backup og meta

Ini 9 Perkara Do’s & Don’ts Masa Buat Ujian Kehamilan, Barulah Tepat Hasilnya!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 27/03/2024

    Ini 9 Perkara Do’s & Don’ts Masa Buat Ujian Kehamilan, Barulah Tepat Hasilnya!

    “Pregnancy test bila boleh buat?”, merupakan antara soalan yang kerap ditanya. Tetapi selain mengetahui mengenai tempoh masa yang sesuai, terdapat juga beberapa perkara yang perlu dilakukan dan dielakkan semasa melakukan ujian kehamilan di rumah untuk tahu bila boleh tahu kita mengandung.

    Ini penting bagi mengelakkan berlaku kesilapan yang boleh menjejaskan keputusan akhir nanti. Teruskan pembacaan untuk penjelasan lanjut.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    Apa itu ujian kehamilan?

    Ujian kehamilan boleh menentukan sama ada anda mengandung menggunakan sampel urin (air kencing) atau darah untuk hormon tertentu. Hormon ini dipanggil human chorionic gonadotropin (hCG). 

    Bila hormon hCG dapat dikesan?

    Tahap hCG yang tinggi adalah tanda kehamilan. Biasanya hCG akan meningkat dengan cepat dalam tempoh 10 minggu pertama selepas telur disenyawakan menempel pada dinding rahim.

    Jadi bila boleh buat urine pregnancy test?

    Ujian air kencing untuk kehamilan paling tepat untuk dilakukan selepas satu atau dua minggu anda tidak mengalami kedatangan haid.

    Jika dilakukan terlalu awal, keputusan yang diperolehi mungkin negatif walaupun diri anda sebenarnya hamil. Ini kerana badan mungkin belum menghasilkan hCG yang mencukupi untuk dapat dikesan kit kehamilan.

    Malah ujian air kencing hormon hCG ini boleh dilakukan sama ada di klinik atau dengan menggunakan kit ujian di rumah.

    pregnancy test bila boleh buat
    Antara tanda mengandung yang jarang disedari.

    Pregnancy test bila boleh buat: Perkara perlu dilakukan

    Jika salah caranya, anda mungkin mendapat keputusan tidak tepat. Jadi bagaimana ya? Cuba ikuti petua di bawah bagi memastikan anda melakukannya dengan betul.

    1. Masa sesuai lakukan ujian kehamilan

    Pregnancy test yang baik biasanya boleh mengesan kehamilan dalam masa tujuh hari selepas terlepas haid. 

    Pada masa itu badan berkemungkinan telah menghasilkan hCG mencukupi untuk dapat dikesan melalui ujian air kencing.

    Pregnancy test bila boleh buat? #2. Selepas bangun tidur

    Jika terdapat hCG dalam badan, ia akan terkumpul dalam air kencing semalaman dan memuncak pada waktu pagi.

    Melakukan ujian selepas bangun pagi membantu untuk mendapatkan keputusan yang lebih tepat.

    3. Semak tarikh 

    Pastikan menyemak tarikh luput kit kehamilan atau anda mungkin akan mendapat hasil kurang tepat.  

    4. Baca arahan ujian kehamilan  

    Tidak semua kit kehamilan sama. Jadi walaupun anda mungkin pernah melakukannya sebelum ini, anda tetap perlu membaca arahan sepenuhnya untuk memastikan ia dilakukan dengan betul.

    pregnancy test bila boleh buat
    Contoh kit ujian kehamilan.

    5. Gunakan cawan

    Bagi mendapatkan keputusan lebih tepat, ikuti langkah berikut:

    • kumpulkan air kencing di dalam cawan plastik
    • kemudian, rendam kit kehamilan di dalamnya mengikut tempoh masa yang ditetapkan

    Pregnancy test bila boleh buat? #6. Ujian susulan

    Tidak kira apa keputusan yang diperolehi – positif atau negatif – anda boleh mendapatkan lebih kepastian dengan melakukan ujian perubatan. Ia akan dilakukan oleh doktor atau kakitangan perubatan.

    Pregnancy test bila boleh buat: Perkara perlu dielakkan

    Berikut pula beberapa perkara yang harus dihindari semasa melakukan ujian air kencing untuk kehamilan di rumah:

    1. Minum air terlalu banyak

    Anda mungkin akan mendapat hasil negatif palsu jika minum terlalu banyak air sebelum mengambil ujian. Ini kerana tindakan tersebut boleh mencairkan air kencing dan mengakibatkan hCG yang mencukupi sukar dikesan.

    2. Tempoh lama melakukan ujian 

    Terdapat had masa untuk membaca hasil keputusan. Jika anda membacanya di luar tempoh masa yang digariskan seperti dalam arahan, keputusan yang diperolehi menjadi tidak tepat.

    Kebanyakan ujian bukan digital menunjukkan garis sebagai tanda kehadiran hCG dalam air kencing. Satu baris sebagai garis kawalan dan baris kedua petanda kehamilan.

    Jika ujian negatif, terdapat kemungkinan anda masih melihat garis penyejatan samar dan tidak berwarna yang muncul semasa air kencing mengering. 

    Bagi mereka yang tidak biasa dengan garis penyejatan, akan menganggapnya sebagai keputusan positif apabila melihat garisan ini.

    Jadi elak membiarkan ujian terlalu lama sebelum dibaca. Jika tidak anda mungkin membaca garis penyejatan dan menganggap diri hamil.

    pregnancy test bila boleh buat
    Pastikan ujian dilakukan dengan cara yang tepat.

    Pregnancy test bila boleh buat? #3. Cepat baca keputusan

    Anda amat disarankan untuk mengikuti arahan pada kotak ujian. Ini kerana anda juga perlu menghindari membaca keputusan terlalu awal.

    Semasa air kencing bergerak melalui tetingkap penunjuk ujian, ia mungkin tampak seperti hasil ujian. Tetapi hakikatnya, kit kehamilan juga memerlukan masa untuk berfungsi sepenuhnya.

    Kesimpulan

    Persoalan mengenai pregnancy test bila boleh buat serta perkara yang perlu dilakukan dan dielakkan semasa melakukan ujian di rumah sudah pun terjawab.
    Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan terhasilnya keputusan tidak tepat. Namun berita baiknya, ia boleh dielakkan jika anda mengikuti arahan dengan teliti.
    Anda juga disarankan untuk mendapatkan kit kehamilan berkualiti bagi mengurangkan kemungkinan rosak atau tamat tempoh.
    Sekiranya anda mendapat hasil keputusan yang tidak dijangka, disyorkan untuk melakukan semula ujian tersebut dalam tempoh masa seminggu.
    Jika terdapat sebarang keraguan atau pertanyaan, berundinglah dengan doktor untuk lebih kepastian.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 27/03/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan