Kaum Adam juga tidak boleh lari dari masalah kesuburan sama seperti wanita.
Disebabkan itu, mereka juga perlu mengambil perubatan untuk merawatnya.
Pun begitu, sila hati-hati kerana ia mungkin boleh mendatangkan kesan sampingan!
Bila ubat kesuburan lelaki diperlukan?
Dalam kebanyakan keadaan ketidaksuburan lelaki, hanya hipogonadisme sekunder yang boleh dirawat dengan ubat.
Kira-kira 2 peratus kes ketidaksuburan dalam kalangan lelaki adalah hipogonadisme sekunder.
Sama seperti wanita, lelaki memerlukan tahap hormon yang seimbang untuk penghasilan sperma yang sihat.
Dalam hipogonadisme sekunder, hipotalamus atau kelenjar pituitari lelaki tidak berfungsi dengan baik seperti yang diminta, menyebabkan perubahan hormon yang menjejaskan pengeluaran normal testosteron dan sperma.
Oleh itu, hipogonadisme sekunder membawa kepada kiraan sperma rendah atau tiada sperma dalam air mani lelaki.
Salah satu kelemahan dalam merawat ketidaksuburan lelaki dengan ubat adalah perubatan tersebut tidak berjalan dengan berkesan seperti rawatan untuk wanita.
Selain itu, banyak ubat yang dikatakan boleh merawat ketidaksuburan lelaki sebenarnya adalah tidak diluluskan oleh FDA.
Bagaimana ubat kesuburan lelaki berfungsi?
Memandangkan hormon yang mengawal pembiakan adalah sama untuk lelaki dan wanita, ubat kesuburan dengan kemampuan untuk merangsang ovulasi juga berfungsi untuk memperbaiki penghasilan sperma.
Ubat yang biasa dipreskripsi untuk tujuan tersebut termasuklah clomiphene citrate, human chorionic gonadotropin (hCG), dan human menopausal gonadotropin (hMG).
Clomiphene merangsang kelenjar pituitari untuk membebaskan hormon yang memerintahkan testikel untuk menghasilkan lebih banyak testosteron dan sperma.
Begitu juga, HCG mengarahkan buah zakar untuk menghasilkan testosteron dan sperma.
Kadangkala, rawatan perubatan digabungkan dengan rawatan ART, yang termasuk perubahan dalam gaya hidup, surgeri, dan bantuan teknologi reproduktif.
Peluang meningkatkan kesuburan lelaki jika mengambil ubat
Lima belas juta sperma setiap mililiter air mani adalah dianggap kiraan sperma yang normal.
Jika lelaki gagal untuk mencapai tahap ini, dia dipercayai mempunyai kiraan sperma rendah.
Sementara itu, ubat kesuburan kadangkala meningkatkan penghasilan sperma, meningkatkan kiraan sperma lelaki menghampiri tahap standard yang dinyatakan.
Walau bagaimanapun, kejayaannya adalah tidak dapat dijamin.
Berikut adalah fungsi setiap ubat kesuburan lelaki: Clomiphene
Pakar menjalankan kajian tentang kesan penggunaan clomiphene, bagaimanapun, bilangan kajian adalah terhad dan hasilnya tidak cukup terang untuk dijadikan kesimpulan.
Sementara beberapa kajian lain menunjukkan sedikit peningkatan bagi pengamal ubat, serta yang lain tiada mendapat manfaatnya.
Selalunya, doktor tidak akan menyarankan pengambilan clomiphene.
Namun, disebabkan ianya mudah, selamat, dan harganya rendah, clomiphene kadangkala akan dipreskripsi.
Gonadotropins
Gonadotropins hCG dan hMG mempunyai manfaat yang jelas dan komen positif daripada pakar tentang kesannya dalam merawat hipogonadisme sekunder.
Ia mengambil masa yang agak panjang untuk melihat kesannya. 90% pengguna merasa beberapa perubahan dalam penghasilan sperma mereka.
Kajian menunjukkan bahawa dalam 7 bulan pengambilan Gonadotropins hCG dan hMG, lelaki yang tergolong dalam hipogonadisme sekunder dan azoospermia (tiada langsung sperma) mula ada sperma dalam air mani mereka.
Dan, ia mengambil masa kira-kira 28 bulan untuk mereka berjaya mengandungkan pasangan.
Apakah kesan sampingan pengambilannya?
Bagi lelaki, kesan sampingan Clomiphene bukanlah teruk, termasuklah:
- Loya
- Sakit kepala
- Perubahan dalam penglihatan
- Kenaikan berat badan
- Perubahan nafsu seks
- Pening
- Payudara membesar
Kesan sampingan pengambilan Gonadotropins boleh jadi:
- Sakit pada bahagian suntikan
- Payudara membesar
- Jerawat
- Perubahan nafsu seks
Tidak salah untuk ambil dan guna ubat kesuburan lelaki ini namun sila lebih berwaspada untuk elak kesan sampingannya.
Jumpa doktor untuk mendapatkan konsultasi terlebih dahulu okay!
[embed-health-tool-due-date]