backup og meta

Pasangan Yang Idamkan Baby Girl Boleh Cuba Petua Ini, Pasti Berkesan!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 09/12/2022

    Pasangan Yang Idamkan Baby Girl Boleh Cuba Petua Ini, Pasti Berkesan!

    Seronoknya kalau dapat baby girl, boleh pakai baju matching dengan Mama. Tetapi ada ke tips dapat anak perempuan yang boleh dicuba?

    Mencari petua dapat anak perempuan 

    Adakah hati anda teruja setiap kali melihat baju bayi perempuan yang cantik? Jawapannya mestilah, kan? 

    Sebab itulah anda memilih untuk membaca artikel ini, kerana ingin mengetahui petua dapat anak perempuan.

    Seperkara yang perlu anda ketahui, sebarang tip dapat baby perempuan mahupun lelaki secara semula jadi ini tidak menjaminkan 100% kejayaan. 

    Namun jika anda benar-benar menginginkan untuk hamil bayi perempuan, tiada salahnya untuk mencuba.

    Bahkan, anda mempunyai peluang sebesar 50%.

    Sudah bersedia untuk mencuba petua dan cara bagi memperolehi cahaya mata perempuan? Jom kita lihat satu persatu! 

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Cubaan Hamil, sila dapatkannya di sini. 

    Tips dapat anak perempuan

    Sebenarnya, tidak kira bayi lelaki atau perempuan, paling penting adalah anak yang dilahirkan itu sihat. 

    Pun begitu tidak dinafikan, setiap pasangan mempunyai impian mereka sendiri untuk mempunyai bayi perempuan.

    Antaranya mungkin kerana membesar dengan adik-beradik lelaki atau sudah mempunyai anak lelaki.

    tips dapat anak perempuan

    Terdapat pelbagai cara boleh dicuba untuk mendapatkan bayi perempuan, cuma 1 perkara yang perlu diingatkan adalah pada akhirnya sperma yang akan menentukan jantina bayi.

    Berikut antara 6 cara yang boleh dicuba:

    Kaedah Shettles

    Kaedah ini telah digunakan untuk pemilihan jantina bayi sejak tahun 1960-an. 

    Ia dikatakan berjaya mencapai kadar kejayaan sehingga 75% bagi pasangan berkahwin yang mengidamkan bayi perempuan.

    Perkara penting yang perlu diberikan perhatian berkaitan kaedah ini adalah:

    • Anda perlu melakukan hubungan seks antara 2 hingga 4 hari sebelum ovulasi jika mahu hamil anak perempuan
    • Anda harus elakkan hubungan seksual apabila terdapat lendir faraj warna putih telur. Itu adalah petanda sedang mengalami ovulasi
    • Anda digalakkan untuk bersama pasangan pada hari-hari awal kitaran haid dan mengelakkannya beberapa hari sebelum dan selepas ovulasi
    • Sebagai tips dapat anak perempuan melalui kaedah Shettles ini, seorang wanita harus sedaya upaya mengelakkan daripada mengalami klimaks sehingga pasangan anda selesai ejakulasi. Ia bagi mengelakkan persekitaran menjadi lebih beralkali

    Pilihan berteknologi tinggi

    Antara petua dapat anak perempuan adalah dengan menggunakan teknologi tinggi. Ia termasuklah:

    • Persenyawaan in-vitro (IVF) dengan ujian genetik pra implantasi (preimplantation genetic testing, PGT). embrio yang dihasilkan melalui IVF akan diuji secara genetik. Walaupun ia biasanya dilakukan untuk memeriksa kelainan kromosom tetapi juga dapat memberikan maklumat mengenai jantinanya
    • Pemilihan sperma. Ia kurang invasif berbanding IVF dengan PGT

    Umumnya, kedua-dua kaedah di atas agak invasif, memerlukan perbelanjaan besar dan tidak ditawarkan di semua tempat.

    tips dapat anak perempuan

    Tips dapat anak perempuan: Posisi seks

    Posisi ketika melakukan seks juga boleh mempengaruhi kemampuan sperma untuk mencapai telur.

    Ia meliputi jarak antara seviks dan sel sperma semasa ejakulasi berlaku.

    Secara am:

    • Bagi mendapatkan bayi lelaki, penetrasi yang lebih dalam semasa seks dianggap sebagai kunci utama
    • Untuk hamil anak perempuan pula, penetrasi yang tidak terlalu dalam adalah optimum. Posisi missionary atau face-to-face adalah pilihan terbaik kerana ia menghadkan kedalaman penetrasi

    Sel sperma lelaki yang kecil akan berenang dengan cepat tetapi hanya untuk tempoh pendek sebelum penat.

    Dengan menghindari penembusan zakar yang mendalam, ia akan menghalang sel sperma lelaki untuk mencapai dan mensenyawakan telur.

    Tiada orgasma dan lebih banyak seks

    Menurut pakar dalam pemilihan jantina bayi, mengelakkan orgasma adalah kunci tips dapat anak perempuan.

    Ini kerana orgasma wanita akan melepaskan rembesan alkali yang dapat membantu sel sperma lelaki bertahan lebih lama.

    Tanpa rembesan ini, sel sperma lelaki sukar untuk bertahan dan kurang peluang untuk mencapai telur.

    Jika menginginkan bayi perempuan, anda disarankan untuk lebih melakukan seks, terutamanya menjelang hari ovulasi.

    Ini kerana ia akan mengurangkan jumlah sperma pasangan, sekali gus sel sperma lelaki yang menyertai perlumbaan persenyawaan juga rendah. 

    [health_tool_article id=”32211″]

    Pemakanan sebagai tips dapat anak perempuan

    Makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran dapat meningkatkan peluang anda mengandung baby girl.

    Ada yang mempercayai diet vegetarian dapat membantu anda hamil anak perempuan, terutamanya jika mengambil bayam, kekacang dan brokoli.

    Anda juga disarankan untuk memilih makanan tinggi kalsium dan magnesium. 

    Kurangkan garam

    Jika mahukan bayi perempuan, diet rendah garam dikatakan dapat meningkatkan peluang anda.

    Penyelidikan menunjukkan diet tinggi natrium dan kalium lebih menyukai sel sperma lelaki.

    Anda harus menyingkirkan makanan seperti:

    • Daging masin
    • Zaitun
    • Keju biru
    • Makanan yang diproses

    tips dapat anak perempuan

    Tidak salah mencuba tips dapat anak perempuan

    Jika anda sudah lama mengidam untuk mendapatkan seorang baby girl, anda boleh mencuba petua dapat anak perempuan di atas.

    Walaupun ada banyak bukti anekdot mengenai kejayaan kaedah-kaedah tersebut, tetapi hasil bagi setiap individu adalah berbeza.

    Walau apa pun, tiada salahnya untuk mencuba. Mungkin ada rezeki anda untuk mendapat anak perempuan, paling penting jangan putus asa!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 09/12/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan