Dianggarkan setiap 2 minit, seorang wanita mati akibat komplikasi berkaitan proses mengandung dan kelahiran. Salah satu daripada sebab kematian ini adalah pendarahan pasca-bersalin. Ianya adalah keadaan di mana berlakunya kehilangan darah yang banyak melalui laluan peranakan ibu tersebut dan ia lazimnya disebabkan oleh uri tersekat di dalam rahim.
Apa itu Uri Tersekat?
Terdapat 3 fasa utama dalam prosesk bersalin dan pengeluaran uri berlaku pada fasa terkahir apabila rahim mula mengecut, menolak keluar uri.
Apabila uri tersebut tidak berjaya dikeluarkan 30 hingga 60 minit pasca kelahiran bayi, mengikut kaedah bersalin tertentu, ianya dikira sebagai kes uri tersekat.
Kesan daripada uri tersekat ini adalah pendarahan yang berpanjangan dan pendarahan melalui faraj yang berlarutan, menjadikan ia satu keadaan yang mengancam nyawa.
Punca Uri Tersekat
Jika seorang wanita itu mengalami uri tersekat, puncanya boleh disebabkan mana-mana daripada 3 keadaan ini:
- Kehilangan Tona Rahim: Uri tidak mampu ditolak keluar akibat tona rahim yang lemah hinggakan ianya tidak mengecut.
- Uri Terperangkap: Walaupun uri tidak lagi melekat pada dinding rahim, laluan keluarnya terhalang akibat pangkal rahim yang sedikit tertutup.
- Uri Melekat: Uri tersebut sudah melekat dengan lapisan dalaman dinding rahim, menyebabkan ianya tidak boleh ditanggalkan melalui kecutan rahim yang normal. Keadaan ini boleh disebabkan oleh mana-mana 3 jenis keadaan – placenta accreta, placenta increta, dan placenta percreta.
Faktor-Faktor Risiko Untuk plasenta tersekat
Sesetengah wanita terdedah kepada risiko yang lebih tinggi untuk mendapat uri tersekat berbanding wanita lain. Mereka adalah:
- Wanita berusia 30 tahun dan ke atas
- Wanita yang pernah melalui fasa pertama dan kedua proses kelahiran yang mengambil masa yang lebih lama berbanding biasa.
- Wanita yang berdepan dengan kelahiran pramatang atau melahirkan bayi yang sudah mati
- Wanita yang pernah melahirkan anak melalui kaedah pembedahan (Caesarean Section)
- Wanita yang mengalami placenta previa (keadaan di mana uri itu berada di bahagian bawah rahim yang boleh menutup pangkal rahim sepenuhnya atau separa)
Rawatan Untuk plasenta tersekat:
Suntikan untuk menggalakakan kecutan rahim mungkin diberi sekiranya disyaki ada masalah untuk rahim mengecut.
Sekiranya masih tidak keluar, pilihan lain adalah untuk mengeluarkan uri secara manual (tangan) sambil pesakit diberi ubat bius.
Untuk mengelakkan daripada penyakit keradangan pelvis dan untuk mengawal kecutan, ibu akan diberikan antibiotik melalui saluran intravena selepas proses pengeluaran uri.
Simptom plasenta tersekat Pasca-Kelahiran:
Boleh berlaku di mana terdapat juga pecahan uri kecil yang masih tersekat dalam rahim ibu selepas proses pengeluaran uri selesai.
Berikut adalah simptom-simptom uri tersekat yang boleh berlaku:
- Demam
- Sakit di bahagian perut mirip kecutan
- Pendarahan melalui faraj
- Pengeluaran cecair dari faraj yang tidak normal
- Kurangnya susu badan
[embed-health-tool-due-date]