berjumpa doktor sebelum melakukan urutan kaki.

    Ini kerana urutan merangsang sistem peredaran darah yang boleh mengubah aliran darah dalam badan dan menjejaskan masalah kesihatan tersebut.

    urut kaki ketika hamil

    Tip urutan kaki yang selamat ketika hamil

    • Sentiasa berada dalam posisi duduk santai
    • Gunakan losyen atau minyak urut bagi mengurangkan geseran kaki
    • Mulakan dengan ‘melonggarkan’ buku lali dengan gerakan perlahan
    • Jari kaki dan tumit juga perlu diurut lembut
    • Pastikan kekal terhidrat dengan minum banyak air sebelum dan selepas urutan

    Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai urut kaki ketika hamil, berundinglah dengan doktor untuk kepastian.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 10/12/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan