backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

7

Tanya Doktor
Simpan

Cuba Gugurkan Kandungan Sendiri Dengan Ubat & Nanas? AWAS, Ini 5 Risiko Bahaya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 3 minggu lalu

Cuba Gugurkan Kandungan Sendiri Dengan Ubat & Nanas? AWAS, Ini 5 Risiko Bahaya!

Carian internet mengenai cara gugurkan kandungan awal amat tinggi. Tetapi awas, ada risiko bahaya yang boleh terjadi apabila anda melakukan cara keguguran janin keluar sendiri ini! Baca selanjutnya dalam perkongsian artikel ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Cara gugurkan kandungan awal

Suka untuk penulis tegaskan di sini, cara keguguran 5 minggu yang disenaraikan di bawah tidak terbukti berkesan secara saintifik. Bahkan ia mungkin boleh menyebabkan kesan sampingan kepada diri anda.

Jadi sebelum anda membuat keputusan untuk melakukan cara keguguran 5 minggu atau kandungan awal ini, fikirkanlah mengenai risiko yang boleh terjadi.

Makan nanas untuk gugurkan kandungan

Buah ini sememangnya menjadi kepercayaan turun temurun sebagai cara gugurkan kandungan awal. Tetapi adakah ia benar-benar berkesan?

Hakikatnya buah nanas bukanlah punca keguguran. Ini kerana ia kaya dengan pelbagai jenis vitamin yang baik untuk bakal ibu sepanjang tempoh kehamilan.

Cara ini hanya berkesan jika diambil secara berlebihan – antara 7-10 biji buah untuk menjejaskan janin. Ia dipercayai kesan enzim bromelain yang banyak. Enzim ini secara amnya berfungsi untuk memecahkan protein dalam tubuh manusia.

khasiat buah nanas
Khasiat buah nanas untuk wanita.

Cara gugurkan kandungan awal dengan paracetamol

Ada yang mengatakan pengambilan paracetamol bersama soda merupakan satu cara keguguran janin keluar sendiri, benarkah?

Secara amnya, paracetamol adalah selamat untuk ibu mengandung. Cuma jika ia diambil secara berlebihan, sudah tentu boleh menyebabkan bahaya! Sebaliknya minum soda bersama paracetamol pula, menjejaskan penyerapan ubat ini.

Pun begitu, sama seperti mana-mana makanan lain, pengambilan yang berlebihan boleh mencetuskan kesan bahaya. Jadi soda yang diambil berlebihan akan menjejaskan janin kerana kandungan kafeinnya.

Parsli

Tumbuhan herba ini serta ekstrak minyaknya yang pekat dikaitkan dengan risiko pendarahan teruk, neurotoksin (neurotoxicity) dan kematian.

Ini kerana minyak dihasilkan daripada daun atau biji parsli mengandungi sebatian apiole yang tinggi – punca keracunan.

Parsli juga mengandungi sebatian yang disebut myristicin. Ia boleh menyebabkan pengecutan rahim dan boleh dianggap sebagai kaedah lain selain cara gugurkan kandungan awal dengan paracetamol.

Namun harus diingatkan kaedah ini tidak terbukti selamat dan mempunyai risiko kesan sampingan.

apa itu daun parsli
Khasiat makan daun parsli.

Risiko cara gugurkan kandungan awal 

Berikut adalah beberapa risiko terbesar berkaitan cara keguguran 8 minggu atau di peringkat awal kandungan anda:

Proses pengguguran tidak lengkap

Merupakan proses pengguguran yang tidak berkesan sepenuhnya. Ini bermakna ada janin yang masih berada di dalam badan. Keadaan ini sekali gus memerlukan rawatan perubatan.

Sekiranya dibiarkan, ia boleh mengakibatkan pendarahan yang banyak serta jangkitan yang mungkin mengancam nyawa.

Cara keguguran 5 minggu boleh menyebabkan jangkitan

Setiap pembedahan mempunyai risiko jangkitan. Disebabkan itu, persekitaran dan alatan di dewan bedah akan sentiasa dipastikan bersih dan disteril.

Manakala sesetengah cara gugurkan kandungan di rumah memerlukan anda memasukkan alat ke saluran serviks bagi mencapai rahim. Ini amat berisiko walaupun anda mungkin telah mensteril alatan yang digunakan.

Jangkitan pada faraj, serviks atau rahim boleh menyebabkan kerosakan kekal termasuk ketidaksuburan.

Jangkitan pada bahagian ini juga boleh merebak ke aliran darah. Kesannya boleh berlaku keracunan darah yang berisiko menyebabkan kematian!

Pendarahan kesan cara gugurkan kandungan awal

cara gugurkan kandungan awal
Kesan keguguran.

Ini merujuk kepada kehilangan darah secara berlebihan. Jika seseorang tanpa latihan perubatan cuba melakukan pengguguran secara pembedahan, wujud risiko untuk terputus saluran darah utama. Ia boleh menyebabkan pendarahan dalaman.

Suka untuk diingatkan bahawa pendarahan dalaman mungkin tidak disedari sehingga ia sudah terlambat.

Parut

Selain pendarahan, kaedah pengguguran secara pembedahan yang dilakukan tanpa latihan perubatan boleh mengakibatkan parut.

Keadaan ini boleh menjejaskan alat kelamin luaran dan dalaman. Kesannya boleh menyebabkan ketidaksuburan serta masalah kesihatan lain.

Ketoksikan

Ubatan herba mungkin tampak tidak berbahaya kerana dianggap semula jadi. Tetapi jangan terpedaya! Ini kerana herba biasanya boleh mempunyai kesan yang kuat dan cepat menjadi toksik.

Lebih membimbangkan kerana kebanyakan kaedah pengguguran herba memerlukan pengambilan dos secara berlebihan daripada yang disarankan.

Ubat herba yang diambil terlalu banyak daripada jumlah selamat, menyebabkan hati perlu bekerja lebih bagi menapis toksin tambahan dan sebatian lain. Risikonya boleh menyebabkan kerosakan atau kegagalan hati. 

Pemeriksaan doktor

Sesungguhnya kami di Hello Doktor tidak menggalakkan untuk anda melakukan cara gugurkan kandungan awal dengan paracetamol atau sebarang kaedah di rumah.

Tetapi sekiranya pengguguran dilakukan atas apa juga sebab dan alasan, pastikan anda mendapatkan rawatan perubatan untuk mencegah komplikasi atau kesan sampingan.

Walaupun tiada kemestian untuk memberitahu pihak perubatan bahawa anda telah mencuba melakukan pengguguran, namun, amat penting untuk memaklumkan kepada mereka tentang bahan atau tindakan yang anda lakukan.

Ini terutamanya jika anda mengalami simptom keguguran 8 minggu seperti:

  • Pendarahan berlebihan sehingga penuh tuala wanita dalam masa kurang daripada sejam
  • Muntah, kencing atau berak berdarah
  • Demam atau badan menggigil
  • Kulit atau mata menjadi kekuningan
  • Sakit teruk pada bahagian perut atau pelvis
  • Muntah dan hilang selera makan
  • Pitam atau pengsan
  • Tidak mampu untuk bangun atau kekal berjaga
  • Berpeluh, sejuk, kebiruan atau pucat
  • Mengalami kekeliruan

Kesimpulan

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau keraguan, berundinglah dengan doktor bagi mendapatkan kepastian.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 3 minggu lalu

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan