backup og meta

4 Perkara Penting Semasa Merancang Awal Kehamilan

4 Perkara Penting Semasa Merancang Awal Kehamilan

Pada waktu awal kehamilan ingin dirancang, pasangan suami isteri itu haruslah bersedia dari aspek fizikal dan mental.

Ia bukanlah satu hal yang mudah kerana terdapat banyak perkara perlu dipertimbangkan sebelum putuskan untuk mengandung.

Antara perkara yang perlu diberi perhatian khusus adalah tentang bagaimana usaha untuk hamil itu dijayakan oleh kalian berdua.

Jika anda dan pasangan sudah bersedia, maka artikel ini mungkin sedikit sebanyak dapat membantu usaha hamil itu!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Cubaan Hamil, sila dapatkannya di sini. 

Peluang hamil

Ramai yang akan kata bahawa kehamilan itu merupakan satu anugerah dan rezeki yang diamanahkan oleh Sang Pencipta.

Ya, itu mungkin benar namun ketahuilah bahawa berikhtiar adalah sangat penting sebelum bertawakal akan sesuatu.

Sekiranya anda dan pasangan sedang dalam usaha untuk hamil, cuba periksa 3 aspek utama ini terlebih dahulu:

#1. Awal kehamilan – Perlu jaga makan dan minum

Bagi wanita yang bercadang untuk mengandung, adalah sangat penting untuk kalian mula mengubah diet pemakanan agar lebih sihat.

Banyakkan mengambil nutrien seperti protein, kalsium dan zat besi bagi memastikan tubuh badan lebih bersedia untuk hamil.

Jangan sangka golongan lelaki boleh terlepas ya? Kalian juga perlu makan secara sihat untuk sperma yang lebih kuat!

#2. Awal kehamilan – Kena ambil vitamin pranatal?

Selain makanan dan minuman, wanita juga harus mula mempertimbangkan untuk mengambil vitamin pranatal sebagai usaha untuk hamil.

Suplemen seperti asid folik secara umumnya sangat disarankan terutamanya pada awal kehamilan untuk janin yang lebih sihat.

Jika tidak pasti mengenai suplemen apa yang perlu diambil selain asid folik, dapatkan pandangan daripada doktor terlebih dahulu!

vitamin untuk hamil

#3. Jalani hidup sihat

Sebenarnya, kalian berdua mungkin tidak perlu tunggu sehingga waktu awal kehamilan untuk mula menjalani hidup yang sihat.

Kehidupan tanpa nikotin, kafein dan alkohol sudah tentu akan membuat tubuh badan menjadi lebih sihat lantas membantu usaha hamil.

Dalam pada itu, sila jaga berat badan dan bersenam pada kadar ideal untuk tubuh badan yang lebih sihat.

Masa yang bersesuaian

Jika anda dan pasangan sangka kehamilan boleh terjadi hanya dengan hubungan seks, ia mungkin kurang tepat.

Ini kerana kalian berdua perlu faham mengenai proses ovulasi yang berlaku dalam tubuh badan wanita terlebih dahulu.

Untuk pengetahuan anda, tubuh badan wanita akan menghasilkan telur yang akan dilepaskan kepada ovari apabila sudah matang.

Proses yang bernama ovulasi ini sangat penting untuk membolehkan telur wanita tersebut bersenyawa dengan sperma lelaki.

Ia mungkin tidak sama bagi setiap wanita jadi adalah penting untuk anda lebih mengenali dan memahami tubuh badan sendiri.

Berikut adalah antara teknik yang mungkin boleh membantu anda mencari timing terbaik bagi seks dalam usaha untuk hamil:

awal kehamilan

  • Alat pengesan proses ovulasi – Kit ini boleh digunakan dengan memeriksa air kencing pada setiap pagi pada hari anda rasa akan berlaku ovulasi
  • Pengiraan kalendar ovulasi – Mungkin adalah lebih mudah untuk melakukan perkiraan ovulasi ini hanya dengan mengira pada kalendar secara manual
  • Peningkatan suhu badan – Apabila tubuh sedang berovulasi, maka suhu badan wanita mungkin akan sedikit meningkat
  • Perubahan mukus serviks – Apabila tubuh badan anda sedang berovulasi, maka mukus serviks akan lebih nipis, licin dan banyak

Sekiranya anda masih tidak pasti mengenai timing terbaik untuk melakukan seks dalam usaha untuk hamil, dapatkan pandangan doktor.

Doktor mungkin akan mencadangkan anda melakukan ujian darah dan hormon serta ultrabunyi pada ovari untuk tentukan proses ovulasi berlaku.

Posisi seks

Terdapat banyak mitos yang kata bahawa posisi seks boleh mempengaruhi kebolehan untuk seseorang itu ‘mudah lekat’.

Sebagai contoh, ada yang percaya bahawa seks dengan posisi wanita mengangkat kaki ke atas akan meningkatkan peluang untuk hamil.

Selain itu, ada yang kata anda dan pasangan tidak boleh bergerak selepas orgasma kononnya untuk mudahkan sperma masuk ke dalam telur.

Hakikatnya, tiada sebarang kajian yang kata posisi seks tertentu boleh mempengaruhi kebolehan individu untuk mengandung.

Apa yang kalian perlu khuatirkan adalah penggunaan minyak pelincir semasa berasmara!

Ini kerana ada beberapa produk minyak pelincir semula jadi atau artifisial yang dipercayai boleh mengurangkan potensi untuk hamil.

Anda mungkin perlu elak; air liur, minyak zaitun, jeli petroleum

Anda mungkin perlu guna; minyak mineral, minyak kanola, alkali

Untuk lebih kepastian, sila berhubung dengan doktor terlebih dahulu bagi mendapatkan informasi tentang minyak pelincir seks yang terbaik.

Berjumpa doktor

Keterujaan pada awal kehamilan seperti memilih nama dan meneka jantina anak mungkin tidak dapat dirasai oleh individu tidak bernasib baik.

Tidak semua wanita atau lelaki itu mempunyai tahap kesuburan yang baik lantas menyebabkan banyak kali gagal ketika mencuba untuk mengandung.

Sebenarnya, anda tidak perlu malu atau takut untuk berjumpa doktor bagi memeriksa masalah ketidaksuburan yang dihadapi.

Masalah kesuburan kaum wanita

Bagi wanita, masalah ketidaksuburan mungkin akan berlaku akibat kurangnya kuantiti dan kualiti telur yang dihasilkan ketika ovulasi.

Selain itu, ketidaktentuan kitaran menstrual yang menyebabkannya terlalu cepat, lambat atau tidak menentu juga akan jejaskan kesuburan.

Masalah kesuburan kaum lelaki

Bagi lelaki, masalah ketidaksuburan mungkin akan berlaku akibat kurangnya kuantiti dan kualiti sperma yang dihasilkan dalam testis.

Dalam pada itu, masalah seksual seperti ereksi tidak kuat, ejakulasi pramatang serta mati pucuk turut menjejaskan aktiviti di ranjang.

ivf hamil

IVF boleh bantu usaha untuk hamil!

Namun kalian tidak perlu terlalu risau kerana doktor mungkin boleh membantu anda dan pasangan menyelesaikan masalah tersebut.

Antara teknik yang boleh kalian cuba adalah kehamilan tabung uji (IVF) yang terbukti mudah, selamat dan efektif.

Meskipun agak berkos tinggi, ia mungkin berbaloi bagi pasangan suami isteri itu dapat merasai keterujaan awal kehamilan.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://www.cdc.gov/reproductivehealth/infertility/index.htm
  2. https://www.womenshealth.gov/a-z-topics/folic-acid
  3. https://www.nhs.uk/pregnancy/trying-for-a-baby/trying-to-get-pregnant/
  4. https://www.mayoclinic.org/tests-procedures/in-vitro-fertilization/about/pac-20384716
  5. https://www.tommys.org/pregnancy-information/planning-a-pregnancy/are-you-ready-to-conceive/benefits-taking-folic-acid-pregnancy
  6. https://ccpregnancy.org/online-conception-calculator-corpus-christi-texas/

Versi Terbaru

12/09/2021

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Tak Sabar Nak Tahu Hamil Ke Tidak? Ini 9 Tanda Anda Sudah Boleh Buat Pregnancy Test!

Eh... Hamil Ke Tidak Sebenarnya Ni? Usah Keliru! Jom Semak 24 Tanda Awal Kehamilan


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 12/09/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan