Bagi anda yang perlu menggugurkan kandungan di atas masalah kesihatan, pengambilan ubat gugur dikatakan penyelesaian terbaik. Teruskan membaca perkongsian artikel ini untuk penjelasan lebih lanjut mengenainya!
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group
Bagi anda yang perlu menggugurkan kandungan di atas masalah kesihatan, pengambilan ubat gugur dikatakan penyelesaian terbaik. Teruskan membaca perkongsian artikel ini untuk penjelasan lebih lanjut mengenainya!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Pengguguran perubatan atau menggugurkan kandungan menggunakan ubat gugur yang dilakukan dalam 9 minggu pertama kehamilan mempunyai risiko komplikasi yang sangat rendah.
Risikonya sama seperti ketika seorang wanita keguguran secara semula jadi. Risiko yang mungkin dihadapi boleh dirawat oleh doktor dengan mudah.
Daripada setiap 100 wanita yang melakukan pengguguran perubatan, 2 atau 3 wanita perlu bertemu doktor atau ke rawatan kecemasan atau hospital untuk menerima rawatan perubatan lanjut.
Di negara dengan kelahiran selamat, 1 dalam setiap 10,000 wanita meninggal semasa melahirkan anak.
Sedangkan kurang daripada 1 dalam setiap 100,000 wanita yang menggunakan pengguguran perubatan meninggal.
Ini menjadikan pengguguran perubatan lebih selamat daripada melahirkan anak dan selamat seperti keguguran yang berlaku secara semula jadi.
Ini bermakna pengguguran yang selamat boleh dilakukan dengan Mifepristone dan Misoprostol.
“Pil gugur atau pengguguran” adalah nama popular untuk 2 ubatan yang digunakan untuk mengakhiri kehamilan – mifepristone dan misoprostol.
Secara umum, ia boleh digunakan sehingga 70 hari (10 minggu) – selepas hari pertama haid terakhir wanita tersebut.
Wanita yang memerlukan pengguguran sewaktu usia kehamilan lebih daripada 10 minggu perlu menjalani pengguguran dalam klinik.
Anda boleh merasa yakin kerana pengguguran perubatan dengan pil pengguguran sangat berkesan.
Anda akan menjalani pemeriksaan lanjut dengan jururawat atau doktor anda selepas pengguguran anda untuk memastikannya berkesan.
Sekiranya ia tidak berkesan, anda mungkin perlu mengambil satu lagi dos ubat atau menjalani pengguguran dalam klinik untuk mengakhiri kehamilan.
Adalah biasa bagi wanita untuk merasa gugup tentang pengguguran perubatan atau sebarang prosedur perubatan lain. Anda mungkin akan berasa lebih baik jika anda tahu apa yang bakal berlaku.
Pakar kesihatan anda akan bercakap dengan anda dan menjawab soalan anda.
Berikut merupakan gambaran umum bagaimana ia berfungsi dan apa yang akan berlaku.
Sebelum mengambil ubat gugur atau pil pengguguran ini, anda perlu:
Anda juga akan diberikan panduan perubatan, arahan, dan maklumat lain untuk dibawa pulang dengan anda, termasuk nombor telefon yang boleh dihubungi pada bila-bila masa jika anda mempunyai sebarang soalan atau kebimbangan.
Pengguguran perubatan adalah proses yang bermula sebaik sahaja mengambil pil pertama.
Terdapat tiga langkah:
Pakar kesihatan anda akan memberi ubat pertama di klinik. Anda juga akan diberikan beberapa antibiotik.
Mifepristone berfungsi dengan menghalang hormon progesteron. Tanpa progesteron, lapisan rahim akan terjejas, dan kehamilan tidak dapat diteruskan.
Anda akan mengambil ubat kedua – misoprostol. Ia menyebabkan rahim dikosongkan.
Anda akan mengambil ubat kedua 24-48 jam selepas mengambil mifepristone. Pakar kesihatan anda akan memberi arahan tentang bagaimana dan bila waktu untuk mengambil ubat kedua.
Ubat kedua – misoprostol – akan menyebabkan anda mengalami kekejangan dan mula berdarah banyak. Sesetengah wanita mungkin mula berdarah sebelum mengambil ubat kedua.
Tetapi bagi kebanyakan, pendarahan dan kekejangan bermula selepas mengambil pil kedua. Ia biasanya berlangsung beberapa jam. Anda mungkin melihat gumpalan darah atau tisu yang besar sewaktu keguguran.
Lebih separuh daripada wanita mengalami keguguran dalam masa empat atau lima jam selepas mengambil ubat gugur kedua. Bagi yang lain, ia mengambil masa yang lebih lama.
Kebanyakan wanita mengalami keguguran dalam masa beberapa hari.
Adalah normal untuk mengalami pendarahan atau tompokan darah selama empat minggu selepas pengguguran. Hanya gunakan pad untuk pendarahan selepas pengguguran.
Bagi kebanyakan wanita, pengguguran perubatan adalah seperti keguguran sewaktu awal kehamilan. Adalah normal bagi anda untuk mengalami pendarahan dan kekejangan.
Anda mungkin juga mengalami:
Acetaminophen (seperti Tylenol) atau ibuprofen (seperti Advil) boleh mengurangkan kebanyakan simptom ini. Jangan mengambil aspirin.
Anda mungkin akan berasa lebih selesa jika anda mempunyai orang yang tersayang bersama anda sewaktu tempoh keguguran.
Anda perlu menjalani pemeriksaan lanjut dalam masa 1-2 minggu. Pemeriksaan lanjut adalah penting untuk memastikan pengguguran anda selesai dan anda dalam keadaan baik.
Anda perlu menjalani ujian ultrabunyi atau ujian darah.
Walaupun jarang berlaku tetapi sekiranya anda didapati masih mengandung, pakar kesihatan anda akan membincangkan keputusan yang perlu anda pilih.
Jika disebabkan ubat tidak berkesan, anda mungkin memerlukan satu lagi dos ubat atau menjalani pengguguran dalam klinik untuk mengakhiri kehamilan.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen