backup og meta

Bagaimana Ingin Tidur Lena semasa Hamil

Bagaimana Ingin Tidur Lena semasa Hamil

Normal untuk ibu bapa baharu tidak cukup tidur semasa awal kelahiran bayi. Akan tetapi, sebenarnya masalah tidur juga boleh dialami oleh wanita semasa kehamilan. Anda mungkin tidak mengalami masalah ini semasa trimester pertama. Namun, kebanyakan ibu hamil akan merasainya apabila berada dalam trimester ketiga, di mana ketika itu perut sudah membesar membuatkan anda tercari-cari posisi tidur yang selesa untuk tubuh anda.

Jika anda mengalami masalah tidur semasa hamil, jangan biarkannya! Ini kerana, kurang tidur boleh menjejaskan bukan sahaja kepada ibu, malahan bayi dalam kandungan. Ibu hamil yang kurang tidur boleh mendapat komplikasi kehamilan seperti preeklampsia, iaitu keadaan serius yang menjejaskan tekanan darah dan buah pinggang anda, serta menyebabkan kelahiran pramatang. Jadi, jangan ambil mudah jika anda tidak cukup tidur.

Mengapa ibu hamil sukar tidur lena?

Berikut adalah antara sebab ibu hamil trimester ketiga mengalami kesukaran untuk tidur lena:

Kerap ke tandas- Tekanan pada pundi kencing anda meningkat memandangkan bayi semakin membesar dan rahim juga semakin besar. Jadi, anda bukan sahaja akan kerap ingin membuang air kecil di waktu siang hari, bahkan juga pada malam hari.

Nafas pendek- Peningkatan hormon kehamilan akan menyebabkan anda perlu menarik nafas dalam. Anda akan rasa sukar untuk bernafas kerana rahim yang sedang memebsar mengambil lebih ruang, mengakibatkan tekanan terhadap diafragma (otot di bawah paru-paru anda).

Sakit-sakit badan- Semasa trimester ketiga, anda akan banyak mengalami kejang kaki dan sakit belakang kerana penambahan berat badan anda ketika itu.

Pedih ulu hati- Wanita hamil biasanya akan mengalami masalah sakit ulu hati, iaitu ketika kandungan perut refluks kembali ke esofagus. Masalah ini membuatkan ibu hamil sukar tidur lena.

Tip tidur lena semasa hamil

Bagi meminimakan gangguan tidur di waktu malam, terdapat cara untuk menggalakkan anda tidur lena. Anda boleh cuba cara di bawah:

  • Konsisten dengan waktu tidur anda. Jika waktu tidur anda hari ini adalah pukul 10 malam, teruskan waktu tidur yang sama untuk malam-malam seterusnya.
  • Pilih posisi tidur yang menyelesakan anda.
  • Letakkan bantal ekstra pada bahagian belakang badan atau di antara kaki anda.
  • Bersenam pada siang hari supaya anda boleh mendapatkan tidur lena di malam hari.
  • Pendekkan waktu tidur siang. Jangan anggap meridap atau tidur siang sama seperti tidur malam. Jika anda terlebih ‘rehat’ pada siang hari, tidak mustahil anda akan mengalami kesukaran untuk tidur di malam hari.
  • Mandi atau berendam dalam air panas sebelum waktu tidur.
  • Jangan makan sebelum waktu tidur. Pastikan anda menghabiskan makanan terakhir anda dua hingga tiga jam sebelum waktu tidur.
  • Pentingkan tidur. Jangan berkompromi dengan waktu tidur kerana ini penting untuk kesihatan tubuh anda dan kandungan.
  • Minum segelas ais susu suam sebelum tidur. Ini bagi membantu anda mendapatkan mood tidur.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sleeping During Pregnancy. https://kidshealth.org/en/parents/sleep-during-pregnancy.html. Accessed March 6, 2019.

Sleep and pregnancy. https://familydoctor.org/getting-enough-sleep-pregnancy/ Accessed March 6, 2019.

How to Kick Insomnia in Early Pregnancy. https://www.healthline.com/health/pregnancy/early-insomnia#diet-and-exercise

Accessed March 6, 2019.

Sleep Problems in Pregnancy. https://www.webmd.com/sleep-disorders/guide/pregnancy-insomnia Accessed March 6, 2019.

Versi Terbaru

13/09/2019

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Hamil Ke Tak? Ini 5 Jenis UPT Boleh Detect Awal Kehamilan Dengan TEPAT, Kena Try!

6 Jenama Ubat Batuk Yang Selamat Untuk Ibu Hamil, Boleh Dapatkan Di Sini!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 13/09/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan