4 Makanan Yang Perlu Dielakkan Oleh Ibu Hamil Semasa Mengandung & Berpuasa!

    4 Makanan Yang Perlu Dielakkan Oleh Ibu Hamil Semasa Mengandung & Berpuasa!

    Ibu hamil yang berpuasa harus memerhatikan makanan dan minuman yang dimakan terutamanya ketika berbuka puasa dan sahur. Jadi apa makanan yang perlu dielakkan oleh ibu hamil ya? Baca selanjutnya untuk jawapan.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    Apakah makanan yang perlu dielakkan oleh ibu hamil?

    Jika keadaan anda membenarkan, anda boleh menjalani puasa selama bulan Ramadhan.

    Jangan lupa, rujuk dulu kepada doktor untuk mencegah perkara yang tidak diingini semasa berpuasa.

    Ketika memutuskan untuk berpuasa ketika sedang hamil, adalah penting bagi anda untuk memerhatikan nutrisi yang anda ambil semasa bersahur dan berbuka.

    Ini adalah kerana, setiap makanan dan minuman yang diambil oleh ibu hamil boleh menjejaskan kesihatan anda dan janin.

    Makanan yang anda ambil kemungkinan berbahaya bagi perkembangan janin anda.

    Pengambilan makanan yang tepat di waktu sahur mempunyai peranan yang penting dalam memenuhi keperluan tenaga anda sepanjang berpuasa di siang hari.

    makanan yang perlu dielakkan oleh ibu hamil

    Untuk mengelakkan tersalah makan, berikut adalah beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan oleh ibu hamil di bulan puasa:

    #1. Makanan mentah atau separuh masak

    Ibu mengandung sangat terdedah kepada jangkitan bakteria dari makanan mentah atau makanan yang tidak dimasak sepenuhnya.

    Ini adalah kerana, makanan tersebut boleh dicemari bakteria dan parasit yang berbahaya jika diambil oleh ibu mengandung.

    Contohnya, bakteria listeria di dalam daging. Bakteria tersebut umumnya terdapat di dalam ayam mentah yang jika tidak dirawat dengan baik boleh mengakibatkan keguguran.

    Selain itu, bakteria salmonella yang umumnya terdapat pada telur separuh masak dan makanan laut mentah juga boleh menyebabkan keguguran.

    Oleh itu, pastikan setiap makanan yang ingin anda ambil dimasak dengan sempurna. Jadi, cuba elakkan makanan mentah atau separuh masak semasa sahur.

    #2. Makanan yang mengandungi merkuri, antara makanan yang perlu dielakkan oleh ibu hamil

    Merkuri adalah sisa kimia daripada pelbagai aktiviti manusia, seperti pembakaran, pertanian, dan sisa dari kilang-kilang yang menggunakan merkuri.

    Kumbahan ini biasanya dibuang ke sungai dan berakhir di dalam laut. Di dalam air, merkuri berubah menjadi zat yang disebut sebagai methylmercury.

    Kemudian methylmercury bergabung dengan protein yang ada di dalam otot ikan.

    Jika anda mengambil ikan atau makanan laut yang mengandungi merkuri, merkuri tersebut juga akan dimakan dan menimbulkan pelbagai kesan buruk terhadap kesihatan.

    Merkuri yang dimakan akan terkumpul di dalam tubuh, bahkan boleh menjejaskan susu ibu.

    makanan yang perlu dielakkan oleh ibu hamil

    Bilangan methylmercury yang sudah terkumpul tersebut boleh menjadi racun bagi sistem saraf yang boleh menyebabkan gangguan kesihatan bahkan gangguan pertumbuhan dan perkembangan janin.

    Namun bukan bermakna ibu hamil perlu mengehadkan makan ikan tetapi yang paling penting adalah memilih jenis ikan yang tepat.

    Oleh itu, disarankan untuk tidak mengambil kerang hijau, ikan yu, king mackerel, atau ketam.

    #3. Makanan dengan kalori yang berlebihan

    Semasa berpuasa, anda harus tetap disiplin dalam mengatur pola makan. Termasuk dalam mengatur pengambilan kalori.

    Ini dilakukan supaya anda terhindar dari obesiti yang pada akhirnya dapat meningkatkan risiko melahirkan bayi dengan berat badan yang berlebihan.

    Oleh itu, perhatikan pengambilan jenis makanan yang diambil semasa mengandung dan berpuasa.

    Makanlah makanan sihat daripada buah dan sayur-sayuran.

    Makanan yang perlu dielakkan ibu mengandung semasa bersahur dan berbuka puasa adalah makanan manis dan berlemak.

    makanan yang perlu dielakkan oleh ibu hamil

    Makanan yang perlu dielakkan oleh ibu hamil ##4. Makanan tinggi gula dan rendah serat

    Ketika sahur, tubuh anda memerlukan makanan yang mengenyangkan dan tahan lama di dalam perut.

    Mengambil makanan yang mengandungi gula yang tinggi hanya akan membuat anda cepat lapar.

    Lebih-lebih lagi jika anda tidak mengambil banyak serat semasa sahur.

    Jadi, pastikan anda bersahur dengan menu makan yang mempunyai kandungan serat tinggi.

    Menu makanan seperti ini akan membantu memastikan tenaga tetap stabil di dalam tubuh.

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 2 minggu lalu

    Iklan
    Iklan
    Iklan
    Iklan