backup og meta

Ibu Mengandung Tak Tahan Mengidam Ketika Berpuasa? Jom Cuba Petua Ini, No.7 Paling Berkesan!

Ibu Mengandung Tak Tahan Mengidam Ketika Berpuasa? Jom Cuba Petua Ini, No.7 Paling Berkesan!
Ibu Mengandung Tak Tahan Mengidam Ketika Berpuasa? Jom Cuba Petua Ini, No.7 Paling Berkesan!

Mengidam maksud adalah keinginan kuat terhadap sesuatu makanan atau minuman tertentu, dan ia sering dikaitkan dengan wanita hamil.

Bayangkan anda sedang berpuasa, tetapi tiba-tiba terbayang keenakan ‘teh ais kaw‘ yang sejuk atau nasi lemak sambal sotong yang menyelerakan.

Rasa teringin itu semakin kuat, tetapi anda harus menunggu berjam-jam lagi sebelum waktu berbuka! Bagi ibu hamil, situasi ini lebih mencabar kerana perubahan hormon boleh menyebabkan keinginan terhadap makanan tertentu menjadi sukar dibendung.

Jadi, bagaimana cara terbaik untuk mengawal rasa mengidam ini tanpa mengganggu ibadah puasa anda? Jom ketahui strategi berkesan untuk mengatasinya!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Fahami punca mengidam maksud dan sebabnya ketika hamil

Sebelum mencari penyelesaian, penting untuk ibu-ibu memahami mengidam maksud dan mengapa anda sering mengalaminya. Terdapat beberapa faktor utama yang menyumbang kepada fenomena ini:

  • Perubahan hormon – Hormon seperti estrogen dan progesteron boleh mempengaruhi selera makan dan keinginan terhadap makanan tertentu
  • Keperluan nutrisi – Badan mungkin menghantar isyarat untuk mendapatkan nutrisi tertentu, menyebabkan rasa mengidam terhadap makanan kaya zat besi, kalsium, atau protein
  • Faktor psikologi – Tekanan, kebosanan, atau emosi yang tidak stabil boleh mencetuskan keinginan terhadap makanan yang memberi keselesaan

Dengan memahami penyebab mengidam orang mengandung ini, lebih mudah untuk anda mencari strategi terbaik bagi  mengawal rasa mengidam maksud ketika berpuasa.

Bagaimana strategi mengawal rasa mengidam makanan manis ketika berpuasa?

mengidam maksud
Isteri mengidam makanan yang manis ketika hamil.

#1. Pilih makanan berkhasiat semasa sahur untuk elak mengidam orang mengandung

Sahur adalah waktu penting untuk memastikan tubuh mendapat tenaga mencukupi sepanjang hari. Pilih makanan yang kaya dengan serat, protein, dan lemak sihat untuk mengekalkan rasa kenyang yang lebih lama.

Contohnya, ibu-ibu hamil boleh mengambil:

  • Karbohidrat kompleksRoti gandum, oat, atau nasi perang membantu melepaskan tenaga secara perlahan-lahan
  • Protein tinggiTelur, ayam, ikan, dan kekacang memberikan tenaga berpanjangan
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran – Kaya dengan vitamin dan mineral yang menyokong keperluan tubuh semasa hamil

#2. Kurangkan pengambilan makanan tinggi gula, antara cara atasi mengidam makanan manis

Mengidam makanan manis boleh menyebabkan peningkatan gula dalam darah secara mendadak, yang kemudian menurun dengan cepat dan mencetuskan rasa mengidam lebih kuat.

Sebaiknya, gantikan mengidam makanan manis dengan pilihan yang lebih sihat seperti buah kurma atau yogurt tanpa gula.

#3. Alihkan perhatian dengan aktiviti positif

Apabila rasa mengidam makanan masam atau manis datang dengan kuat, cuba alihkan perhatian anda dengan melakukan aktiviti lain seperti membaca Al-Quran, berzikir, atau berjalan dengan santai.

Melibatkan diri dalam aktiviti produktif dapat membantu mengurangkan fokus dan keinginan anda terhadap makanan.

#4. Banyakkan minum air ketika berbuka dan sahur

Dehidrasi boleh memperburuk rasa mengidam orang mengandung. Pastikan anda mengambil sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari, terutama semasa waktu sahur dan selepas berbuka.

Penghidratan yang mencukupi membantu tubuh berfungsi dengan baik dan mengurangkan keinginan terhadap makanan tertentu.

mengidam maksud
Panduan kuantiti kafein dalam minuman untuk ibu hamil.

#5. Gunakan teknik delay and distract

Apabila rasa mengidam datang, cuba tunggu selama 10-15 minit sebelum bertindak balas. Kebanyakan keinginan makanan hanyalah bersifat sementara dan akan berlalu jika anda tidak memberikan perhatian kepadanya.

#6. Ambil alternatif lebih sihat

Jika benar-benar tidak dapat mengawal keinginan, cuba cari alternatif yang lebih sihat. Contohnya:

  • Ambil coklat gelap dengan kandungan koko lebih tinggi apabila anda mengidam makanan manis
  • Pilih makanan yang dibakar atau dipanggang untuk atasi rasa mengidam makanan bergoreng
  • Minum smoothie buah tanpa gula tambahan apabila mengidam sesuatu yang sejuk

#7. Berbuka dengan bijak untuk elak mengidam maksud yang berlebihan

Selepas seharian berpuasa, mungkin sukar untuk mengawal selera makan ketika berbuka. Untuk mengelakkan makan secara berlebihan, anda boleh lakukan:

  • Mulakan dengan makanan ringan seperti buah kurma dan air kosong
  • Ambil hidangan seimbang yang mengandungi protein, serat, dan karbohidrat kompleks
  • Elakkan makan secara tergesa-gesa dan nikmati makanan secara perlahan-lahan untuk mengelakkan ketagihan terhadap makanan tertentu

#8. Dapatkan sokongan daripada pasangan dan keluarga

Menghadapi rasa mengidam maksud ketika berpuasa bukan sesuatu yang mudah, tetapi dengan sokongan daripada pasangan dan keluarga, cabaran mengidam orang mengandung boleh diatasi.

Berbincang dengan mereka mengenai keinginan anda supaya mereka dapat membantu menyediakan pilihan makanan yang lebih sihat atau memberikan galakan ketika anda merasa mengidam.

Kesimpulan

Mengidam ketika hamil adalah perkara biasa, tetapi ia boleh dikawal dengan strategi yang betul, terutama ketika berpuasa.
Dengan memahami mengidam maksud, punca dan mengamalkan teknik kawalan yang berkesan, ibu hamil boleh menjalani ibadah puasa dengan lebih lancar tanpa perlu berasa tertekan.
Ramadan adalah masa untuk mendidik diri dengan kesabaran dan kesederhanaan. Jadi, manfaatkan peluang ini untuk mengawal keinginan dan menikmati puasa dengan penuh ketenangan.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Food cravings during pregnancy. https://www.pregnancybirthbaby.org.au/food-cravings-during-pregnancy. Diakses Mac 17, 2025.

Pregnancy Cravings: What Do They Mean and What Should You Do? https://www.houstonmethodist.org/blog/articles/2020/feb/pregnancy-cravings-what-do-they-mean-and-what-should-you-do/. Diakses Mac 17, 2025.

Pregnancy cravings and food aversions. https://www.tommys.org/pregnancy-information/being-pregnant/nutrition-pregnancy/cravings-food-and-drinks-pregnancy. Diakses Mac 17, 2025.

Ramadan and pregnancy. https://www.nutrition.org.uk/nutrition-for/pregnancy/ramadan-and-pregnancy/. Diakses Mac 17, 2025.

Uncovering the Causes of Pregnancy Cravings. https://www.hawaiipacifichealth.org/healthier-hawaii/eat-healthy/uncovering-the-causes-of-pregnancy-cravings/. Diakses Mac 17, 2025.

Versi Terbaru

20/03/2025

Ditulis oleh Annes Nadia

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Peranan Suami Semasa Isteri Sedang Hamil

Ibu Mengidam Makanan Manis, Itu Tandanya Hamil Anak Perempuan, Boleh Percaya Ke?


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Annes Nadia · Disemak pada 19 jam lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan