Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Takut Tengok Muka Sendiri Semasa Hamil? Ini 5 Perubahan Fizikal Yang Bakal Ibu Lalui!
Ketika mengandung, banyak perubahan yang akan berlaku pada tubuh badan seorang wanita. Tentu sekali, perut akan mula ‘membuncit’ seiring dengan perjalanan bulan dan trimester. Pun begitu, bukan bahagian perut sahaja yang wajar diberikan perhatian. Bahkan ada yang percaya wajah berubah semasa hamil itu adalah perkara yang betul boleh terjadi.
Persoalannya, adakah ia fakta atau auta? Jika ya, apakah jenis perubahan yang dikatakan itu?
Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk tahu jawapannya!
Wajah berubah semasa hamil – fakta atau auta?
Kebanyakan wanita akan mengalami perubahan wajah semasa hamil.
Pernahkah anda semua terbaca atau terdengar mengenai seri ibu mengandung? Buat anda yang belum tahu, ada orang percaya, wanita itu secara semula jadinya akan berubah menjadi cantik semasa hamil.
Hakikatnya, wanita mungkin akan mengalami keguguran kening dan bulu mata akibat kekurangan nutrien atau vitamin dalam diet pemakanan.
Selain itu, ia juga mungkin kegagalan fungsi tiroid. Jadi, segera dapatkan rawatan doktor dan elakkan dari memakai sebarang alat solek seperti maskara.
Perubahan badan ibu yang mengandung.
#5. Melasma menyebabkan
Ibu hamil tahu akan melasma? Ia adalah satu kondisi yang akan menyebabkan muka berubah semasa mengandung dimana ia muncul sebagai tompok atau bintik berwarna seakan kecoklatan pada kulit anda.
Ia adalah disebabkan oleh pengeluaran hormon yang menyebabkan hiperpigmentasi pada kulit muka.
Antara kawasan yang mudah terjejas adalah dahi, pipi dan dagu.
Namun jika ia masih kekal buat beberapa bulan, dapatkan nasihat dari pakar dermatologi.
Konklusi
Hakikatnya, akan berlaku banyak perubahan pada tubuh badan wanita ketika mengandung. Kondisi wajah berubah semasa hamil ini adalah normal. Begitu juga dengan perubahan pada tubuh badan yang lain. Namun, encik suami masih perlu berhati-hati ya? Emosi isteri juga tidak wajar diganggu semasa saat-saat getir ini!
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Skin Changes During Pregnancy, https://americanpregnancy.org/pregnancy-health/skin-changes-during-pregnancy/, Accessed Aug 6 2020.
Skin Conditions During Pregnancy, https://www.acog.org/womens-health/faqs/skin-conditions-during-pregnancy, Accessed Aug 6 2020.
What skin changes can I expect during pregnancy?, https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/pregnancy-week-by-week/expert-answers/skin-changes-during-pregnancy/faq-20416440, Accessed Aug 6 2020.
Pregnancy and Skin Changes, https://www.stanfordchildrens.org/en/topic/default?id=pregnancy-and-skin-changes-134-7, Accessed Aug 6 2020.
Skin changes, https://www.marchofdimes.org/skin-changes.aspx, Accessed Aug 6 2020.
Versi Terbaru
30/12/2024
Ditulis oleh Ahmad Farid
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman