backup og meta

9 Pantang Larang Selepas Buat IUI! Kena Elak 9 Perkara Ini Kalau Nak Cepat Hamil?

Intrauterine insemination (IUI) adalah rawatan kesuburan yang digunakan untuk pasangan suami isteri yang menghadapi kesukaran untuk hamil. Walau bagaimanapun, untuk memastikan hasil yang terbaik, ada pantang larang selepas buat IUI yang perlu diikuti.

Ketahui perkara yang perlu dielakkan untuk meningkatkan lagi peluang kehamilan anda!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Prosedur IUI untuk kehamilan

Bagi yang tidak tahu, inseminasi intrauterin bermatlamat untuk meningkatkan bilangan sperma yang mencapai tiub fallopio, sekali gus meningkatkan peluang persenyawaan buat pasangan yang mengalami kesukaran menimang cahaya mata.

Menerusi prosedur ini, sperma yang dicuci, akan terus dimasukkan ke dalam rahim berdekatan dengan ovum menggunakan alat khas spekulum.

pantang larang selepas buat iui
Prosedur rawatan inseminasi intrauterin (IUI).

Untuk rawatan IUI ini,  biasanya hanya akan memerlukan tempoh masa sekitar 15 hingga 20 minit sahaja. Selepas itu, anda perlu melakukan ujian kehamilan selepas 2 minggu.

Pantang larang selepas buat IUI

Walaupun proses rawatan IUI mudah dan ringkas, namun ia masih satu prosedur perubatan. Oleh itu, anda juga harus mengetahui perkara-perkara tertentu yang boleh mengurangkan peluang anda untuk hamil dengan IUI.

1. Stress

Tekanan mendatangkan lebih banyak mudarat berbanding kebaikan kepada diri selepas prosedur IUI. Ia boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon tertentu yang berfungsi membantu persenyawaan sekali gus mengurangkan peluang hamil.

2. Ubat-ubatan

Anda mungkin berasa perut tak selesa selepas IUI, namun elakkan mengambil ubat OTC mahupun suplemen herba tanpa berunding dengan doktor terlebih dahulu. Ini kerana ada ubat dan suplemen herba boleh memberikan kesan negatif kepada kejayaan prosedur IUI ini. 

3. Makanan diproses, antara pantang larang selepas buat IUI

Makanan diproses seperti mi segera, nugget atau burger tidak sesuai untuk anda. Elakkan juga pengambilan makanan laut tinggi kandungan merkuri contohnya ikan kembung atau ikan merah. Pengambilan soda, keju tidak dipasteurisasi serta produk haiwan mentah juga perlu dihindari. 

4. Minuman beralkohol & merokok

Sebaiknya selepas IUI, elakkan pengambilan minuman beralkohol dan juga merokok. Selain boleh menjejaskan kesuburan dan komplikasi konsepsi, amalan tidak sihat ini juga boleh mengakibatkan kecacatan serta gangguan pada tumbesaran janin dalam kandungan.

pantang larang selepas buat iui
Boleh mengurangkan keberkesanan prosedur rawatan IUI.

5. Sinaran memudaratkan

Elakkan sebarang jenis sinaran berbahaya selepas prosedur IUI. Disarankan wanita yang menjalani rawatan ini tidak terdedah kepada cahaya matahari secara langsung untuk tempoh yang lama. Hindari juga sebarang pekerjaan melibatkan radiasi berbahaya.

6. Tekanan berat

Dalam tempoh seminggu selepas IUI, jangan lakukan sebarang aktiviti yang boleh memberikan tekanan berlebihan pada bahagian bawah perut seperti mengangkat objek besar atau berat. 

Perbuatan ini boleh mengakibatkan kekejangan, malah berkemungkinan mengurangkan kadar kejayaan untuk hamil.

7. Perjalanan jauh

Pergi melancong atau bercuti boleh menenangkan diri tetapi sebaiknya elakkan daripada melakukan perjalanan jauh atau tanpa henti untuk tempoh masa lebih 2 hingga 3 jam.

8. Mandi air panas, pantang larang selepas buat IUI

Haba boleh mengganggu proses implantasi, jadi lebih baik anda lupakan sementara mandian air panas, berendam dalam tab air panas atau sauna sehinggalah dibenarkan doktor.

9. Pemeriksaan susulan

Tidak hadir sesi pemeriksaan boleh menyebabkan wujudnya isu yang tidak dapat dikesan atau melambatkan rawatan jika diperlukan. 

pantang larang selepas buat iui
Pastikan tidak terlepas janji-temu susulan.

Janji-temu susulan adalah penting selepas IUI untuk memantau kemajuan anda dan menangani sebarang kebimbangan. Doktor boleh memeriksa tahap hormon dan menentukan sama ada terdapat simptom hamil selepas IUI. 

Kesimpulan 

Anda pasti sedar betapa pentingnya IUI untuk diri anda dan pasangan. Semua aktiviti ini berpotensi mempengaruhi kadar kejayaan IUI kalian. Jadi, amat penting mengelakkan perkara di atas untuk memastikan kadar kehamilan yang tinggi.

Selain 9 perkara yang dikongsikan di atas, pantang larang selepas buat IUI adalah berbeza bergantung kepada individu. Oleh itu, dinasihatkan untuk berunding dengan pakar reproduktif anda bagi mendapatkan nasihat khusus.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. IUI (Intrauterine Insemination): What It Is & What To Expect. https://my.clevelandclinic.org/health/treatments/22456-iui-intrauterine-insemination / Diakses pada April 7, 2025.
  2. Intrauterine insemination (IUI). https://www.mayoclinic.org/tests-procedures/intrauterine-insemination/about/pac-20384722 / Diakses pada April 7, 2025.
  3. IUI – intrauterine insemination. https://www.brighamandwomens.org/assets/BWH/obgyn/pdfs/IUI-booklet.pdf / Diakses pada April 7, 2025.
  4. IUI BASICS. https://health.usf.edu/-/media/Files/Care/Patient-Resources/OBGYN/IVF/IUI-Basics-Handbook-IVF / Diakses pada April 7, 2025.
  5. Intrauterine Insemination: Fundamentals Revisited. https://pmc.ncbi.nlm.nih.gov/articles/PMC5676579/ / Diakses pada April 7, 2025.

Versi Terbaru

10/04/2025

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Ini 9 Perkara Do’s & Don’ts Masa Buat Ujian Kehamilan, Barulah Tepat Hasilnya!

Perut Mengeras Semasa Hamil? Ini Sebabnya! Setiap Trimester, Lain Punca!


Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor · · · Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Dikemas kini 10/04/2025

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan