backup og meta

Najis Ibu Hamil Boleh Bertukar Kepada Warna Hijau? Ini Antara 6 Punca Ia Berlaku!

Najis Ibu Hamil Boleh Bertukar Kepada Warna Hijau? Ini Antara 6 Punca Ia Berlaku!

Najis hijau – Bukan sesuatu yang lazim berlaku pada mana-mana individu namun ia boleh berlaku kepada ibu hamil.

Sebenarnya, mungkin terdapat beberapa sebab kenapa boleh terjadi najis warna hijau ketika mengandung

Sebahagian daripada punca masalah tersebut tidak mempunyai sangkut paut dengan kehamilan. Apakah ia?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

#1. Pengambilan suplemen zat besi  

Oleh sebab ibu hamil berisiko untuk mendapat masalah kurang darah (anemia), mereka digalakkan untuk mengambil suplemen pranatal.

Ia mengandungi pelbagai jenis mineral penting termasuklah zat besi.

Zat besi boleh membantu ibu untuk menghasilkan lebih banyak sel darah merah untuk memenuhi peningkatan keperluan semasa hamil.

Mineral tersebut berupaya untuk membuatkan ibu hamil mengeluarkan najis hijau.

Walau bagaimanapun, jika najis anda bertukar hitam, anda digalakkan untuk berjumpa doktor memandangkan pendarahan dalaman juga boleh menyebabkan masalah tersebut.

najis hijau

#2. Perubahan hormon ketika hamil 

Hormon kehamilan seperti progesteron boleh menyebabkan aktiviti sistem pencernaan anda menjadi perlahan.

Perkara ini memungkinkan ibu mengalami masalah sembelit dan kekembungan.

Apa yang mungkin anda tidak tahu adalah, terdapat hormon yang boleh mempercepatkan aktiviti sistem penghadaman ibu hamil.

Ia mungkin tidak menyebabkan masalah cirit-birit ketika hamil, namun boleh membuatkan najis hijau.

Warna semula jadi najis, iaitu coklat sebenarnya merupakan hasil daripada aktiviti bakteria baik di dalam usus besar.

Salah satu daripada produk buangan adalah biliverdin, pigmen hempedu berwarna hijau yang telah melalui proses pengoksidaan.

Apabila ia tiba di usus besar, pigmen tersebut akan diproses oleh bakteria usus kepada sterkobilin yang berwarna coklat.

Namun, jika sistem pencernaan anda menjadi cepat, proses pertukaran tersebut tidak akan berlaku.

Maka tinja anda akan berwarna hijau kekuningan memandangkan ia mengandungi campuran pigmen hempedu (kuning) dan biliverdin.

#3. Najis hijau: penyakit batu hempedu

Apabila terdapat batu di dalam organ hempedu anda, jus pencernaan tidak boleh keluar ke usus kecil untuk menghadam makanan.

Oleh sebab jus hempedu merupakan salah satu daripada komponen penting yang menjadikan najis berwarna coklat, tanpanya, najis anda kelihatan pudar, kelabu dan kadangkala kehijauan.

Terdapat beberapa jenis batu hempedu dan salah satu daripadanya diperbuat daripada kolesterol.

Jus pencernaan yang terkandung di dalam hempedu kebiasaannya mampu untuk melarutkan kolesterol.

Namun, jika kepekatan kolesterol anda terlalu tinggi, ia boleh menyebabkan berlakunya proses pembentukan kristal.

Kristal tersebut merupakan batu kolesterol yang boleh menyekat jus hempedu daripada keluar untuk mencerna makanan.

Ketika wanita itu sedang hamil, perubahan hormon menyebabkan peningkatan pada jumlah kolesterol dalam badan untuk sementara waktu.

najis hijau

Oleh sebab itulah kadangkala mereka boleh mendapat masalah najis hijau.

Namun usah risau, dalam kebanyakan kes batu hempedu tersebut akan larut dengan sendirinya tanpa menyebabkan apa-apa simptom.

#4. Pewarna hijau pada bahan makanan

Jika anda pernah makan suplemen yang mengandungi spirulina (alga), masalah najis hijau dengan tona warna sedikit pekat mungkin akan berlaku.

Begitu juga dengan pewarna makanan yang lain. Jika anda pernah minum air berkarbonat yang tinggi pewarna hijau atau kek dengan frosting hijau, perkara yang sama boleh berlaku.

Pewarna tersebut tidak dicernakan secara total jika dibandingkan dengan makanan yang diambil.

Ini bermakna, sebahagian daripadanya akan keluar melalui najis dengan warna yang sama.

#5. Makanan yang sarat dengan serat 

Manusia tidak boleh mencerna serat. Kita tidak mempunyai enzim yang bertanggungjawab untuk menjalankan proses fisiologi tersebut.

Namun begitu, pengambilannya boleh mengekalkan tahap kesihatan sistem pencernaan manusia.

Jika anda pernah mengambil makanan yang tinggi serat, anda akan sedar bahawa warna tahi anda boleh bertukar kepada hijau.

Antaranya adalah:

  1. Bayam
  2. Brokoli
  3. Herba
  4. Rumpai laut
  5. Kubis daun
  6. Pasli

#6. Ibu hamil ambil ubat boleh ubah warna najis

najis hijau

Antara ubat yang boleh menyebabkan perubahan warna pada najis adalah antibiotik.

Oleh sebab warna coklat pada najis adalah merupakan produk aktiviti bakteria baik dalam usus, tanpa kolong tersebut, najis tidak akan berubah warna.

Ia akan kekal dengan warna hijau kekuningan.

Walau bagaimanapun, anda tidak perlu risau kerana setelah anda selesai dengan rawatan antibiotik, populasi bakteria baik tersebut akan bercambah kembali.

Ubat lain seperti ubat tahan sakit Indometasin juga boleh menyebabkan tinja anda bertukar kepada warna hijau.

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Stool color: When to worry. (https://www.mayoclinic.org/stool-color/expert-answers/faq-20058080). Diakses pada 18  Jun 2020.
  2. What the Color and Consistency of Your Poop Says About You. (https://www.unitypoint.org/news-and-articles/what-the-color-and-consistency-of-your-poop-says-about-you). Diakses pada 18  Jun 2020.
  3. Sweet Colors: Safety Information about Food Coloring and Dyes. (https://www.chemicalsafetyfacts.org/chemistry-context/color-happy-safety-information-food-coloring-dyes/). Diakses pada 18 Jun 2020.
  4. Iron-Deficiency Anemia. (https://www.cardiosmart.org/~/media/Documents/Fact%20Sheets/en/abl4019.ashx). Diakses pada 18 Jun 2020.
  5. A Guide to Gallstones During Pregnancy. (https://www.abingtonhealth.org/healthy-living/health-news/library/articles-related-to-pregnancy-and-breastfeeding/a-guide-to-gallstones-during-pregnancy/). Diakses pada 18 Jun 2020.

Versi Terbaru

10/05/2023

Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Terpaksa Gugurkan Kandungan Atas Saranan Pakar Kesihatan? Ini Cara Yang Selamat!

Tak Sabar Nak Tahu Hamil Ke Tidak? Ini 9 Tanda Anda Sudah Boleh Buat Pregnancy Test!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 10/05/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan