Pilih Bersalin Czer Sebab Tak Nak Sakit? Nanti Dulu, Ibu! Dengarnya Ada Risiko Anak Dapat Asma

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 20/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Terdapat kajian yang menunjukkan kaitan di antara bayi yang lahir melalui pembedahan caeserean (czer) dengan penyakit asma.

Seperti yang anda semua sedia maklum, apa-apa pembedahan memang ada kesan sampingannya.

Baik buruk kesan sampingan tersebut perlu ditimbang tara dengan risiko penyakit yang dialami (dalam konteks artikel ini, kehamilan berisiko tinggi).

Tanpa pembedahan czer, sejumlah bayi berisiko untuk mengalami komplikasi teruk atau mati jika dilahirkan melalui kaedah bersalin biasa.

Jika anda hendak tahu, apa kaitan pembedahan czer dengan risiko asma pada anak, teruskan membaca artikel ini.

Bakteria baik pada saluran faraj ibu penting dalam proses perkembangan anak

czer

Ini bukan satu fakta baharu. Namun, kajian masih lagi cuba meneroka kebaikan bakteria baik (probiotik) kepada manusia.

Sejak dua dekad yang lalu, jumlah kanak kanak yang didiagnosis dengan penyakit asma kian meningkat.

Seperti penyakit lain, ia mempunyai tahap keterukan yang berbeza.

Jika serius, bukan sahaja ia boleh menghalang anak daripada melakukan aktiviti seperti kanak kanak lain, malah juga boleh membawa maut.

Kajian yang diterbitkan pada tahun 2019 di laman Jurnal Epidemiologi Amerika telah menunjukkan kaedah bersalin boleh menentukan kecenderungan anak untuk mendapat penyakit asma atau sebarang alergi.

Ia melibatkan 6,157 bayi yang lahir dalam kalangan 5,034 ibu di bandar New York.

Data berkaitan dengan masalah pernafasan dan alergi direkodkan ketika bayi berusia 4, 8, 12, 24, 30 dan 36 bulan.

Apa yang boleh kita lihat melalui kajian tersebut adalah bayi yang lahir melalui kaedah czer mempunyai risiko 2x ganda untuk didiagnosis dengan masalah alergi makanan dan asma.

Dapatan ini bukan sahaja menunjukkan terdapat risiko kepada prosedur pembedahan czer, malah kepada ibu lanjut usia yang ingin mendapatkan cahaya mata.

Mereka yang berusia 35 tahun ke atas mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami kehamilan berisiko tinggi.

Ini bermakna, doktor lebih cenderung untuk menyarankan prosedur elektif (pilihan) czer kepada ibu hamil tersebut.

Apa kaitan di antara beranak czer dan asma atau alergi?

czer

Mekanisme perlindungan yang diberikan oleh agen probiotik terhadap masalah asma masih lagi tidak diketahui.

Ia merupakan satu domain yang menarik perhatian ramai ahli akademik dan sehingga kini,  kajian sedang giat dijalankan.

Walau bagaimanapun, dapatan kajian lepas menunjukkan terdapat perbezaan pada jumlah bakteria baik usus bayi yang mempunyai asma dengan bayi yang normal.

Pemeriksaan dan kajian yang dibuat berdasarkan kepada analisis najis mereka menunjukkan probiotik berpotensi menjadi elemen utama dalam kawalan asma kanak kanak.

Pun begitu, apa yang membingungkan adalah rawatan menggunakan suplemen probiotik tidak menunjukkan keputusan yang konsisten.

Anda mungkin berminat:

Ini bermakna kemungkinan terdapat faktor lain yang turut mempengaruhi risiko asma dan alergi selain daripada  faktor probiotik.

Secara amnya, mereka yang lahir czer, tidak mempunyai sebarang kontak dengan faraj ibu. 

Ini bermakna bakteria baik yang terdapat pada kawasan tersebut tidak dipindahkan kepada anak.

Perkara ini boleh menyebabkan perkembangan sistem badan terutamanya sistem penghadaman terganggu.

Agen probiotik bukan sahaja penting bagi memperbaik fungsi sistem pencernaan manusia, ia juga boleh mempengaruhi perkembangan fungsi imun badan dan risiko asma serta alergi.

