Sebelum Makan Pil Perancang, Anda Berhak Ambil Tahu 10 Kesan Sampingannya Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 01/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Pil kontraseptif oral, atau lebih dikenali sebagai pil perancang, merupakan kaedah merancang keluarga yang efektif. Kaedah ini telah diamalkan oleh ramai wanita sejak dahulu lagi.

Di samping keberkesanannya dalam mengawal kehamilan, amalan pengambilan pil ini juga mengandungi kesan sampingan tertentu, yang ada kalanya mengganggu kehidupan seseorang wanita.

Pendarahan kecil intermenstrual

Kira-kira separuh wanita yang mengambil pil ini mengalami masalah pendarahan faraj – juga dipanggil pendarahan kecil intermenstrual – yang berlaku antara tempoh jangkaan haid.

Keadaan ini selalunya terjadi dalam tempoh 3 bulan terawal selepas anda mula mengambil pil perancang. Bagaimanapun, jika anda mengalami pendarahan banyak lebih daripada 3 hari, segera berjumpa dengan doktor.

Loya

Pil perancang juga boleh menyebabkan loya jika anda mengambilnya buat pertama kali. Anda perlu mengambilnya dengan makanan atau sebelum tidur bagi mengurangkan ketidakselesaan akibat loya.

Kesan sampingan ini selalunya akan mengganggu anda dalam jangka masa pendek. Bagaimanapun, jika keadaan anda teruk dan berterusan, jangan ragu-ragu untuk mendapatkan nasihat pakar.

Sakit pada payudara

Satu lagi kesan sampingan lazim akibat pengambilan pil perancang adalah sakit pada payudara. Selalunya, gejala ini akan reda selepas beberapa minggu.

Bagi mengurangkan ketidakselesaan pada payudara, anda perlu mengehadkan pengambilan kafein dan garam. Selain itu, anda juga disarankan untuk memakai coli sokongan.

Jika kesakitan anda bertambah teruk atau anda mendapati ketulan pada payudara anda, sebaik-baiknya berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan.

Sakit kepala

Hormon seks dalam pil perancang adalah punca utama yang membuatkan anda sakit kepala dan migrain. Bergantung kepada jenis dan dos hormon, anda mungkin akan mengalami simptom sakit kepala yang berbeza.

Naik berat badan

Walaupun tiada bukti kukuh yang menunjukkan pil perancang boleh meningkatkan berat badan anda, namun ramai wanita yang mengadu tentang retensi bendalir dalam payudara dan pinggul mereka selepas pengambilan kontraseptif jenis ini.

Perubahan angin

Wanita yang mengambil pil kontraseptif berkemungkinan mengalami kemurungan atau perubahan emosi. Jadi, jika anda pernah mengalami kemurungan, anda perlu berbincang dengan doktor anda sebelum mula mengambil pil ini.

Terlepas haid

Walaupun anda makan pil dengan betul, namun anda mungkin akan terlepas atau tidak datang haid. Ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti stres, sakit, melancong, dan ketidaknormalan hormon atau tiroid.

Jika anda tidak datang haid walaupun masih mengambil pil perancang, doktor mungkin akan menyuruh anda melakukan ujian kehamilan sebelum anda meneruskan pengambilan pil.

Libido menurun

Dalam sesetengah kes, hormon pada pil perancang boleh menurunkan kemahuan seks anda. Jika simptom ini berterusan, dapatkan nasihat daripada doktor.

Lelehan faraj

Penggunaan pil perancang boleh menyebabkan peningkatan atau penurunan lelehan faraj anda. Secara amnya, keadaan ini tidak menyakitkan. Namun, jika anda bimbang akan berlaku jangkitan, dapatkan konsultasi daripada doktor.

Penglihatan berubah dengan kanta lekap

Penahanan bendalir yang disebabkan oleh pil perancang boleh membuatkan kornea mata anda mengembang atau berubah bentuk. Akibatnya, anda tidak lagi sesuai dan selesa memakai kanta lekap biasa anda.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Penyakit Jangkitan Saluran Kencing (UTI): Ini Tanda, Punca & Rawatan Anda Perlu Tahu

    Pernahkah anda dengar mengenai kencing kotor atau penyakit jangkitan saluran kencing (UTI)? Ketahui punca, simptom, rawatan dan pencegahan penyakit ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Jangkitan Saluran Kencing, Urologi 23/01/2021 . 6 minit bacaan

    11 Rawatan & Diagnosis Untuk Kencing Tak Lawas, Jangan Biarkan Sengsara Ini Berlanjutan

    Ada banyak diagnosis seperti ujian air kencing dan rawatan untuk ubat inkontinens urin atau masalah kerap kencing yang pesakit alami.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kencing Tak Lawas, Urologi 23/01/2021 . 5 minit bacaan

    Usah Berdiam Jika Kerap Ke Tandas Untuk Kencing, Ini Langkah Pencegahan Yang Boleh Dilakukan!

    Ada banyak petua atau cara yang boleh dilakukan oleh pesakit untuk mengurangkan simptom inkontinens urin seperti kerap kencing dan kencing tak lawas.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kencing Tak Lawas, Urologi 23/01/2021 . 5 minit bacaan

    Kerap Rasa Nak Terkencing Bila Bersin Atau Ketawa? Mungkin Salah Satu Punca Ini Penyebab Utamanya! 

    Ada banyak punca kencing tak lawas yang boleh menyebabkan pesakit rasa kurang selesa. Jika anda kerap kencing, itu juga punca masalah inkontinens!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kencing Tak Lawas, Urologi 23/01/2021 . 6 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    masalah kencing kotor

    Sering Diganggu Rasa Tidak Selesa Disebabkan UTI? Ini Langkah Yang Anda Boleh Lakukan Untuk Tanganinya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 23/01/2021 . 5 minit bacaan
    merawat kencing kotor

    Diagnosis Dan Rawatan Kencing Kotor, Pastikan Anda Bersedia Sebelum Berjumpa Doktor!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 23/01/2021 . 5 minit bacaan
    penyebab kencing kotor

    Mengapa Saya Sering Dijangkiti UTI? Ketahui Punca Dan Faktor Risiko Penyakit Saluran Kencing

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 23/01/2021 . 5 minit bacaan
    Simptom kencing kotor

    Sakit Ketika Buang Air Kecil? Jaga-Jaga, Ini Mungkin Tanda Penyakit Kencing Kotor!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 23/01/2021 . 5 minit bacaan