Jadi adakah saya perlu elak beranak czer?

penyakit asma

Bukan semua wanita dapat memilih sama ada mereka mahu bersalin biasa atau czer.

Terdapat keadaan kesihatan yang masih memberi peluang kepada ibu untuk bersalin biasa dan ada juga yang mandatori czer.

Sebagai contoh, mereka yang mempunyai masalah kencing manis ketika bersalin.

Kawalan gula yang baik dapat memberi peluang kepada ibu untuk bersalin seperti biasa. Jika tidak, pembedahan czer dapat merendahkan komplikasi.

Secara amnya, doktor akan membuat keputusan berdasarkan kepada ramalan yang akan memberikan keuntungan kepada pesakit.

Sejarah pesakit, keadaan semasa (kritikal atau tidak kritikal) dan faktor penyakit, kesemuanya perlu diambil kira.

Oleh sebab itulah jika anda telah ditetapkan untuk melalui pembedahan czer, jangan pula membantah dan berdegil.

Alasan yang berkait dengan masalah tertentu seperti asma dan alergi dikira tidak munasabah berbanding nyawa yang perlu diselamatkan.

Tambahan pula dapatan kajian yang diperbincangkan sebentar tadi masih memerlukan siasatan dan penilaian lanjut.

Konklusi

Menurut kajian terbaru yang dijalankan di sebuah hospital di New York, bayi yang lahir czer mempunyai risiko 2 kali ganda untuk mendapat masalah asma dan alergi.

Pun begitu, anda perlu faham terdapat keadaan di mana prosedur ini memang tidak boleh dielakkan bagi menyelamatkan nyawa ibu dan anak.

Oleh itu, perbincangan dengan doktor amat penting bagi memastikan ibu faham akan kebaikan dan risiko beranak czer dalam situasi tertentu. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Bukan Hanya Kacau Waktu Tidur, Tapi Penyakit Asma Juga Buat Hidup Anda Terjejas

Apabila menghidap penyakit asma, dia bukan setakat mengalami sakit itu sahaja. Malah, komplikasi asma itu sendiri boleh mengganggu gaya hidup seseorang.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Asma, Kesihatan Pernafasan 08/01/2021 . 3 minit bacaan

Info Lengkap Tentang ASMA: Jenis, Simptom, Risiko & Rawatan

Penyakit asma adalah antara gangguan pernafasan paling biasa dialami kebanyakan individu. Umumnya, penghidap asma juga akan berdepan simptom lain.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Asma, Kesihatan Pernafasan 07/01/2021 . 3 minit bacaan

Mahu Anak Sentiasa Sihat? Ketahui 10 Masalah Kesihatan Lazim Kanak-kanak Prasekolah

Memasuki alam prasekolah, ibu bapa pasti risau akan masalah kesihatan kanak kanak. Ini 10 penyakit paling kerap menjangkiti anak.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Kesihatan Anak, Penyakit Kanak-Kanak 23/12/2020 . 3 minit bacaan

Ibu Hamil WAJIB Tahu Teknik Pernafasan Yang Betul, Ia Pemudah Ketika Bersalin Nanti

Pernahkah kalian terdengar atau terbaca tentang teknik pernafasan bersalin Lamaze? Jom klik artikel untuk mengetahui tentangnya dengan lebih lanjut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kehamilan, Proses Beranak, Proses Bersalin 21/12/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

info ibu mengandung

Ini Antara Perubahan Tubuh & Emosi Sepanjang Kehamilan, Wanita Hamil WAJIB Ambil Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 04/03/2021 . 5 minit bacaan
asma

AWAS Wanita Penghidap Asma Berisiko Alami Komplikasi Teruk COVID-19! Ambil Langkah Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 16/02/2021 . 3 minit bacaan
kemurungan selepas bersalin

Ada Tempoh Kemurungan Normal Selepas Bersalin; Seminggu, Sebulan @ Lebih Lama? Baca Kajian Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 02/02/2021 . 3 minit bacaan
IUD terkeluar seks kasar

Betul Ke Alat Pencegah Kehamilan IUD Boleh Terkeluar Kalau Lakukan SEKS KASAR?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 11/01/2021 . 3 minit bacaan